As-Salam. Bukan semua komen sanggup dibaca ... lagi-lagi kalau komen tu agak kasar dan 'menyerang' blog anda. Kalau tak ditapis, orang lain mungkin akan salah anggap. Tapi ... kadangkala komen yang keras itu seperti mengingatkan juga.

Ruang komen memang tempat untuk luahkan pendapat, luahkan pandangan samada bernas atau tidak .... itu terpulang pada budi bicara tukang cerita, empunya entri, empunya blog. Jika hati cukup kental, boleh sahaja dibiarkan komen tu, tapi jika difikirkan ia lebih kepada datangkan mudarat, lebih baik anda buang komen sedemikian.

Akan ada orang yang menulis kerana terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi. Dek kerana tak suka pada sesuatu, seseorang atau mungkin meluat dengan fakta tak berapa tepat, mereka meluahkan dengan rasa geram, dengan rasa panas hati tanpa fikir panjang.

Pengomen ambil peluang kepada pemilik blog yang membenarkan sesiapa sahaja untuk tinggalkan komen termasuk membolehkan tukang komen jadi Anonymous ....tak nampak muka, tak tahu sapa ... jadi boleh tulis ikut rasa.

Berhati-hatilah dengan tukang komen seperti ini. Gunakan budi bicara anda. Dan bagi yang suka komen, fikir2 bila nak komen. Kalau tak setuju .... baik diam dan klik je pangkah. Habis cerita agar tidak meleret. Nak menegur ... boleh tapi guna cara sehalus mungkin, agar kredibiliti anda sebagai pengunjung blog tidak terjejas.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah terima komen sebegitu masa isu bonus raya 2012 & saya ada buat entri khas utk si Anonymous :)

    ReplyDelete
  2. ingatan yang berguna.. ^_^.

    ReplyDelete
  3. Yup komen2 seperti itu harus ditapis. Pernah juga kena serang dek isu di fb. depa tak puas hati. Tapi depa pi serang blog.

    ReplyDelete
  4. saya pernah kena serang.. tapi, belum sempat saya buat apa2, pengomen sendiri yang delet komennya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement