As-Salam. Kalau kita tengok sesetengah blog terutama blogspot, ada yang tiada navbar. Errr tau ke navbar tu apa? Navbar adalah singkatan kepada Navigation Bar atau Palang Navigasi. Sebuah struktur palang yang berada di atas setiap blog dalam platform blogspot. Persoalannya, adakah ia perlu atau tidak bagi sesebuah blog itu?
Sebenarnya, ada sebab mengapa palang navigasi itu diletakkan. Melihatkan beberapa perkara yang ada di navigasi tersebut, boleh disimpulkan bahawa navigasi ini diletakkan untuk membolehkan pengunjung blog melakukan beberapa perkara hanya dari sebuah blog.
Fungsi Navbar (Palang Navigasi) Blogspot
- Carian (Search) Blog - Mencari blog-blog lain dengan mudah berdasarkan kata kunci tertentu.
- G+ Share - Membolehkan blog yang dikunjungi dengan mudah dikongsi dalam komuniti Google anda.
- Kongsi Blog Menerusi Twitter, Facebook serta Email - Membolehkan pengunjung kongsi url blog tersebut kepada rakan-rakan lain dalam Twitter, Facebook serta Email.
- Lapor Salahlaku (Report Abuse) Blog - Jika pengunjung merasakan bahawa blog itu cuba eksploitasi sesuatu atau mungkin menyebar fitnah atau mungkin telah melakukan plagiat serta spam, maka butang report abuse boleh digunakan untuk tag blog tersebut kepada sistem blogspot, agar diteliti oleh pihak Google Blogspot untuk dikenakan tindakan sewajarnya.
- Juga terdapat pautan ke dashboard blogspot anda serta pautan rawak kepada blog-blog lain dalam pengkalan data Google Blog.
Namun, bukan semua blogger sukakan penampilan navigasi ini di dalam blog. Mungkin dirasakan navigasi iu ganggu visual keseluruhan blog. Jika anda mahu menghilangkan navigasi tersebut seperti blogger-blogger lain, anda boleh lakukan beberapa perubahan di dalam kod html blog anda.
Hilangkan Palang Navigasi (Navbar) Blogspot
Dari dashboard blog anda, pergi ke bahagian design dan edit HTML blog anda. Pastikan anda dah backup terlebih dahulu blog anda. Dengan menggunakan fungsi cari (ctrl + F), cari 'navbar'
yang terdapat dalam kod html blog anda. Anda akan jumpa seperti di bawah ini:
#navbar-iframe {
display: block ;
}
Anda tukarkan sahaja block kepada none, lalu menjadi seperti kod html di bawah ini:
#navbar-iframe {
display: none ;
}
Mudah je kan? Bahagian atas tersebut anda boleh gantikan dengan Hello Bar yang lebih baik untuk blog anda. Anda boleh baca entri berikut mengenai Hello Bar - Hello Bar untuk Pengiklanan dan Hebahan serta Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Blog
Autohide Palang Navigasi Blogspot
Oh ya, mungkin anda tidak pasti samada anda mahu atau tidak akan palang navigasi tersebut, anda boleh sahaja buat ia autohide, iaitu dihilangkan sementara dalam blog .. ala macam main aci-aci nyorok gitu.
Lakukan penambahan kod di bawah ini tanpa perlu anda ubah kod asal di atas. Anda perlu letakkan kod di bawah ini sebelum kod ]]></b:skin>
#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}
Selamat mencuba dan pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan...
Info yang menarik bro..
BalasPadamsy buang aje navbar tu....
BalasPadamada navbar tu nampak macam tak berapa senonoh la..hehehe
BalasPadamnampak macam tak kemas bila ada navbar tu..
BalasPadamthanks for info......
BalasPadaminfo sangat mmbantu!!!
BalasPadamtambah ilmu baru disini,,,
BalasPadamterima kasih#
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.