As-Salam. Anda dah terbitkan entri baru, entri lama dilupa jangan. Masih ada yang boleh menarik pengunjung dan pembaca, terutama pengunjung baru. Pastikan entri-entri lama yang relevan dan evergreen tersebut mendapat perhatian anda untuk diketengahkan dalam entri-entri terbaru anda.

Ini dinamakan kesinambungan sesuatu entri. Anda mungkin sudah bercerita pasal A, tetapi selang beberapa minggu anda terfikir akan sesuatu yang ada kaitan dengan cerita A tadi, makanya sila sebutkan entri A itu di dalam entri baru anda. Samada anda membuat pautan link terus atau anda menggunakan widget tertentu untuk disalingkait menerusi kata kunci yang serupa.

Ada banyak sebab mengapa anda harus buat begitu, selain menghidupkan entri lama dan memberikan kesinambungan, anda sebenarnya membina pautan dalaman yang baik untuk sesebuah blog. Ia boleh membantu dalam pelbagai segi, samada SEO, Google Pagerank mahupun Alexa. Ia mungkin tidak nampak kesan secara langsung tetapi ia tetap ada, selain memberikan blog anda satu niche dan integriti tersendiri - di mana anda tahu apa yang anda ceritakan.

Dan mungkin ada yang lupa, anda sebenarnya masih boleh ping entri lama, atau Google+ entri-entri lama yang punyai nilai tertentu. Yelah, dulu .... sistem Google+ ni tak ada lagi, maka inilah masanya anda menarik trafik menggunakan Google+ pada entri-entri lepas.

Cuma, anda kena pastikan bahawa entri tersebut boleh membawa trafik - selalunya entri evergreen seperti info berkaitan biasiswa, tawaran belajar, info banjir, takwim, jadual tertentu, tips dan panduan, petua dan seumpamanya.

Ya rakan-rakan blogger, entri lama dilupa jangan.... kerana entri lama itu sebenarnya ada tarikan tersendiri. Lagi diberikan Google+, semakin ia dikategorikan sebagai sebuah entri berkualiti dan boleh dipercayai, yang sangat disukai oleh enjin carian!


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement