As-Salam. Apabila kita dah ping entri blog kita atau kita dah buat ping am dalam laman web ping seperti auto-ping, pingler.com, pingates.com atau feedshark, tentu kita nak tahu sejauh mana kecepatan blog atau entri terbaru kita dimasukkan dalam pengkalan data enjin carian kan?

Masa sangat penting bagi sesebuah blog dimasukkan ke dalam enjin carian. Jika kita dah buat entri, tetapi dalam masa sejam dua, entri tersebut masih lagi tidak disenaraikan, maka sesuatu perlu anda lakukan untuk memastikan ia tidak terjadi seperti itu. Rugilah dah buat entri best dan berkualiti tetapi tidak disenaraikan dalam carian seperti yang diinginkan.

HH pada awal-awal berblog dulu, memang hairan kenapa la agaknya entri baru buat tak disenaraikan dalam enjin carian. Dah la entri hot dan panas tu ... dalam hati HH kata, sure entri tersebut akan 'meletup' dan berikan banyak trafik ke blog hasil dari enjin carian (SERP). Tapi .... ehh tak ada la pulak.

Sebelum HH berikan kaedah dan cara untuk blog atau entri disenaraikan dalam jangkamasa cepat dan berkesan, perlulah dulu kita tengok adakah blog kita punyai masalah dengan ping ini.

Untuk itu, cuba kaedah mudah ini menggunakan carian Google.

Kaedah Ketahui Blog Masuk Enjin Carian Google


Kaedah Ketahui Blog Disenaraikan Enjin Carian Google

Anda hanya perlu taip site: http://alamat-blog-anda.blogspot.com di dalam kotak carian Google. Samalah juga jika anda mahu tahu samada entri blog anda telah dimasukkan di dalam enjin carian Google, maka anda perlu berikan link atau url entri anda tadi, contohnya; site:http://www.hasrulhassan.com/mamat-paling-ensem-didunia.html

Kaedah Ketahui Entri Blog Disenaraikan Enjin Carian Google


Cara Ketahui Entri Blog Disenaraikan Enjin Carian Google

Kaedah Ketahui Blog Disenaraikan Enjin Carian Yahoo


Cara Ketahui Blog Disenaraikan Enjin Carian Yahoo

Sama juga caranya untuk anda lakukan di Yahoo dan Bing. Cumanya, anda tidak dapat nak pastikan samada entri terbaru anda dimasukkan dalam pengkalan data carian Yahoo dan Bing sahaja. Untuk alamat am blog anda, in Sya Allah, anda boleh lakukan cara di atas. Begitu juga untuk enjin carian yang lain.

Untuk cara pantas blog anda dimasukkan dalam enjin carian Google, anda boleh baca entri ini: Google Blog Search

Dengan tatacara atau kaedah ketahui blog disenaraikan dalam enjin carian yang diberikan ini, harapnya anda nanti dapat tahu samada blog anda mudah dimasukkan dalam enjin carian atau tidak.
 

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. As Salam...saya dah cuba. Ye, dah jumpa entri saya dalam enjin carian google.. Terima kasih HH...

    ReplyDelete
  2. oooo cmm gini .... macam gitu nak cuba jgk lah untuk blog say ..thanks

    ReplyDelete
  3. salam. sy dah cuba :)) thanks share!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement