As-Salam. Ramai blogger terutama blogger baru ingin jadi terkenal di dalam dunia blog. Blogger yang dah lama ... hmm mungkin ini bukan masa untuk menjadi terkenal dah, tapi lebih kepada menjadi guru kepada rakan blogger yang mahu jadi aktif dalam dunia blog. Maka, persoalannya dari blogger yang baru nak naik adalah bagaimana nak menjadi terkenal di dalam dunia blog?
Sebenarnya, untuk menjawab persoalan itu ... anda harus lihat, dari sudut mana anda mahu jadi terkenal. Di sini HH nyatakan 2 cara untuk menjadi terkenal di dalam dunia blog.
2 Cara Menjadi Terkenal Dalam Dunia Blog
Pertama - Terkenal di enjin carian. Cara ini sebenarnya adalah jalan teknikal untuk seorang blogger membolehkan blognya dikenali di dunia blog. Memperlengkapkan diri serta blog dengan pemahaman dan teknik SEO adalah kunci untuk berjaya di dalam kriteria ini. SEO atau Search Engine Optimization adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang blogger untuk membolehkan blognya serta segala isi kandungannya berada di petak pertama enjin carian.
Apabila seseorang pencari maklumat mengisi sahaja petak carian dengan kata kunci tertentu, blog harus berada di tangga teratas. Semakin banyak kata kunci popular dikaitkan dengan blog kita, maka semakin mudahlah blog dikenali ramai. Dan pastinya ia akan menjadi satu batu loncatan untuk terkenal di dunia blog.
Kedua - Terkenal di kalangan blogger atau dunia blog itu sendiri. Cara ini boleh dilakukan tanpa memikirkan secara mendalam teknik dan taktikal SEO bagi sesebuah blog. Anda perlu menjadi blogger yang mesra kepada blogger yang lain. Cara terbaik untuk melakukannya ialah blogwalking, dan membina rangkaian sendiri sesama blogger yang anda kenali.
Aspek sosial amat penting untuk dikelaskan sebagai seorang blogger yang dikenali menerusi kaedah ini. Penting buat blogger itu menyertai apa-apa acara yang berkaitan blogger, contohnya seperti Sepetang Bersama Blogger - SBB2013. Malah, memberi sokongan kepada perkara berkaitan blogger lain juga boleh dilaksanakan untuk menjadi blogger dikenali contohnya kenduri kahwin, majlis sambutan harijadi dan sebagainya.
Mudah atau sukar? Pilih jalan anda untuk blog dikenali. Fikirkan mana yang paling mudah untuk anda lakukan. Bagi blogger yang mungkin tak berapa bagus dalam pergaulan atau PR, mungkin boleh memilih untuk mempertajamkan teknik SEO dalam blog. Dan jika anda seorang yang charming, ada keyakinan diri tinggi, happy go lucky .. maka HH sarankan jadilah blogger yang disenangi menerusi aktiviti pergaulan yang lebih real ...
Ok. Selamat mencuba dan selamat menjadi terkenal macam blogger retis sorang ni .. hehehehe..
Kredit Foto: NST
Assalamualaikum hh....mekacih info yg menarik ni...
BalasPadamtips yang bagus ni...kene follow steps nih baru femes..huhu..
BalasPadamterima kasih dengan info ini
BalasPadamNak jadi blogger terkenal - tak lah...;
BalasPadamitu bukan nisa kay dengan amanz.my ke.. kikikih..
BalasPadamSama-sama @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus
BalasPadamSama-sama .. moga beri manfaat untuk memajukan blog @39261e9c4a68fd5c2962e3a186b2606f:disqus
BalasPadamHehehe... :)
BalasPadamterkenal di enjin carian tak kekal lama, kena terkenal dikalangan blogger sendiri baru blh tahan lama populariti tu...rasanya
BalasPadamTerima kasih atas sharing ni.. semoga bro tetap success..
BalasPadamterbaik ni :)
BalasPadamOh gitu... bagaimana pula kalau diletakkan pada bahagian bawah post-footer :)
BalasPadamSekadar pendapat ye.
Terima kasih untuk info ini HH
BalasPadamdua amalan untuk bloggers baru. saya merasa terkesan dengan pandangan itu. duni blogging tidak harus berpusat pada diri tetapi pada orang lain. boleh membaca fikir dan hasrat orang lain untuk menjadi blog dikunjungi.
BalasPadamkesukaran yang perlu diatasi dalah kerajinan tinggi untuk berkunjung dan mengenal. berjalan dari satu laman ke satu laman dan meninggalkan pesan boleh memberi impak pada satu ketika kelak.
terima kasih tuan hasrul, saya akan mencuba sedaya mampu....
nak jugak....sy pon bdk baru =)
BalasPadambetul2..sy setuju...dr sini kita blh knl kwn2 blog
BalasPadamfyna setuju. kalau boleh biar blog kita terkenal dengan cara yang bersih bukan dengan tarikan entri yang tidak baik. seperti entri yang lucah semata-mata untuk mendapat trafik yang tinggi dan menjadi terkenal
BalasPadamEntri @Danialde4:disqus dah buat dah tu ttg blogwalking ... ttg pungutan suara tu .. dah buat letak kat tmpat dicakapkan tu, tapi ada probelem leee
BalasPadamCadangan; Kalau boleh letaklah widget pungutan suara di bawah widget related post supaya lebih mudah pelawat menjawab pungutan suara tersebut.
BalasPadamSekadar pendapat :)
Dan pendapat lagi. Blogwalking semua orang tahu buat. Tetapi orang tidak tahu bagaimana cara blogwalking yang betul. Harap Tuan HH boleh ceritakan secara terperinci tentang blogwalking supaya blogger-blogger baru mudah nak membina rankaian yang kukuh ;-)
Harap sejuta ampun dan maaf sekiranya permintaan saya terlalu sukar untuk merealisasikan.
Ya .. memang mereka rakan blogger dalam amanz network ... blog yang disegani dan ada PR tinggi.
BalasPadam1 lagi, berkunjung balas ke blog blogger lain juga dapat membuatkn seseorg blogger dikenalidan dianggap mesra even jika kunjungan kita tidak dibalas. Teruskn berkunjung2an ke blog blogger lain bila ada masa ^__^
BalasPadamcara paling senang bagi saya adalah kuasai SEO itu.
BalasPadamHahaha, still budak nak pergi event...
BalasPadamtips yang sangat berguna. terima kasih
BalasPadamTerima kasih Anis .. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.