As-Salam. Dekat-dekat akhir tahun ni, maka makin banyaklah entri-entri mengenai Pilihanraya Umum 13, apatah lagi selepas Perhimpunan Agung UMNO menutup tirainya semalam. Blog-blog politik memang rancak memperkatakannya. Masing-masing dengan pendapat mereka, dan ada yang keras, ada yang lembut. Baik blog pro-Kerajaan (Barisan Nasional) mahupun blog pro-Pembangkang (PAS, DAP, PKR - Barisan Alternatif).

Kisah PRU13 memang satu kisah panas dalam dunia blog Malaysia ni, itu antara kata kunci terhangat dan terpanas dalam dunia blog Malaysia. Ia sememangnya menjadi perhatian kebanyakkan pengunjung dan pencari maklumat di laman carian.

Dari segi SEO, pelbagai kata kunci boleh dimuatkan untuk PRU13. 

Plihanraya Umum 13 Kata Kunci Popular Blog Politik




Apapun, dalam permainan kata kunci untuk SEO (Search Engine Optimization), biarlah dilakukan dengan cara berhemah dan baik. Bukan apa, kadangkala kata kunci yang menarik perhatian ini memudahkan lagi penyebaran dakyah dan fitnah.

Nak bercerita dan berkomen boleh, tapi janganlah sampai untuk menjatuhkan aib hanya kerana mahu mengejar kata kunci Pilihanraya Umum 13 ini. Bijaklah wahai blogger Malaysia.

Apa yang akan anda kongsikan bukan sahaja rakyat Malaysia yang membacanya tetapi juga orang lain. Semakin banyak cerita yang tak elok disebarkan, yang akan dapat tempiasnya adalah negara ini secara amnya. Semakin banyak cerita buruk, nanti takut pula akan jejaskan sosio-ekonomi.

Pap ... bila sosio-ekonomi terjejas. Pendapatan negara terjejas, pelaburan pun kurang; sengsara nanti siapa? .... Hmm fikirkan, sebab entri kita yang panas, yang jadi mangsa adalah kita juga nanti. Time tu, nak mintak bonus pun dah tak dapat dah.. ye tak?

Bukan nak ampu mana-mana pihak, cuma apabila menulis kisah politik, apatah lagi mengenai PRU13 ...bijak-bijaklah. Kena fikir sebab musabab dan kesannya. Jangan kerana nila setitik yang kita tuang, habis susu sebelanga.... nanti siapa nak beri minum susu pada si anak kera? Dan apa pula akan berlaku pada si anak sendiri yang dok melalak kelaparan!

Boleh bercerita dan guna kata kunci PRU13, tak siapa nak halang ...hak anda untuk menulis apa sahaja, HH sekadar ingat untuk diri supaya tidak terbawa-bawa emosi dan perasaan. Yelah, kerana fahaman kita, ideologi kita ... kita hentam orang lain, blog lain, putar belit fakta hanya kerana mahu dapat undi.

*p.s: HH tak sebut mana-mana blog politik, bagi HH ... blog-blog politik yang ada di Malaysia, kebanyakkannya mengelirukan .... tak tahu siapa betul, siapa benar.



7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque
    for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey.
    Thanks in advance.

    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  2. Banyak hamba Allah cakap x minat politik walhal , dalam Islam juga ada politik..



    :)

    ReplyDelete
  3. sangat-sangat politik..xsuka.hahaha..


    #dftr undi pun belum even da ckp 21thn...hehe

    ReplyDelete
  4. hmmmmm.... leeza tak daftar undi.. huhu.. esok pg daftar..

    ReplyDelete
  5. kita nantikan kebenaran sahaja....keliru jua...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement