As-Salam. Blogger Malaysia memang pelik. Kenapa? Mari kita singkap akan beberapa kepelikan ini, dan ianya hanya terdapat pada blogger Malaysia sahaja! Atau adakah ini merupakan satu pendapat rambang yang saya cuba utarakan. Fikir dan anda buat kesimpulan.
20 Perkara Pelik Blogger Malaysia
- Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
- Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
- Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
- Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
- Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
- Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
- Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
- Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
- Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
- Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
- Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
- Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
- Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
- Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma - contoh: Trafik dan Promosi.
- Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
- Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
- Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
- Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya!
Mungkin ada banyak lagi yang tidak difikirkan. Anda boleh tambah dan buat entri sendiri. Malah, saya sukacita untuk anda salin dan tampal dalam blog anda.
Ini merupakan entri untuk mengingati diri sendiri, yang juga boleh digunakan untuk anda melihat kembali diri sebagai blogger Malaysia. Tak usah malu dan segan untuk akui, kerana kita manusia yang sering melakukan salah dan silap.
nice info... boleh digunakan utk memperbaiki diri dari semasa ke semasa...
ReplyDeleteBetul bro, kebanyakkan dari mereka mengharap sesuatu, namun tidak pernah melakukan atau berusaha ke arahnya..
ReplyDeleteinfo yang menarik untuk blogger lama mahupun baru =)
ReplyDeletebiasalah tu.... kena sentiasa perbaiki diri sendiri dan dengar nasihat orang lain...
ReplyDeleteinfo yang menarik...
ReplyDeletemohon copy :)
ReplyDeletenice betul2 tuu
ReplyDeletemohon copy :) for sharing
ReplyDeletebila pikir2 balik mmg ade yg cenggini.. silap2 kat diri sendiri pon tak perasan.. heh
ReplyDeletebetul apa yang HH fikirkan. APa yang kita nak, kita kena lakukan. Tanpa usaha mana nak dapat hasilnya :)
ReplyDeleteYa betul tu Dkna ..
Deletemari kita sama sama renung renungkan :)
ReplyDeleteassalamualaikum hh...sama2lah kita lakukan dan ianya akan dpt hasil yg baik juga...:)
ReplyDeletebagus info ini...sy suka...=)
ReplyDeleteNo. 2 & 7 mengaku... mmg tak faham2 lagi smpi skrg. huhu... masih meninjau2 blog blogger lain terutamanya blog HH utk mendalami ilmu blog. Yg lain2 tu, sdg berusaha. Trm kasih ats info menarik ini.
ReplyDeleteTerima kasih .... sebenarnya idea ini datang dari anda juga yang sering datang dan komen di blog ini.
ReplyDeleteSaya pun macam anda juga pada awalnya, apa yang dikongsikan di atas adalah perkara-perkara yang pernah berlaku dan dilakukan oleh saya. :)
ReplyDeleteTerima kasih ... dipersilakan untuk LIKE dan SHare...
ReplyDeleteHmm ... :) ia bukan mudah seperti disangka ramai ...
ReplyDeleteYa betul tu @facebook-595829768:disqus
ReplyDeleteHahahaha... benda ni berlaku pada sayalah kerana itu dijadikan entri buat semua ... :)
ReplyDeleteSilakan @306c0655bf9f57e4a10a04cdd235e3e5:disqus ....
ReplyDeleteSilakan @google-bf3675b1df8e008e86af073eef2ca30f:disqus
ReplyDeleteHmm .. nasihat dari @mialiana:disqus pun banyak dipraktikkan ...:)
ReplyDeleteYa ... memang kita manusia ada sifat yang suka mengharap ... ingin sesuatu dengan cara mudah dan cepat.
ReplyDeleteNombor 3 tu memang ramai yang buat la ni.
