Andai Nabi Muhammad S.A.W Ada Blog. Apa khabar anda hari ini? Hari yang indah di Jumaat, penghulu segala hari buat umat Islam. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang cukup bersejarah. Ia merupakan tarikh Nabi Muhammad S.A.W lahir ke dunia ini. Syukur dengan kelahiran baginda S.A.W, anda dan HH dapat mengecapi nikmat menjadi seorang Muslim.
Mengingati tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bukanlah satu syariat, bukan juga satu arahan ... namun, sebagai salah seorang umat yang dilahirkan dengan nikmat beragama ini, kita seharusnya perlu dan harus mengingati seorang insan yang telah memberikan banyak kebaikan pada diri kita. Tetapi, jangan sampai kita melampaui batas seperti mana maksud hadith berikut:
"Daripada Umar bin Khattab berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya." (H.R Bukhari dan Tirmizi)
Hebatkan manusia bernama Muhammad S.A.W, adakah kita tidak mahu menjadi manusia sehebat baginda? Nabi seandainya masih hidup tentu baginda mahu semua umatnya 'menjad' sepertinya. Kerana apa? Kerana baginda adalah contoh terbaik untuk menjadi seorang Muslim sejati.
Sekarang fikirkan. Seandainya Nabi Muhammad S.A.W seorang blogger, apakah yang akan baginda titipkan dalam entri-entri seharian baginda? Tidakkah anda terfikirkan perkara ini?
Di zaman Rasulullah S.A.W, Nabi dan para sahabat telah berusaha bertungkus-lumus untuk menyebarkan nikmat Islam ke seluruhnya. Dengan sumber terhad, tanpa apa yang kita miliki kini, Islam telah tersebar mekar serata alam.
Dan kita? Bagaimana kita harus bertanggungjawab dengan kelangsungan ini? Setiap umat Muhammad S.A.W perlu rasa bertanggungjawab. Menyampaikan bukanlah satu perkara yang perlu ada kelayakkan tinggi. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah ada tetapan dan syarat untuk menyebarkan kebaikan. Dan mengapa anda tidak mahu mengambil pendeketan ini?
Menarik sekali. Ianya satu perkara yang menjanjikan pahala. Lebih hebat dari ganjaran yang diberikan oleh Nuffnang, Innity, Advertlets mahupun Adsense. Lebih menarik jika nak dibandingkan dengan mereka yang letak iklan di blog anda. Lebih syok daripada menerima jumlah pengikut beribu-riban.
Ambil peluang ini. Anda sudah ada teknologi sebagai senjata terbaik dan berkesan. Kita adalah daei ... walau siapapun kita.
Salam Maulidur Rasul.
Insyallah. Jadikan blog sebagai media meneruskan perjuangan Rasulullah atau sekurang-kurangnya sebagai forum untuk menunjukkan kecintaan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
BalasPadamsatu hadis untuk renungan bersama
BalasPadamDari Anas bin Malik r.a dia berkata:
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan
berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau
persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan
banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan
RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang
kamu cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
Salam Maulidur Rasul jugak...
BalasPadamPetikan drp entri Abe ni http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html
"Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita... Kepada pembaca SETIA Blog Abe ni sekalian... TAHNIAH Abe ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. Abe tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak Abe sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah SWT dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya. Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. Salam Maulidul Rasuldari Abe di www.QueAchmad.com"
semoga tulisan kita semua bermanfaat sobss
BalasPadamsalam maulidurrasul, pastinya tiap entryunya sangat indah penuh dengan informasi keimanan memantapkan akidah kita...
BalasPadamsalam maulidul rasul utk bro sekeluarga.....
BalasPadamassalamualaikum hh...salam maulidur rasul walaupun dah terlewat hh....:)
BalasPadamsalam maulidur rasul....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.