As-Salam. Ramai yang buat blog ada matlamat tersendiri. Paling biasa yang HH selalu nampak dan baca ialah nak buat blog sebab nak dapat duit. Keterujaan ini adalah disebabkan ramai blogger yang buat entri mengenai pendapatan mereka hasil dari berblog. Ada yang banyak sampai ribu-ribu, ada yang cukup ratus-ratus. Malah ramai yang dah dapat puluh-puluh ringgit hasil berblog.

Tips buat blog jana pendapatan


Ada blogger buat blog dek kerana kepercayaan bahawa buat duit dengan blog adalah mudah, yang sebenarnya ia jauh panggang dari api. Bukan apa, ada blog yang dah berkurun berada di dalam alam maya ini, tetapi pemilik blog tu tak jugak jadi kaya raya. Bukan sedikit tapi ramai termasuklah diri HH sendiri.

Cuma, yang kebanyakkan nampak adalah blogger yang buat duit menerusi blog. Mana tak nampak, dah setiap bulan ada sahaja blogger buat kisah dan entri mengenai cek dari Innity, cek dari Nuffnang, cek Advertlets yang datang bertandang. Nak cari entri mengenai kecewa tak dapat duit menerusi blog - hmmm kurang sangat. Bila tak dapat, mereka diam ... tak pun cerita, tak pun buat entri betapa susahnya nak buat duit menerusi blog.

Memang boleh buat duit dengan blog. Tapi ia tidak sepatutnya menjadi keutamaan. Bagaimana blog boleh jana pendapatan, andai yang baca blog hanyalah diri kita dan rakan terdekat kita je?

Buat Blog Bantu Ringan Beban Keluarga

Ada blogger bercerita, mereka berblog untuk bantu keluarga ringankan beban. Mahu bantu ayah yang pergi balik turun naik laut menangkap ikan sehari-hari menyara keluarga. Mahu bantu ibu yang tungkus-lumus jual karipap dan nasi lemak di simpang hujung semata nak bagi duit untuk abang yang belajar di IPT. Ya, memang misi dan visi mereka itu murni, tetapi terus buat blog dan terus mengharapkan untuk jana pendapatan menerusinya dalam jangkamasa terdekat ... itu adalah perkara yang agak mustahil untuk dicapai.

Cara Blog Jana Pendapatan Sebenar

Jika mahu blog jana pendapatan sebenar, maka buat blog niaga. Jual barang secara online. Tak pun terlibat dengan Affiliate yang sah dan halal, yang bukan skim cepat kaya. Blog niaga adalah medium paling mujarab untuk jana pendapatan menerusi blog.

Buat betul-betul dengan perincian, dengan kaedah yang terbaik. Bukan sekadar buat blog niaga tempek gambar produk dan harapkan pengunjung akan buat tempahan atau pesanan. Anda perlu aktif dalam dunia blog terutama blog niaga. Cari pelanggan menerusi pembaca blog. In Sya Allah, akan ada yang akan jadi pembeli setia dari blog niaga anda.

Dah ada blog niaga? Baca mengenai bagaimana nak dapatkan pengunjung ke blog niaga anda - 7 Tips Blog Niaga Dapat Pengunjung

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asal saya buat blog sbb nk belajar menulis tp bila dgr orang lain dok sibuk cerita tentang nuffnang, mula buat juga. konon nk tmbh pendapatan la. tp yg banyak sumbang utk akaun nuffnang saya ialah fan blog saya. ok la..tp saya xpernah cash out lagi duit tu.

    BalasPadam
  2. Dulu memang teruja bab duit.. tapi.. lama2 sedar.. saya memang minat menulis! hehe..

    BalasPadam
  3. Hmm dah cash out nanti leh la buat kenduri kesyukuran ehhh .. :)

    BalasPadam
  4. bila berblog kerana hendak cari pendapatan, tidak akan kekal lama
    kerana akan patah semangat bila x ada pendapatan seperti diharapkan
    pada Sop pendapatan blog hanya bonus
    yg ptg minat, baru boleh kekal..
    sop pernah terjerumus utk kejar pendapatan blog.. mmg semangat hehehe

    BalasPadam
  5. Betul tu sop ... :) ia adalah bonus untuk buat blog

    BalasPadam
  6. assalamualaikum hh...yer la betul ckp gnesop pendapatan blog bonus tu...:)

    BalasPadam
  7. betul...remy punya cousin dah lama berblogging...jual brg kraf online..alhamdulillah...nampak kejayaannya....

    BalasPadam
  8. Saya pun sama..mula-mula buat blog sebab minat nak blajar buat website..tapi bila jumpa pasal Nuffnang, ermm mula la da trpesong niat..rasa down sangat bila setiap hari tulis entry tp pendapatannya hampeh..tp skrg sy sedar smula, banyak kelebihan bila ada blog, trutama blog prsonal sbb boleh sambil buat catatan macam diary..resepi pun blh simpan semua dlm blog dan bila nak masak menu yg susah2 skit tu boleh la slongkar blog sndiri..hehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement