As-Salam. Kontes cara mudah dapat trafik ... jika ia dibuat dengan betul, memang ia boleh menjana trafik ratusan sehari. Tetapi fikirkan balik, adakah anda mahu blog anda hanya disinggahi kerana blog anda ada kontes semata-mata?
Jika anda mahukan pengunjung yang berterusan, mengadakan kontes terlalu kerap bukanlah satu cara yang patut dipraktikkan. Ehmm ... HH kata terlalu kerap .... bukan bermakna anda tidak boleh melakukannya. Jika mahu buat, anda boleh buat sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger, pengunjung dan juga pembaca blog anda. Tak salah .... cuma ...
Cuma, pastikan bahawa blog anda bukan blog semata-mata dibuat hanya untuk tarik trafik menerusi kontes atau giveaway. Anda perlu pastikan blog anda mempunyai kualiti kandungan yang boleh memikat pengunjung, yang kemudian menjadi pembaca setia blog anda.
Kontes dan Giveaway Cara Mudah Untuk Promosikan Blog
Kontes dan giveaway boleh dibuat sebagai langkah untuk perkenalkan blog anda ke dunia blog Malaysia.
Trafik memang boleh naik mendadak tetapi .... ia tidak akan kekal lama. Trafik yang sebegini, yang turun naik ... secara mendadak sebenarnya tidak berapa digemari oleh beberapa medium pengiklanan. Ia juga digunakan oleh Nuffnang untuk hadiahkan iklan Buffered Earnings. BE selalu diberikan kepada blog yang mempunyai trafik stabil, yang tidak ketara turun naiknya.
Pendapat HH, kontes dan giveaway adalah cara mudah dapat trafik tinggi tetapi ia bukan cara yang berkesan untuk dapatkan trafik stabil dan berterusan. Paling penting ialah isi kandungan anda yang bermutu dan tersendiri.
Kontes dan giveaway - pengunjung akan datang sekali dan kemudian ... tak datang-datang dah. Adakah itu yang anda mahukan?
Kontes dan giveaway - pengunjung akan datang sekali dan kemudian ... tak datang-datang dah. Adakah itu yang anda mahukan?
p.s: BE banyak diberikan oleh Nuffnang untuk blog peribadi .. kenapa? Sebab trafik blog seperti ini sentiasa maintain.
Setuju dengan pendapat anda. Biarlah trafik blog konsisten dgn entri2 yg asli, bermutu & berkualiti.
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna. terima kasih saudara atas sharing ini,
ReplyDeleteyg baru berjinak0jinak dlm blog eloklar join ga dan sebagainya..=)
ReplyDeleteSetuju dengan kenyataan ni : "Kontes dan giveaway boleh dibuat sebagai langkah untuk perkenalkan blog anda ke dunia blog Malaysia"
ReplyDelete- eraz
susah juga nak dapat trafik yg tinggi nie....
ReplyDeleteye bang..akk paham dh bang, akk x buek byk2 lopeh ni dah..lopeh ni akk cubo tarik org baco blog akk gan identiti akk sendiri yo..sobab baru tu yg kemaruk sgt kot hehehe...
ReplyDeletesokong sangat,,, sekali sekala tak pela,, kalau dah banyak kali sangat,, rasa macam eh, mana info nye,, hehe http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/mak-tanggang-pun-tak-bagi-peluang-kat.html
ReplyDeletemasih sedang memaintainkan traffic.. dan nak dapat traffic tinggi tu memang payah bagi sesbuah blog personal ni..takpelah.. yang dah ada tu pun cukup dah.. dah malas nak kejar traffic..sebab rasanya traffic akan datang sendiri kalau isi kita menarik... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.