As-Salam. Seandainya anda telah tersalah dan tersilap menyebarkan informasi di dalam blog anda, cepat-cepatlah anda membuat entri mohon maaf. Bukan apa, sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, anda seharusnya prihatin dan berlaku adil terhadap segala informasi yang disebarkan.

Mungkin kesalahan lalu tidak disengajakan, tetapi tidak salah rasanya jika anda membuat entri khas mohon maaf atas sesuatu perkara. Entri sebelum ini mungkin telah tersilap fakta sehingga ada hati yang terluka, dan mungkin kerana anda tidak membuat beberapa review terperinci sebelum anda buat entri tersebut, makanya, setelah anda mendapat maklumat kebenaran, perlu dan patut anda luangkan sedikit masa untuk buat entri mohon maaf.

HH pernah beberapa kali ditegur, selain mohon maaf atas entri yang mungkin tersilap sangka, tersalah interpretasi, entri yang menjadi isu perlulah diperbetulkan, atau cara paling baik, jika entri itu jejaskan sesuatu, maka perlulah ia dibuang (atas permintaan jika berkaitan).

Ucapan maaf mudah. Jalankan tanggungjawab anda, perkara yang harus dilakukan, tak susah mana, turunkan sikit keegoan anda untuk perbetulkan kesilapan dan mengaku silap. Tak cacat kredibiliti anda sebagai blogger kerana mohon maaf sebab tersilap dan tersalah ni. Percayalah!


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. semakin lama semakin superb la blog ni... macam macam penambahan.. memang cantil giler....


    www.papablogger.my

    ReplyDelete
  2. kene bertanggjwb ^^

    ReplyDelete
  3. Betul ... bukan dalam dunia blog Malaysia je @google-d86970b307f9b045e6bf0a080dfa5f23:disqus tetapi dunia kat luar tu yg paling penting

    ReplyDelete
  4. Hmm tak ada penambahan ketara pun, simple je saya buat ...

    ReplyDelete
  5. kadang2 ada juga entry yang dimulakan dengan 'maaf' terlebih dahulu...manalah tau kot isi penceritaannya agak sensitif..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement