As-Salam. Ramai blogger terutama blogger baru ingin jadi terkenal di dalam dunia blog. Blogger yang dah lama ... hmm mungkin ini bukan masa untuk menjadi terkenal dah, tapi lebih kepada menjadi guru kepada rakan blogger yang mahu jadi aktif dalam dunia blog. Maka, persoalannya dari blogger yang baru nak naik adalah bagaimana nak menjadi terkenal di dalam dunia blog?

2 Cara Menjadi Blogger Dikenali

Sebenarnya, untuk menjawab persoalan itu ... anda harus lihat, dari sudut mana anda mahu jadi terkenal. Di sini HH nyatakan 2 cara untuk menjadi terkenal di dalam dunia blog.

2 Cara Menjadi Terkenal Dalam Dunia Blog

Pertama - Terkenal di enjin carian. Cara ini sebenarnya adalah jalan teknikal untuk seorang blogger membolehkan blognya dikenali di dunia blog. Memperlengkapkan diri serta blog dengan pemahaman dan teknik SEO adalah kunci untuk berjaya di dalam kriteria ini. SEO atau Search Engine Optimization adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang blogger untuk membolehkan blognya serta segala isi kandungannya berada di petak pertama enjin carian.

Apabila seseorang pencari maklumat mengisi sahaja petak carian dengan kata kunci tertentu, blog harus berada di tangga teratas. Semakin banyak kata kunci popular dikaitkan dengan blog kita, maka semakin mudahlah blog dikenali ramai. Dan pastinya ia akan menjadi satu batu loncatan untuk terkenal di dunia blog.

Kedua - Terkenal di kalangan blogger atau dunia blog itu sendiri. Cara ini boleh dilakukan tanpa memikirkan secara mendalam teknik dan taktikal SEO bagi sesebuah blog. Anda perlu menjadi blogger yang mesra kepada blogger yang lain. Cara terbaik untuk melakukannya ialah blogwalking, dan membina rangkaian sendiri sesama blogger yang anda kenali.

Aspek sosial amat penting untuk dikelaskan sebagai seorang blogger yang dikenali menerusi kaedah ini. Penting buat blogger itu menyertai apa-apa acara yang berkaitan blogger, contohnya seperti Sepetang Bersama Blogger - SBB2013. Malah, memberi sokongan kepada perkara berkaitan blogger lain juga boleh dilaksanakan untuk menjadi blogger dikenali contohnya kenduri kahwin, majlis sambutan harijadi dan sebagainya.

sepetang bersama blogger 2013 Banner

Mudah atau sukar? Pilih jalan anda untuk blog dikenali. Fikirkan mana yang paling mudah untuk anda lakukan. Bagi blogger yang mungkin tak berapa bagus dalam pergaulan atau PR, mungkin boleh memilih untuk mempertajamkan teknik SEO dalam blog. Dan jika anda seorang yang charming, ada keyakinan diri tinggi, happy go lucky .. maka HH sarankan jadilah blogger yang disenangi menerusi aktiviti pergaulan yang lebih real ...

Ok. Selamat mencuba dan selamat menjadi terkenal macam blogger retis sorang ni .. hehehehe.. 

Kredit Foto: NST

26 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum hh....mekacih info yg menarik ni...

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus ni...kene follow steps nih baru femes..huhu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih dengan info ini

    ReplyDelete
  4. Nak jadi blogger terkenal - tak lah...;

    ReplyDelete
  5. itu bukan nisa kay dengan amanz.my ke.. kikikih..

    ReplyDelete
  6. Sama-sama @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus

    ReplyDelete
  7. Sama-sama .. moga beri manfaat untuk memajukan blog @39261e9c4a68fd5c2962e3a186b2606f:disqus

    ReplyDelete
  8. terkenal di enjin carian tak kekal lama, kena terkenal dikalangan blogger sendiri baru blh tahan lama populariti tu...rasanya

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas sharing ni.. semoga bro tetap success..

    ReplyDelete
  10. terbaik ni :)

    ReplyDelete
  11. Oh gitu... bagaimana pula kalau diletakkan pada bahagian bawah post-footer :)

    Sekadar pendapat ye.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk info ini HH

    ReplyDelete
  13. dua amalan untuk bloggers baru. saya merasa terkesan dengan pandangan itu. duni blogging tidak harus berpusat pada diri tetapi pada orang lain. boleh membaca fikir dan hasrat orang lain untuk menjadi blog dikunjungi.


    kesukaran yang perlu diatasi dalah kerajinan tinggi untuk berkunjung dan mengenal. berjalan dari satu laman ke satu laman dan meninggalkan pesan boleh memberi impak pada satu ketika kelak.


    terima kasih tuan hasrul, saya akan mencuba sedaya mampu....

    ReplyDelete
  14. nak jugak....sy pon bdk baru =)

    ReplyDelete
  15. betul2..sy setuju...dr sini kita blh knl kwn2 blog

    ReplyDelete
  16. fyna setuju. kalau boleh biar blog kita terkenal dengan cara yang bersih bukan dengan tarikan entri yang tidak baik. seperti entri yang lucah semata-mata untuk mendapat trafik yang tinggi dan menjadi terkenal

    ReplyDelete
  17. Entri @Danialde4:disqus dah buat dah tu ttg blogwalking ... ttg pungutan suara tu .. dah buat letak kat tmpat dicakapkan tu, tapi ada probelem leee

    ReplyDelete
  18. Cadangan; Kalau boleh letaklah widget pungutan suara di bawah widget related post supaya lebih mudah pelawat menjawab pungutan suara tersebut.

    Sekadar pendapat :)


    Dan pendapat lagi. Blogwalking semua orang tahu buat. Tetapi orang tidak tahu bagaimana cara blogwalking yang betul. Harap Tuan HH boleh ceritakan secara terperinci tentang blogwalking supaya blogger-blogger baru mudah nak membina rankaian yang kukuh ;-)

    Harap sejuta ampun dan maaf sekiranya permintaan saya terlalu sukar untuk merealisasikan.

    ReplyDelete
  19. Ya .. memang mereka rakan blogger dalam amanz network ... blog yang disegani dan ada PR tinggi.

    ReplyDelete
  20. 1 lagi, berkunjung balas ke blog blogger lain juga dapat membuatkn seseorg blogger dikenalidan dianggap mesra even jika kunjungan kita tidak dibalas. Teruskn berkunjung2an ke blog blogger lain bila ada masa ^__^

    ReplyDelete
  21. cara paling senang bagi saya adalah kuasai SEO itu.

    ReplyDelete
  22. Hahaha, still budak nak pergi event...

    ReplyDelete
  23. tips yang sangat berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement