As-Salam. Tak ramai yang mungkin menyedari bahawa ada sesetengah orang yang bijak menulis, tetapi apabila berkata-kata atau berbicara secara lisan ... dia tidak sebegitu bijak yang disangka, begitulah sebaliknya. Adakah anda setuju andai HH katakan bahawa bijak menulis perlu juga bijak berkata-kata?
Mungkin ramai yang akan setuju tetapi ia adalah antara perkara yang sukar untuk dilakukan. Tak percaya? Cubalah anda karang sebuah ucapan anda sendiri, tetapi apabila mahu membacanya, cubalah baca ikut apa yang anda rasa betul dan benar, tanpa perlu melihat apa yang telah anda karangkan tadi. Pasti akan ada bezanya, walaupun kecil!
Beza Menulis Dengan Berkata-Kata
Beza utama antara kedua perkara yang HH sebutkan ialah masa untuk berfikir. Apabila anda berkata-kata, anda jarang memanfaatkan masa untuk berfikir. Sebaliknya jika anda menulis, anda akan ambil masa untuk pilih perkataan dan ayat yang sesuai. Ketika ini, anda lebih gunakan otak dari rasa, emosi dan perasaan. Anda tahu akan apa yang anda tulis dengan lebih baik.
Seorang penceramah yang hebat sukar nak buat buku karangan sendiri, kecuali jika ada orang lain yang akan bantu, seperti rakaman, catatan dan sebagainya. Penceramah boleh berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran pada ketika lidah berbicara, tanpa rujukan yang sebenar. Berbeza ketika dia menulis, pasti akan ada beberapa buku rujukan yang disediakan, malah disebut di dalam setiap fakta yang cuba diketengahkan.
Anda akan melihat seorang pendebat ketika bentangan hujah merujuk akan catatannya yang telah tersimpul rapi, kemas dan berfakta. Nampak menarik, nampak hebat, nampak perghhh .... memang sukar untuk ditewaskan. Tetapi apabila tiba masa penggulungan yang memerlukan anda lebih petah dari pen atau pensil, pasti akan ada emosi dilampias bersama. HH pernah tengok beberapa siri debat, apabila tiba masa penggulungan hujah, ramai pendebat akan ulang fakta catatan dan banyak diselitkan emosi dan perasaan mengenai tajuk yang didebatkan. Kerana itulah, timbulnya Listen .. Listen.. dan Listen ...
Namun, tak dinafikan ada juga insan yang hebat yang bijak menulis dan berkata. Tak perlu HH sebut satu persatu, anda boleh lihat dan cari sendiri. Mereka ini orang berilmu dan ada pengalaman. Apabila anda ilmu, ada pengalaman, apa yang disebut di mulut akan sama dengan apa yang ditulis di dalam buku. Mereka ini buat apa yang mereka kata, mereka tulis. Mereka bukan sembang kosong, bukan cakap ikut sedap dan selera pendengar sahaja.
Kaitan Bijak Menulis dan Bijak Berkata Dengan Menulis Entri Blog
Dalam blog, untuk menghasilkan sebuah entri yang bagus ... anda perlu bijak menulis, dan apabila anda menulis, anda perlu ada pengalaman mengenai penceritaan kerana ini adalah fakta anda. Anda tahu apa yang anda ceritakan. Dan apabila diminta anda untuk menceritakan kembali pengalaman anda yang anda tulis itu .... ia hampir tiada beza, mungkin lari sedikit adalah dari sudut penyusunan penceritaan. Tetapi .. pengisian utama dalam cerita yang ditulis masih lagi ada di dalam penceritaan lisan anda.
Ok, dapat tangkap tak apa yang HH cuba sampaikan ini? Mudah je. Untuk sebuah entri yang bagus, menarik dan nampak 'hidup'; apa yang perlu anda buat ialah adakah anda boleh menceritakan semula cerita yang anda tulis tadi dengan lisan anda - iaitu berkata mengenainya? Kalau boleh, maka anda sudah dapat atau sudah pandai menulis sebuah entri yang bagus untuk dibaca oleh pengunjung blog anda.
Terima kasih.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteramai orang betah bercakap tapi kurang berkata-kata, tapi pada saya, saya ada blog sbb saya kurang bercakap ;)
mungkin komen di tempat yang salah, adeh,,, sebenarnya nak tanya pasal blog saya ni, dah lama saya tak buka webmastertools, sekali buka saya lihat peningkatan jumlah missing title tags, duplicate title tags, short meta descriptions and duplicate meta descriptions telah berlaku. sebelum ni jumlahnya seribu lebih, bila ejas-ejas turunlah jumlahnya, tapi selepas berbulan-bulan tak buka, tengok3 naik mencanak... macam mana ek nak atasinya?
dah cuba banyak cara, ni last choice kena tanya orang yang mahir jugak ;)
terima kasih.
Saya dah emailkan penyelesaian jangka pendek pada @google-0ddcc870778f784f69297aa1e01d5b95:disqus ..harap penerangan dpt bantu untuk selesaikan masalah tersebut. Oh ya, perlu dalam ingatan bahawa analisis ttg SEO blog adalah berbeza-beza; anda mungkin mendapat analisis berlainan di SEO Workers, atau CHKME atau SEO Analysis, atau Bing Webmaster mahupun Google Analytics/.Webmaster Tools.
ReplyDeleteNamun, apa yang saya dah beritahu dalam email, boleh selesaikan masalah @google-0ddcc870778f784f69297aa1e01d5b95:disqus tadi ...in Sya Allah.
ReplyDeletesalam,,,
ReplyDeleteterima kasih....
saya dah ejas mana yang dicadangkan, harap masalah yang berlaku dapat diatasi. saya tidak berapa pandai mengenai SEO ni, tapi saya try guna apa y saya tahu sahaja melalui pembacaan saya..tapi selepas apply di blog, sy lihat masalah ini semakin teruk....hehehe
terima kasih atas bantuan ni.
bijak menulis dan bijak berkata2...... dua maksud yg berbeza ya bro......
ReplyDeleteassalamualaikum hh...betul2 tu kekadang masih kelirukan dan tak sama cara penyampaiannya...:)
ReplyDeleteSalam ziarah...
ReplyDeleteBlog hebat tuan telah kami pautkan.
Terima kasih atas informasi yg terdapat di dalam blog ini terutama sekali penerangan tentantang SEO.
Kami akan selalu singgah di sini untuk mendapatkan segala ilmu bermanfaat yg terkandung di dalam blog hebat tuan ini..
Jika ada kelapangan...singah2 lah di blog kami pula..
Admin@JD
www.jeringdaily.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.