ReplyDeleteNo 4 tu pada saya seelok2nya mantapkan dulu blog barulah fikir untuk pasang iklan dalam blog. (i mean, belajar macam mana nak menarik visitor ke blog dulu). Tapi ramai blogger baru masa kini suka sangat pasang iklan lepas terbinanya blog. sedangkan tiada lagi pembaca di blog mereka. To me for what they do like that? it useless. dulu saya pun buat perkara yang sama. tapi dengan blog sekarang, saya cuba bina branding and mantapkan penulisan dan try tu increase bilangan pembaca ke blog saya terlebih dahulu. dah yakin yang blog tu mampu menjana pendapatan barulah akan dipertimbangkan pasal memasang iklan. sebab saya banyak kali jumpa blog yang baru dibina dah pasang iklan suruh orang beriklan di blog mereka dan mereka mengenakan caj. walhal blog masih baru dan tiada profit yang akan diperoleh jika kita beriklan di blog mereka.
No. 5 memang tak dinafikan dulu saya pun buat begitu sewaktu dengan blog saya yang pertama. Tapi dengan blog yang terbaru ni saya dah tak buat begitu. Saya lebih memilih untuk mengfollow sesuatu blog. Hanya blog yang benar2 saya mahu baca dan ingin mengikuti perkembangannya sahaja yang akan saya bookmark/follow using GFC. Sebenarnya tiada kebaikan pun kita follow sesuatu blog secara membuta tuli. Kerana ada negatif effect yang adakalanya kita tak sedar. Biasanya jika penulisan dan design blog kita mantap. secara automatik orang akan follow dan bookmark plus akan ada pembaca setia yang tersendiri. Konsep U follow me, i follow u back ni sebenarnya adalah pemusnah kepada kredibiliti seseorang blogger sebenarnya. Ianya bukan nak menunjuk yang kita ni sokong diantara satu sama lain. Kalau tak percaya, cuba lihat bagaimana blogger antarabangsa menaikkan rating blog mereka dan bagaimana mereka menstabilkan blog mereka dimata pembaca dan pelawat blog mereka. serius jauh bezanya.
Point no 6 pula. memang terdapat segelintir blogger yang ingin blog mereka kelihatan menarik tapi tidak menampakkan kualiti blog tersebut. Tak salah nak menjadikan design blog lebih menarik. Tapi harus pentingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Saya lihat ramai blogger memperlekehkan design blog mereka. Tapi mereka abaikan kualiti design tersebut. Ianya dapat dilihat bila mana design yang mereka terapkan terdapat kecacatan, tetapi tiada tindakan untuk memperbaiki kecacatan tersebut. mereka pandang remeh akan kecacatan tersebut. sedang kecacatan itu akan mempengaruhi pandangan pembaca dan pelawat tentang blog mereka.
Point no 11. Serius saya katakan. Saya tak pernah terfikir pun nak jadi seperti Redmummy or Ben Ashaari. Saya lebih selesa jadi diri sendiri dan bina identiti sendiri. Tak perlu nak jadi seperti blogger lain as long kita tahu apa yang kita inginkan.
Point 14 saya amat bersetuju sekali. Tapi keprofesionalan sesuatu blog tidak hanya terletak pada penulisan. Tetapi ianya termasuklah design blog juga.
15, 16, 17, 18, 19, 20 teramatlah betul dan saya bersetuju.
sorry terlebih panjang pula. al maklumlah ada idea untuk menulis komen. Jangan marah ya Bro HH.
Panjangnya M&R tapi mantap..semuanya belajar dari pengalaman kan..
DeleteYeah...ade betulnye kan..
ReplyDeleteTerima kasih for the info.. sangat2 menarik dan banyak membantu bg new comer seperti saya. All the best
ReplyDeleteBest222 MEmang best. semua paham dan ada tersentap jugak hihi. Boleh saya tahu apa jenis ruang komen yang mesra komen. Yang boleh terus reply komen. Terima kasih
ReplyDeleteGuna yang sudah tersedia oleh Google dah cukup baik. Cuma kalu mahu engagement, boleh guna komen Google+
DeleteInfo yang kadang-kadang blogger2 sendiri tidak pernah terfikir..
ReplyDeleteYa, sbb itulah entri ini saya tulis .... dan diterbitkan sekali lagi.
Deletetake note bro..
