As-Salam. Entri paling laris adalah entri yang ada unsur 18sx. Pasti akan ada yang mencari. Bagi seorang blogger yang bertanggungjawab, tidak salah untuk buat entri sebegitu, cumanya ... tahu cara, etika, adab, budaya .. dan terutama sekali agama.
Tak dinafikan entri sebegini memang menarik minat ramai. Boleh dapat trafik tinggi mencanak tanpa henti. Namun, dalam sibuk kita mencari trafik untuk blog, pada ketika sama cuba selitkan apa yang perlu untuk kebaikan bersama. Tajuk mungkin 18sx tetapi isi kandungan belum tentu sepenuhnya berbaur begitu.
Ada pendekatan yang boleh diketengahkan untuk menanam nilai-nilai kebaikan. Buat dengan berhati-hati, agar tidak mengaibkan .... cari fakta setepat yang mungkin agar tidak mendatangkan fitnah. Ya, bukan mudah ... tetapi boleh dilakukan.
Jika tersalah dan tersilap atau mungkin entri itu singgung perasaan yang lain, cepat perbetulkan. Dan jika nampak sudah tersasar ... maka cepat-cepatlah buat entri kemaafan.
Oh ya, HH juga insan biasa. Andai difkirkan cara dan kaedah HH gunakan salah, jangan segan silu untuk tegur. Marah pun tak mengapa asalkan ada asas munasabah. Kita manusia .. dah baca Bila Tiada Esok Bagimu Wahai Blogger?
*p.s: Mungkin ada mencari sesuatu yang 'sedap' di dalam blog ini tetapi gagal menemuinya ... jangan anda kecewa kerana masih banyak lubang dosa yang boleh anda gali.
Assalam, kebanyakkan blog kalau dah berunsur 18sx memang isi pun mcm tu... betulkah tu?
ReplyDeletebetol la bro....kalau boleh jgn la letak gambar2 yg xsenonoh...walaupun tajuk entri tu 18sx
ReplyDeletekadang2x permainan keywords yg membuatkan entry jadi 18sx.hehehe....
ReplyDeletebukan setakat 18SX saja, entry gossip juga ramai peminatnya
ReplyDeletesaya suka buat entry lucu :-)
ReplyDeleteHH pun ada beberapa entri jenaka .. boleh semak entri blog ini di awal2 ....
ReplyDeleteYa... gossip memang popular
ReplyDeleteHmm benar.. kalau bijak boleh juga datangkan kebaikan
ReplyDeleteok, terima kasih kerana mengingatkan
ReplyDeleteHmm tak semestinya .. denaihati ada juga entri 18sx ... iaitu mengenai seks waktu pagi ... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.