As-Salam. Ada rakan blogger yang bertanya pada HH, apakah kesan jika blog tukar nama - samada tukar nama blog, tukar nama domain, tukar url blog? Sekadar berkongsi apa yang HH tahu, memang ada kesan-kesan tersendiri apabila seseorang pemilik blog tetiba ada hasrat untuk tukar nama domain atau url blog.

Fikir Masak Ranum Sebelum Beri Nama Blog


Pertama sekali, sebelum HH dok bebel pasal kesan tukar nama domain atau url blog ini, nak nasihatkan kepada mereka yang terasa nak buat nama domain atau baru nak reka blog, fikirlah semasak-masaknya .... bukan suku masak, bukan separuh masak nama blog dan url blog kita ni. Sebabnya jika sekali dah pilih ..... ia akan terus melekat dalam dunia maya ni.

Contoh paling mudah .... cuba anda taip dalam Google perkataan ini - Bangku Kosong.

Kesan Bila Tukar Nama Domain Blog


Halaman pertama enjin carian Google ... apa yang anda nampak? Kan ... ada url dan nama blog ni. Dah jadi sebati, dah senonim. Mana tidaknya, HH telah menjenamakan blog ini satu ketika dahulu dengan nama Bangku Kosong. Mana-mana pengikut awal blog ini pun semua angguk tanda mereka setuju bahawa blog ini dulunya lebih dikenali dengan nama tersebut, malah Ben Ashaari beberapa kali keluarkan entri tentang nama unik Bangku Kosong.

Dari situ, nama Bangku Kosong melekat terus pada HH sampai ada blogger yang gelarkan HH sebagai BK - Bangku Kosong. 

Jadi, fikir baik-baik apabila mahu buat blog, jenama yang anda ingin, identiti diri dalam dunia blog .. semua tu penting. Bila dah lekat maka sukarlah nak hilang dan tanggalkan walau apa cara dilakukan. Serius ni.


Ok. Kesan apabila tukar nama domain ialah ..... anda perlu menjenamakan semula blog anda dengan nama baru. Kena buat banyak entri-entri berkualiti untuk tingkatkan kredibiliti blog dengan nama baru, agar enjin carian kini mengenali nama baru anda.

RSS atau feed akan tidak mengambil masa untuk tempatkan entri-entri dengan domain (url baru) baru. Kalau setakat nama domain bertukar tiada masalah teknikal sangat, cuma kesannya adalah seperti apa yang HH katakan di awal entri ni sahaja.

Nak tahu lagi kesan bila tukar domain ni? Anda boleh baca entri HH sebelum ini - 11 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Tukar Domain Sendiri.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dulu nama blog saya ialah th3b0r3dsha.blogspot..lepas tu tukar sharidawati.blogspot .. byk kebaikannya...

    ReplyDelete
  2. bila fikirkan balik tuk tukar url blog,mcm syg~.sebab membina 'jenama' skrg shingga dikenali pun payah..klu tukar,payah gk nak naikkan balik.So,stick dulu.kot-kot nak buka 1 blog WP pulak lepas ne.hehehe :)

    ReplyDelete
  3. tu la..nak fikir untuk tukar url aritu pun cam buntu je, nak guna nama samaran ke nama betul..hik3

    ReplyDelete
  4. Nama blog masih sama cuma skrg dah pakai domain.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...yer la kalau dah letak x boleh nak tukar balikkan...:)

    ReplyDelete
  6. Boleh je letak cuma nanti nak naikkan balik tu jadi sukar.

    ReplyDelete
  7. Guna nama betul lebih baik, atau boleh je guna nama samaran tapi pastikan ada info mengenai diri anda yang sebenar. Blog yang ada identiti tanpa rahsia ini lebih dihormati dan dipercayai.

    ReplyDelete
  8. Memang sukar nak naikkan nama blog yang dulunya dah popular.

    ReplyDelete
  9. Hmm .. tukar jika ia datangkan kebaikan.

    ReplyDelete
  10. tak berani nak tukar nama blog. Tukar ke dot com agak menakutkan. tapi sekejap ja

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement