As-Salam. Apabila blog anda punyai entri panjang, atau memang sejak awal2 blog anda dibuat, blog anda dah panjang, akan wujud masalah bila pengunjung susah nak pergi ke bahagian atas blog anda atau nak lihat bahagian sidebar yang mungkin lebih pendek dari entri utama.
Maka untuk itu, anda digalakkan meletakkan satu pautan, link atau imej visual yang memudahkan untuk pengunjung klik lalu terus ke bahagian atas blog anda. Anda boleh lakukan banyak cara, tetapi cara paling mudah dan simple adalah dengan meletakkan kod html berikut di dalam html/javascript di sidebar blog anda (boleh letak mana-mana sebenarnya, malah dalam kod html blog).
<a title="Kembali Ke Atas" href="#" style="position: fixed; bottom: 10px; right: 25px;"><img src="Gambar-Kembali-Ke-Atas" /></a>
Kedudukan dalam tulisan bold atau dihitamkan boleh anda ubah, mengikut kesesuaian blog anda. Lagi satu, anda boleh gunakan imej berlainan - Gambar Kembali Ke Atas untuk paparkan visual kembali ke atas. Boleh cari dengan Google sendiri imej-imej yang anda mahukan. Nak letakkan gambar muka anda sambil tenung atas pun boleh.
Anda boleh mendapatkan imej-imej kembali ke atas di sini:
http://www.iconhot.com/icon/discovery/go-top-1.html
http://www.iconfinder.com/icondetails/8042/48/top_up_icon
Anda boleh mendapatkan imej-imej kembali ke atas di sini:
http://www.iconhot.com/icon/discovery/go-top-1.html
http://www.iconfinder.com/icondetails/8042/48/top_up_icon
Pilihlah ikon atau imej dalam jenis *.png dengan latar belakang transparent supaya ia tidak jejaskan penampilan latar blog anda.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
tutorial yg menarik! tq bro HH
BalasPadamNICE.... memudahkan......
BalasPadamTerima kasih .. harap digunapakai sebaik mungkin ...
BalasPadamYa .. memang ia memudahkan...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.