As-Salam. Ada tak baca mengenai Seni SEO On-Page yang pernah HH tampilkan sebelum ini? Ya, SEO On-Page adalah perkara yang sangat penting untuk sesebuah blog. Inilah senjata kebanyakkan blogger yang titik-beratkan nilai SEO dalam setiap entri blog mereka, bukan setakat blog ... tetapi setiap entri. Ia adalah mengenai penekanan elemen SEO (Search Engine Optimization) dalam setiap post dan entri terbaru blog anda.
Menurut pakar SEO Forblogger.net, ramai yang menjadi Otai SEO masih lagi tidak mahir dengan seni SEO On-Page ini terutama blogger Malaysia. Anda boleh belajar banyak mengenai SEO On-Page ini menerusi Forblogger.net, antaranya ialah entri ini - Tips SEO untuk Blogger - On Page.
HH pasti ramai yang rujuk blog tersebut untuk belajar SEO ... malah template Thesis Blogspot dari Forblogger.net adalah antara template paling laris digunakan oleh blogger blogspot, termasuklah blog ini sendiri.
Apa yang boleh HH kongsikan kepada anda ialah, SEO On-Page perlu ada kriteria berikut.
3 Perkara Penting SEO On-Page Blogspot
- Template Blog Mesra SEO - Ini termasuklah penggunaan tag H1,H2 dan H3 bagi paparan utama dan untuk setiap entri di dalam blog. Banyak template mesra SEO yang kini boleh anda jumpa dan gunakan untuk blog anda. Template anda perlu ringan dan pantas ketika loading blog. Kurang widget dan penggunaan javascript luar diminimakan. Jumlah pautan perlu kurang dari 100 di dalam setiap entri blog.... dan beberapa perkara lain.
- Meta Tag dan Deskripsi Setiap Entri - Dalam blogspot, tersangatlah mudah untuk anda menerapkan unsur SEO On-Page ini, apa yang perlu anda lakukan hanyalah letakkan deskripsi pencarian bagi setiap entri yang telah tersedia. Anda boleh lihat di sebelah kanan pada dashboard penyuntingan entri anda. Ada diletakkan Search Description, maka letakkan kata kunci anda di situ untuk SEO On-Page.
- Kandungan Relevan Dengan Tajuk - Enjin pencarian bukan sekadar melihat tajuk entri anda yang ada kata kunci popular, tetapi juga melihat kandungan entri anda. Adakah ia relevan dengan tajuk entri anda? Anda perlu tahu, kata kunci terpenting berada di dalam tajuk entri, dan seterusnya dilihat pada bahagian pertama entri anda, pada bahagian tengah dan juga di akhir entri anda. Setiapnya perlu ada kaitan dengan tajuk entri yang anda tulis tadi.
Perkara yang HH kongsikan di atas adalah menurut pemahaman dan pengalaman sendiri. Ianya mungkin berbeza pada orang lain. Masing-masing ada strategi sendiri. Seperti mana kata ramai guru SEO .... tak siapapun boleh dianggap pakar dalam hal SEO ini, kerana yang memegang tombak pencarian bukanlah blogger tetapi enjin carian.
SEO ni macam mana sebenarnya? kurang faham lorh :D
BalasPadamowh,,blog ni pakai template tu gak ke..samala,,
BalasPadamada ke search descripton tu ...kat mana ye
BalasPadamHH, saya kurang faham la
BalasPadamAnda buat entri baru ... di bahagian kanan ada ... di situ ada POST SETTINGS ... ada label, ada schedule, ada permalink ... dan kat bawah tu ada SEARCH DESCRIPTION .. atas bahagian option.
BalasPadamCuba pelan-pelan .. HH dulu berblog pun mana tahu pasal SEO ni .. tapi sbb ada keinginan nak tahu, maka belajarlah sikit-sikit. Kebanyakkan awal2 belajar dulu dari blog mat salleh ... skang ni banyak blogger Malaysia yang terer pasal SEO ni
BalasPadamYa... ramai blogger pakai template THESIS ni
BalasPadamSEO adalah untuk blog terima trafik dari enjin carian. Ini bermakna, kalau anda jarang update blog pun akan ada trafik. Pastu tak perlu nak kesah sangat nak ping sana sini di laman FB ... kat laman ping macam ohbelog, busuk dan sebagainya .. sbb SEO ini akan buat kerja untuk anda memberikan trafik organik kepada blog menerusi entri anda.
BalasPadamAssalamualaikum hh..masih kurang faham dgn SEO ni kena belajar lebih lg ni...
BalasPadamsaya pun tengah belajar SEO sengan cara mempraktekkan salam setiap entri,terima kasih tips nya :D
BalasPadamErrr praktikkan salam???
BalasPadamSEO ni Pengoptimasian untuk Enjin Carian. Apa yang kita tulis akan terpapar di enjin carian.
BalasPadamremy memang tak pandai dlm seo nie...... selalu gak baca...tapi sayes...blur
BalasPadamslps permalink ialah option.. tiada SEARCH DESCRIPTION hihi.. camne tu?
BalasPadamTak ada sebab anda sendiri tak mahu enable search description ... pergi ke bahagian BASIC SETTING blogspot anda, bahagian privacy... klik enable search.
BalasPadamKemudian ..... selepas itu, pergi ke bahagian SEARCH PREFERENCES ...bahagian meta tags ... klik YES untuk enable search description.
BalasPadamlebih baik gunakan as-salam... :L)
BalasPadamTerima kasih hh,sy ingin btanya tentg custom robot txt diblogspot?apakah kegunaaanya
BalasPadamUntuk arahkan enjin carian gelintar certain benda dalam blog. Biasanya dibiarkan sahaja untuk digelintar semua, agar semua benda atau link dimasukkan ke dalam enjin carian
BalasPadamSoalan yg saya tanya tadi saya jumpa jawapan dia kat ruang komen kt entri ni. Terima kasih, cuma dekat meta tag description tu kita nak kena tulis apa cikgu? tulis berkenaan blog kita ye? lebih kurang mcm niche blog tu ye? maaf lagi bertanya
BalasPadamas salam HH apa yang perlu kita taip dalam search descriptions ni..adakah kata kunci pencarian??terima kasih..atas segala penerangan..
BalasPadamIa lebih kepada sinopsis entri kita tu. Apa yang kita ceritakan dalam entri tersebut. Kata kunci patut diletakkan dalam menulis sinopsis tersebut.
Padamtq bos.. masih cuba memahami. nak template ni jugak la. sempoi n very de very profesional... bos jemput singgah n komen sikit pasal blog saya..http://sihatgojes.blogspot.com/
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.