As-Salam. Bolehkah menjadi seorang blogger jutawan? Adakah sesuatu yang mustahil untuk seorang blogger menjadi jutawan hasil daripada blognya? Di Malaysia, mungkin ia satu perkara yang sukar. Ini adalah kerana minda ramai yang masih kurang yakin bahawa blogger merupakan satu profesion yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.
Ada blogger yang ingin mencuba untuk menjadi blogger jutawan, seperti mana yang dikongsikan oleh rakan blogger ini - Blogger Jutawan Bukan Khayalan.
Namun, seperti yang dikatakan tadi, minda ramai di Malaysia ini masih belum boleh menerima pakai idea bahawa seorang blogger itu adalah satu profesion yang menguntungkan. Mungkin, seperti ulasan rakan blogger tadi, apabila negara kita telah jadi maju, maka pemikiran mengenai dunia blog akan sedikit lain.
Di dunia, ramai blogger yang telah menjadi jutawan hanya kerana berblog. Mereka berblog secara profesional dan menjadi kaya raya kerana kandungan blog yang hebat dan boleh dipercayai. Malah, HH sendiri antara jutaan yang sering ke blog-blog bertaraf dunia ini.
Antaranya ialah Mashable dan TechCrunch. Anda boleh ketahui mengenainya menerusi sumber ini - Multi Million Dollar Bloggers.
betul lah entri ni..sangat bersetuju
BalasPadamwah..tak sangka kan.. kalau kita betul2 serius usahakan sesuatu tu, pasti akan dapat hasilnya :)
BalasPadamseronok tengok blogger yg dah boleh buat duit dengan blog ni, teringin nak jadi macam mereka.. tapi masih di tahap belajar nak mengarang lagi
BalasPadamteringin jugak hendak jadi macam diorang..best je kan.
BalasPadamsaya yakin blogger boleh jadi jutawan jika mereka mempunyai usaha, semangat dan tekad yang tinggi untuk jadi blogger sepenuh masa dan bergelar blogger jutawan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.