As-Salam. Jadilah seorang blogger yang berkeyakinan! Anda tidak perlu malu, tak perlu segan, tak perlu rasa rendah diri. Pencapaian sesebuah blog bukan datang sekelip mata. Ramai blogger terkenal dah nyatakan perkara ini, jadikan kata-kata blogger itu sebagai satu pendorong dan semangat.
Memang tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Naik sikit-sikit.
Kejayaan bukan lahir setiap kali kita celik mata. Apa yang diimpikan bukan boleh muncul setelah kita bangun tidur setiap hari. Dalam mencari kejayaan, tiada noktah dalam usaha, ia perlu diteruskan hatta ketika blog anda sudah ada ramai pengikut, sudah masuk majalah, sudah masuk TV atau sudah ada ribuan trafik sehari!
Anda perlu ada keyakinan bahawa sesuatu kejayaan boleh anda capai. Jangan mudah mengalah dan putus asa. Jadilah diri anda dan yakin dengan apa yang anda tulis, buat, kongsikan di dalam blog. Melihat kejayaan orang lain memang mengujakan, tetapi tahukah anda bahawa kejayaan mereka itu bukan sesuatu yang mudah nak dicapai.
HH tahu ramai blogger yang baru muncul hebat-hebat belaka. Dan mereka ini penuh ilmu di dada dalam hal blogging ni. Namun, kalau ada ilmu, ada usaha ... tanpa keyakinan diri yang kukuh, esok lusa ...mungkin tutup juga blog kerana kecewa yang tak mampu dibendung.
HASRULHASSAN.COM cuba memberikan apa yang termampu sebagai panduan menulis blog yang baik dan berkesan - samada dari segi SEO, dari segi penyampaian, dari segi mendapatkan pembaca, dari segi trafik dan hampir segala perkara yang boleh menyimpulkan kejayaan bagi sebuah blog.
Tidak perlu segan bertanya pada HH jika ada kemuskilan... anda hanya perlu tinggalkan mesej di Facebook HH, dan dalam daya ada .... in sha Allah, akan cuba diberikan segala bantuan.
Moga anda menjadi blogger terbaik dari ramai.
mencuba dan terus mencuba....
BalasPadamsetuju sangat la.. nak berjaya dengan blog memang kena ada keyakinan diri.. :D
BalasPadamJangan berhenti sebab rezeki itu bukan dalam pengetahuan kita
BalasPadamBetul tu @76bd8a2e007ca1be511ced6db23db50f:disqus
BalasPadamSaya juga terus mencubaa
BalasPadamassalamualaikum hh...betul tu sokong sesangat...;)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.