As-Salam. Jangan biarkan ruang komen blog anda berleluasa dengan SPAM. Komen dalam blog anda perlu anda pantau supaya nanti blog anda tidak dikenakan tindakan oleh pihak blogger.com (blogspot.com).
Komen di dalam blog perlu bebas daripada pautan yang boleh beri impak negatif. Pautan-pautan atau link ini memang berbahaya dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak Google. Pautan atau link yang macamana yang akan dikenakan tindakan ni?
Menurut Google, blog yang akan dikenakan tindakan - paling keras adalah blog kena buang, ialah apabila blog dipenuhi dengan pautan-pautan yang menjurus kepada beberapa aktiviti yang melanggar terma dan syarat berblog Google.
Mengapa Komen Dalam Blog Perlu Dipantau
Pautan-pautan tersebut termasuklah yang berada di dalam ruangan komen blog anda. Ini bermakna, keseluruhan blog anda perlu bersih daripada pautan luar yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti ini:
- Content or links referencing referral-based activities such as GPT ("Get Paid To"), MMH ("Make Money from Home"), MMF ("Make Money Fast"), MLM ("Multi-Level Marketing"), PTC ("Pay To Click"), or PTS ("Pay To Surf").
- Links to Illegal Downloads / Streaming / Torrents.
- Links to Account Hacking / Password Distribution sites.
Seandainya anda menggunakan fungsi komentar blogspot, anda perlu pantau dengan sebaik mungkin. Pantau bermaksud anda perlu periksa link atau pautan yang pengunjung tinggalkan di ruangan komen mahupun pada chat box anda jika ada.
Cadangan HH ialah menggunakan aplikasi luar untuk ruangan komen anda, contohnya IntenseDebate atau Disqus. Aplikasi ini boleh membantu blog anda untuk menghindari blog anda dipenuhi komen yang menjurus kepada aktiviti yang Google maksudkan di atas.
owh... thanks..
BalasPadamowh..husna paham..
BalasPadamdan lately bnyak jugak husna dapat live link mcm tuh..mowtly dr anonymous..huhu.. nak kena delete nih.. thanx ye..=)
Naim moderate komen. sebab ada banyak spamming masuk dalam blog. huhu..
BalasPadambro.. lame gile ek kau dalam dunia blogging..
BalasPadamekekekek
Ya betul ... lebih selamat hanya tinggalkan url dan bukan live url/link .... itu sebab banyak blog yang buat segmen dan kontest atau giveaway tidak dianggap sebagai blog yang spam link.
BalasPadamdulu saya terbaca, kalau tulih url link dalam ruangan komen, tak pe, asalkan jangan buat link (tulisan kaler biru yang bila klik terus direct ke laman lain). betul ke?
BalasPadamspam tu husna paham orang tinggalkan link dlm komen kita..
BalasPadamjadi mcm mna dengan segmen yg perlu tinggalkan link entry dengan harapan diorang terjah kita semula?? =)
owh..macam tu ke? kene berhati2 gak dengan komen pembaca ni...
BalasPadamOwh baru tahu..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.