ReplyDeleterasanyer ada ler skit2 ciri tu pada saya..
heheh.
amik nasihat disini :)
Hmmm... baik sedar dari tak sedar kan? Saya sbb sedar tu yang tulis tu.
Deletethanks for the info... masih banyak yang perlu diperbaiki :)
ReplyDeleteSetuju :)
ReplyDeleteinfo yg berguna bagi blogger yang baru dalam blogging ni..thanks HH...
ReplyDeleteinfo yang bagus. terima kasih diatas perkongsian.
ReplyDeletesaya akan memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa.
kesimpulannya>> "what you give, you will get back"
Hmm ... :) terima kasih syuhada
Deleteentri terbaek..bro gua nk salin dan tampal kat blog gua pulak.. boley?..
ReplyDeleteTerbaek? Hmm saya tulis apa yang saya tahu je ... apapun sila-silakan tampal di blog relevan sokmo tu ...tak ada hal punya.
Deletenice info. kadang kita tak pernah tahu pown. :)
ReplyDeleteterima kasih bro
ReplyDeletemmg akui entri ini benar dari blog momoy sendiri =)
errr... gambar tu apa kaitan dengan entri yer. hihi
Gambar tu sekadar seri untuk entri je ... tu dak teropong nyer hasil photo .. cantikkan?
Deletecantik gambar hiasan hehe :)
ReplyDeletegambar sapa tu? tp sbg newbie mmg saya akui la perkara ni...hihi
ReplyDeleteGambar hasil bidikan orang photografi le .. :P
Deletemmg btol2 pelik tu...heheh
ReplyDeletewww.jmr23.com
yang penting semua nya bermula dengan diri sendiri... :)
ReplyDeleteKalau tak usaha.. mmg tak kan berjaya.
ReplyDeleteKesimpulannnya, kena byk usaha utk berjya.
Usaha tangga kejayaan .. :)
Deletemasih memperbaiki blog sendiri.. thanks utk peringatan ni..^___^
ReplyDeleteThanks HH for the reminder...walaupun banyak yang makan hati, tapi itulah realitikan..kalau nak berjaya kena terima dan perbaiki apa yang sepatutnya...
ReplyDeleteAda yang makan hati sebab entri ini ke? Harapnya janganlah, HH tak bermaksud begitu.
Deletethanks for the reminder..macam saya sendiri, saya tahu apa tujuan saya blogging. bukan untuk populariti tapi sekadari menjadikan sebagai hobi
ReplyDeleteahhhhhhhh dengar nasihat pakar nie :)
ReplyDelete:) Aku Penghibur makin dikenali sekarang ...
DeleteIni bukan perkara pelik seorang blogger tapi itulah realitinya...
ReplyDeleteTiada kejayaan yg datang bergolek! Akuilah hakikat ini!
menarik dan membantu. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteNote taken. ughhh sedih :( Thank you Sifu Hasrul
ReplyDeleteOhh Zaireen .. terima kasih kerana singgah sini ..:)
Deleteterima kaseh bro :) info yg sgt bguna ^_^
ReplyDeleteterima kasih, hope lebih byk lahirnya blogger berkualiti yg ada jatidiri sendiri dlm berblog :)
ReplyDeletesama2 lah menaikkan ant satu sama lain. bukan menjatuhkan ant satu sama lain.
ReplyDeleteAssalammualaikum...HH,
ReplyDeletebenar2 belaka entry nie....hehehe insaallah sama3 kita ingat mengingatkan .. dan perbaiki mana yg x betul....
mselim3
INfo yang sangat berguna. Memang pelik. Terkena kat batang hidung sendiri pun ada..hehe..
ReplyDeletetu gambar besar perempuan tu..gambar siapa ek?
ReplyDeleteHmmm seorang model .. hehehee
DeleteSalam. Terima kasih atas info. Tak pernah terfikir semua ni. :)
ReplyDeleteaskum semua..
ReplyDeletesaya wan ingin belajar dengan rakan2 blogger semua..apa cara supaya blog kita dihormati orang
Betul sekali bro, apalagi saya setuju dengan no 1 nya...
ReplyDeletemaunya instan saja ha haha
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.