As-Salam. Blogger baru vs Blogger popular, mana satu yang lebih baik untuk anda sebagai salah seorang yang punyai blog untuk promosikan blog anda? Ramai di antara kita yang sangat berharapkan agar adalah dikalangan blogger popular akan baca blog, retweet, atau LIKE entri-entri di dalam blog. Menurut pemahaman mereka, blog akan lebih mudah nak naik jika mendapat sokongan daripada blogger-blogger popular ini.

Hmmm ... HH pasti akan ramai angguk tentang kenyataan di atas. Tetapi, hakikatnya ialah ... sokongan daripada blogger baru yang membaca blog anda adalah lebih bernilai daripada blogger yang popular yang membaca blog anda. Kenapa tidak?

Foto cun Hanis Zalikah - Blogger Baru vs Blogger Popular


Berapa ramaikah blogger yang dah popular yang akan baca blog kita seharian? Sememangnya andai ada, anda boleh kira dengan jari jemari anda. Pernahkah blogger seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Denaihati, AriffShah, Aman dan beberapa nama lain yang gah dalam dunia blog Malaysia ini berkunjung ke blog anda, baca, komen dan kemudian LIKE atau Tweet apa yang anda kongsikan di dalam blog anda?

Ada, memang ada tapi tak sehebat blogger-blogger baru yang sering singgah di blog anda. Mereka inilah yang patut anda berikan sokongan dan melihat mereka sebagai satu aset untuk blog anda dikenali di kalangan blogger-blogger yang lain.

Saling Bantu Sesama Blogger Setaraf

Adalah penting sebagai salah seorang blogger yang baru nak dikenali, baru nak naik saling bantu sesama sendiri. Lihat blogger yang ada di sekeliling anda yang sama 'taraf' yang sama usia blognya dengan blog anda... blog dan blogger inilah yang patut anda lihat sebagai salah satu potensi untuk anda mempromosikan blog anda.

Permulaan HH memprosmosikan blog adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan blog-blog yang seangkatan usianya dengan blog HH. Dari situ, anda boleh buat rangkaian rakan blogger sendiri yang sama-sama dalam usaha untuk mempromosikan blog.

HH pernah bekerjasama dengan blog BicaraMakDara, NabilaMedan, Rina Salleh, Ben Ashaari, dan ramai lagi ..ketika masing-masing cuba perkenalkan blog masing-masing (Ben masa ni dah lari pecut dah ...)

Yang akan menjarakkan kelak adalah nilai dan jumlah usaha ....

Tips Bekerjasama Sesama Blogger

Cara anda bekerjasama terpulang pada anda, anda boleh saling tukar backlinks, boleh tukar bloglist, buat segmen bersama, saling letakkan RSS Feed dan bermacam lagilah. Jadi penaja kepada sesuatu kontest atau giveaway pun boleh juga.

Apa yang penting, giatkan usaha bersama rakan blogger yang ingin sama bangun dan majukan blog masing-masing. In Sya Allah, lama kelamaan akan beri hasil yang positif.

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Blog HH dah banyak membantu blog Mak Dara .. Namun blog HH masa ni dah lari pecut dan saya masih cuba untuk berjalan tapi ala ala lari lari anak.. harapan semoga blog saya bisa mendapat tempias kehebatan blog HH ni.. tak dapat tempias banyak sikit pun jadilah syukur heheheh

    ReplyDelete
  2. Blogger baru lbih friendly :)
    Tapi ad je blogger popular yg friendly :)

    Same2 m'bantu :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bloh HH terbaik ... kagummmm..blog saya masih level bawah lagi :)

    ReplyDelete
  4. Salam tuan tanah. Mohon maaf mencelah. Teman setuju dgn pendapat blogger otai mcm saudara..Cuma mungkin hala tuju dan content masing mungkin berbeza. Masing2 punya agenda tersendiri. Penulisan cukup penting dari byk copy paste mcm teman. Pada teman yang penting mesej yg ingin kita sampaikan sampai ke sasaran. Byk blogger2 termasuk teman sendiri blum lagi mencapai tahap menjadi seorang blogger tulin (mempunyai tulisan dan idea tersendiri) seperti rockbru, helenang, anotherbrickofwall dan yg seangkatan. Teman harap saudara boleh membuat satu penulisan mengenainya spy adik-adik baru yg lain yg mahu berjinak-jinak dgn dunia blogger ini memahaminya dgn lebih mendalam. Mohon maaf sekali lagi, sekadar memberi pandangan..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya cara-cara menulis blog, membuat blog dengan baik telah tersedia di dalam blog ni sejak dari 2011 lagi. Anda boleh rujuk dan aplikasikan yang mana sesuai dengan blog anda. .... penat saya letakkan pautan di atas panduan menulis blog untuk rakan blogger klik dan semak hasil perkongsian saya ...



    Cara2 menulis blog diberikan bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga tips untuk menulis berdasarkan SEO, dan untuk pengunjung menyukai blog kita, tak kiralah samada blog anda blog personal atau informasi.

    ReplyDelete
  6. Blog HH banyak bagi panduan dan idea utk saya update entri blog saya.. terima kasih HH

    ReplyDelete
  7. saya sokong entri ni bro HH!

    ReplyDelete
  8. betul lah tu.
    mula mula buat blog , saya hanya syok sendiri. kemudian saya mula kaji kata kunci yang popular, fokus pada kata kunci tersebut. buat seo . apabila 3 kata kunci sudah berada di 1st page , trafik mula datang. takla ramai sangat , antara 60-70 orang sehari je. cuma saya seronok sebab dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Bagi saya , tak perlulah jadi blogger popular.................

    ReplyDelete
  9. Hehehe... ok ok .. mesej diterima jelas .. :)

    ReplyDelete
  10. Hmm tapi kelebihan kalau blogger popular, blog pun popular..bila blog popular, apa yang disampaikan pun akan diterima dengan mudah .. contoh terbaik adalah UAI ... bila popular ..semua orang akan angguk dan suka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement