As-Salam. Boleh ke tak boleh seorang lelaki kacak buat video tutorial mengenai cara-cara pakai shawl ini? Hmm ... lepas fikir lapan belas kali ... dan buat semakan di YouTube.... erkkk memang boleh. Dan memang dah ada seorang blogger kacak semalaysia buat vlog mengenai cara-cara pakai shawl ni (banyak kali silap eja shawl - swal). Tak percaya? Nanti HH berikan link ke vlog yang dimaksudkan.

Boleh dan sebenarnya digalakan pun. Kerana apa? Kerana lelaki kacak akan menjadi sebagai suami, dan si suami dah tentu-tentu akan ada isteri. Jika isteri tidak bertudung pada mulanya, bolehlah diajar cara-cara pakai shawl ni. Haa... tak ke manis andai cara-cara nak pakai tutup kepala bagi menggalas syariat ini diajar oleh suami sendiri?

Lelaki perlu tahu, bukan hanya suami. Ramai lelaki dok suka suruh suruh suruh arah arah dan arah je, tapi tak bagi support sepenuhnya. Tak pula menjadi guru sebenar. Hanya pandai berbicara tapi kalau disuruh tunjukkan dan ajari aku (Annuar Zain) ... disuruh rujuk pada yang lain. Haa ... inilah masa untuk menjadi lelaki idaman dan suami mithali.

Ok. Mungkin tak sabar nak tengok vlog yang HH katakan tadi. Hanya klik gambar di bawah ini dan anda akan dibawa ke YouTube video pakai shawl untuk gadis jelita.

Video Tutorial Pakai Shawl oleh Blogger Kacak





Errkk ... walaupun ianya hanya sebuah vlog parody yang dihasilkan oleh seorang blogger kacak, tapi lihat betapa kemungkinannya untuk anda seorang blogger mempromosikan blog anda menerusi video, dan menerusi beberapa teknik lain yang lain dari yang lain. Siapa sangka sebuah vlog mengenai cara-cara pakai shawl dilakukan oleh seorang lelaki ... ye tak?

Dan disebabkan sedikit kelainan dan keunikkan ini, blog anda pasti akan dikunjungi lagi dan lagi. Tak percaya? Tengok je la blog blogger yang kononnya lebih kacak dari HH ni .. huhuhuu.... (klik)

Kredit Foto: Hana Tajima

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg awesome...hahaha.
    www.bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hahahahahaha.. patutlah asyik terbersin je, rupanya disebut..hehehe..terima kasih bro.. bagi orang yang tak berapa nak mahir seo, rasanya ni antara langkah2 yang baik untuk kita mempromosikan blog kita... saya memang dah cuba banyak kali dah.. alhamdulillah.. ada juga hasilnya.. apa2pun, terima kasih ye bro..sebab sudi mempromosikan blog picisan saya tu.. saya hargai sangat2.. tak tau macam mana nak balas budi bro ni.. Semoga Allah akan bukakan pintu rezeki bro HH seluas-luasnya.. amin...

    BalasPadam
  3. kah3..boni pun boleh..hihi

    BalasPadam
  4. hehehe..muka boni kacak ala cam blogserius je..tp kelakar juga videonya

    BalasPadam
  5. segalanya tak mustahil untuk seorang blogger! hahahhaa XD

    BalasPadam
  6. hehehe memang kelakar :) tapi menarik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement