As-Salam. Dalam dunia blog ini, memang ada wajah-wajah yang suka 'mencuri' hasil usaha orang lain. Ia bukan setakat hasil tulisan dalam blog tetapi ada yang lebih parah sampaikan kod html sesebuah blog pun diambil dan dicuri. Sikit atau sebahagian mungkin tak salah, dan tidak menyalahi etika sistem atau kod terbuka java. Tetapi kalau dah rupa blog pun sebijik serupa kiri kanan atas bawah ... uhh payahla.
Bukan isu baru, pernah satu ketika dahulu sebuah blog memang kena tiru sebijik-sebijik, sampai ramai blogger, pengunjung yang keliru siapa pemilik sebenar blog berkenaan. Blog yang ditiru tu terus melonjak namanya dalam dunia blog. Ranking naik dan jumlah follower jadi ribu-ribuan dalam masa yang singkat.
Jadi, mungkin anda tidak mahu usaha anda membangunkan blog anda diakhiri dengan aktiviti curi, klepek, rompak sebegini. Maka, HH sediakan satu cara buat mana-mana blogger untuk sorok atau lindungi kod html blog anda.
Elak Kod HTML Blog Disalin
Cuba perhatikan link ini:
<a href="http://www.hasrulhassan.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html" target="_blank">iPhone 5 Gadget Impian </a>
Setelah melalui proses 'penyembunyian' kod, html di atas akan menjadi seperti berikut:
<Script Language='Javascript'>
<!-- HTML Encryption provided by iWEBTOOL.com -->
<!--
document.write(unescape('%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%68%74%74%70%3A%2F%2F%77%77%77%2E%68%61%73%72%75%6C%68%61%73%73%61%6E%2E%63%6F%6D%2F%32%30%31%32%2F%31%31%2F%69%70%68%6F%6E%65%2D%35%2D%67%61%64%67%65%74%2D%69%6D%70%69%61%6E%2E%68%74%6D%6C%22%20%74%61%72%67%65%74%3D%22%5F%62%6C%61%6E%6B%22%3E%69%50%68%6F%6E%65%20%35%20%47%61%64%67%65%74%20%49%6D%70%69%61%6E%20%3C%2F%61%3E'));
//-->
</Script>
Kod tersebut tetap akan link pautan ke www.hasrulhassan.com tetapi apabila seseorang mahu mencuri kod html tersebut, ia akan hanya dapat kod yang telah disembunyikan tadi, yang sudah tentu menyukarkannya untuk mengenalpasti yang mana satu di dalam kod html blog anda.
Untuk menggunakan proses sembunyi kod html anda, sila ke pautan berikut: HTML Encrypter by iWEBTOOL.com
Cara Sembunyi kod HTML Blog Guna HTML Encrypter
Anda boleh letakkan apa2 sahaja kod html dan sembunyikan menggunakan aplikasi HTML Encrypter yang disediakan.
Selamat mencuba.
template baru..puith bersih...smart..
BalasPadamTapi 1 jer masalah akan timbul dengan menggunakan kaedah ini. Di mana loading akan menjadi berat. Dimana kod HTML di convert menjadi Java Script. Memang teknik ni mampu mengelakkan code HTML dicuri, tapi risiko penggunaannya agak tinggi dimana tidak digalakan menggunakan code Java Script terlalu banyak.
BalasPadamYa, benar ... itu adalah satu kekurangannya. Maka kurangkan penggunaan javascript yang tidak perlu. Sekadar memberikan ruang untuk mereka yang ingin pilih cara ini. Jika blog peribadi dengan satu paparan post di laman utama dan tanpa ada widget utama, bolehlah cuba.
BalasPadamooo baru tau mcm tu pun ada org nak curik huhuuhu
BalasPadamYa, selain salah satu kaedah utk admin dan webmaster berpengalaman aplikasikan apa yang menarik dalam sebuah laman atau blog lain ke blog kendaliannya.
BalasPadamhmmmm bagus ni HH... agak2 dapat loading dengan cepat tak kalau guna coding encrypter ni..
BalasPadamRefer pendapat diberikan oleh @google-1052e500084126907e874bf60976b6ff:disqus ... apa yang dikatakan adalah benar. Ia akan lambatkan load blog jika blog sedia ada dah banyak script!
BalasPadamowh...macam tu...nice!
BalasPadamTerima kasih. DUlu pun putih gak apa .. :)
BalasPadamuish,bahaya jugak ye kalau html blog kena curi..
BalasPadamhtml kene curi....jangan ada yang berani curi hati dkna dah la hahhahaa :P
BalasPadamKesian-nye orang yang blog dia kena curi tu.
BalasPadamTak tahulah HTML pun tak curi..byk lagi kod HTML belambak di google searc engine...yang ada.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.