As-Salam. Seandainya anda salah seorang daripada ramai blogger yang menggunakan Nuffnang sebagai platform pengiklanan di blog, anda tentu tahu akan CPUV ni. CPUV bermaksud Cost Per Unique Visitor, iaitu pengiklan bayar kos iklan di blog anda berdasarkan kepada jumlah pengunjung unik ke blog anda. Ok, kata kunci di sini ialah pengunjung unik (UV).
Kepada blogger yang ada blog dengan iklan CPUV ini, maka amatlah kritikal dan penting untuk meningkatkan pengunjung unik ke blog kita. Pengunjung unik ini bermaksud, pengunjung-pengunjung dengan satu alamat ip. Atau boleh juga HH katakan sebagai pengunjung-pengunjung 'baru' ... pengunjung lama pun dikira dalam pengiraan UV ni. Jangan keliru ehh. Kata kunci penting ialah pengunjung unik - satu alamat ip.
Memandangkan satu-satu cara nak dapatkan keuntungan dari pengiklanan CPUV Nuffnang ini ialah dengan meningkatkan pengunjung unik blog anda, maka strategi anda mestilah dan perlulah ke arah itu. Antara cara-cara yang boleh anda lakukan untuk tingkatkan pengunjung unik ialah dengan beberapa teknik dan kaedah ini.
5 Teknik Tingkatkan Pendapatan CPUV Nuffnang
- Anjurkan segeman, giveaway atau contest ketika iklan CPUV berada di dalam blog anda.
- Blogwalking dan bloghopping sekerap boleh untuk mendapat perhatian blogger lain jejaki blog anda.
- Menyertai segmen, giveaway dan contest yang blogger lain anjurkan.
- Ping blog anda ke laman ping, Facebook dan Google+ Page.
- Buat satu atau dua entri dengan kata kunci popular ketika itu. Walaupun, entri tak tersenarai dalam laman pertama enjin carian, tetapi tidak salah mencuba. Ia boleh bawa trafik dari pengunjung unik walaupun entri berada di laman kedua atau ketiga.
Dengan teknik di atas, maka pengunjung unik akan bertambah. Dan secara logiknya, pendapatan menerusi iklan CPUV Nuffnang akan turut meningkat. Ada rakan blogger berkata, sesebuah iklan CPUV boleh berikan sehingga RM100 untuk satu iklan!
Ehemm .. andai anda nak tahu apa itu CPUV, bertanyalah pada Nuffnang sendiri .... :) hantar tiket pada mereka. Oh ya, salah satu cara untuk blog dapat CPUV yang ramai kenal sebagai BE Nuffnang ini adalah dengan sering berinteraksi dengan staff Nuffnang termasuklah hantar tiket pertanyaan pada mereka.
Kredit Foto: http://budakshumort.blogspot.com
Kredit Foto: http://budakshumort.blogspot.com
p.s: Baru sampai Putrajaya malam tadi (ada kat blok D Presint 18). Malam tadi sesat kat kuil di Bati Caves... hahahhaa...
saya pernah buat giveaway sekali last year. memang betul naik trafik time tu. In Sha Allah tahun ni saya nak buat lagi...
BalasPadamSemua dah buat :)
BalasPadambukan setakat RM100, kalau betul caranya boleh dapat sampai RM500+
BalasPadamCiklaili bukan setakat 500+ tapi dah beribu..hehe :)
BalasPadambaru remy tahu....... pengunjung unik tu camner...... tq bro
BalasPadamCPUV yang mmg masyuk nilainya jika dikumpul mmg boleh cecah ribuan RM.
BalasPadamMacam mana la nak dapat BE ni? lenguh duk menunggu..hehe :)
BalasPadamMemang lenguh tunggu, jadi tak perlu tunggu, hanya praktikkan secara konsisten apa yang telah anda belajar ...
BalasPadamSama-sama .. bukan senang kan nak dapat pengunjung unik
BalasPadamthank you for the tips...
BalasPadamAssalammualikum...HH,
BalasPadamTerima kasih ilmu nie,,, seronok baca.
mselim3
saya masih tak faham pasal tiket tu..
BalasPadamhantar tiket?
Selama bersama Nuffnang, tak dapat2 lagi duit... kesian..
BalasPadamAlhamdulillah, merasa la jugak seposen dua dari Nuffnang .. ada lagi blog saya yang run iklan derang ni .. :)
PadamAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian Tuan. :)
BalasPadamBlog saya baru pertama kali dapat CPUV selepas beberapa tahun berblog. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamKena sebut-sebut mereka ni dalam blog, baru derang nampak sikit ...
PadamTerima kasih tuan, dapat ilmuj hari ni..CPUV masuk sampai 4 tapi nak tingkatkan earning nya..hehe
BalasPadamterima kasih abang HH :)
BalasPadamSama-sama Sabrina .. moga ia dimanfaatkan sebaiknya ... terutama blog-blog baru yang sekian kali sering dapat CPUV dari Nuffnang ni jika nak banding dengan blog blogger lama.
Padamselalu baca pasal cpuv ni tp still x tau mcm mne nk dpt kan cpuv n BE tu..ada x sapa2 yg boleh ajar personally..x pandai la nk edit2 blog bg cantik..sbb perlukan byk masa n kesabaran..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.