As-Salam. Banner adalah merupakan antara kaedah paling lama yang digunakan dalam mempromosikan sesuatu. Ia telah wujud sejak bertahun dahulu, dan diyakini boleh memberikan impak tersendiri terhadap produk yang diiklankan. Kini, banner bukan sahaja sebagai satu teknik mempromosi, tetapi juga untuk hebahan dan pengumuman.
Jika dulu, ramai yang buat banner untuk promosi produk yang mereka jual, sekarang pasangan yang nak kahwin pun buat banner. Mengapa? Ia merupakan cara berkesan dan menarik untuk memperoleh perhatian. Perhatian ini akan menimbulkan rasa ingin tahu, sekaligus menjadikan ia teknik terbaik untuk memperkenalkan sesuatu.
Banner Untuk Penjenamaan dan Promosi Blog
Sebagai blogger, cara dan kaedah meletakkan banner adalah salah satu kaedah yang perlu dibuat untuk mempromosikan blog anda. Ada dua teknik yang digunapakai oleh kebanyakkan blogger. Satu cara sukarela (letak tanpa syarat dan bayaran), dan keduanya adalah letak berdasarkan yuran/kos/sewa tertentu.
Selalunya, banner secara sukarela lebih kepada banner yang tidak menjurus kepada perolehan pendapatan - ia lebih kepada promosi am atau sekadar suka-suka.
Manakala, banner yang diletakkan dengan sewaan tertentu adalah melibatkan iklan perniagaan, produk tertentu dan juga mempromosikan sesuatu perkara yang memberikan satu bentuk perolehan atau keuntungan kepada pemilik banner.
Banner Mempromosi Percuma
Banner untuk tujuan promosi am seperti segmen, kontest atau giveaway banyak dibuat oleh blogger sebagai salah satu langkah timbal balik kepada empunya banner. Selain itu, ia juga salah satu cara untuk blogger meningkatkan backlinks blog. Dan blogger yang memasang banner itu pula, akan menerima trafik menerusi segmen, kontest atau giveaway yang dianjurkan atau juga sebagai syarat untuk menyertai segmen tersebut.
Andai anda mahu cara promosi mudah, berkesan dan tidak melibatkan sebarang kos yang tinggi, maka sediakan banner untuk blog anda - anda boleh guna mana-mana kaedah samada berbayar atau percuma. Pilihan telah ada, dan kaedah telah diberikan ... apa yang perlu anda buat adalah praktikkan ... dan jangan lupa menyediakan banner yang menarik tetapi simple untuk blog anda.
In Sya Allah, di entri akan datang, HH akan kongsikan bagaimana cara mudah untuk blog anda dipromosikan menerusi banner secara percuma.
Kredit Foto: Teratakarmo
mmg cool...
BalasPadamassalamualaikum hh...betul2 mantap..:)
BalasPadamAbe xsabar nak tunggu entri seterusnya
BalasPadamjln2 cari info promosi. nice share
BalasPadamAssalammualaikum...HH,
BalasPadammselim3 ziarah sini.... baca entry. Banner ini bagus utk promosi blog utk dikenali.. lain lah blogger terkenal HH..hehe
Terbaik..
pls: bila lah HH nak promote blog mselim3.. hehehe... (gurau aje) . Ceduk ilmu kat sini pun dah kira ok...kan. Free aje... terima atas ilmu yg diberikan HH.. appreciate ...sangat...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.