As-Salam. Antara penempatan iklan berkesan adalah ianya harus berada di bahagian atau struktur atas blog anda. Ia mesti menjadi antara perkara pertama dilihat oleh pengunjung blog anda. Untuk entri ini, HH kongsikan cara anda boleh meletakkan sebarang iklan termasuklah Adsense, Affiliate mahupun dari platform pengiklanan seperti Advertlets dan juga Nuffnang di bahagian atas entri blog, atau dengan kata lain di bawah tajuk entri blog anda.
Cara Letak Iklan Bawah Tajuk Entri
Tak sukar mana, cuma perlu berhati-hati sahaja. Pertama sekali, anda perlu dapatkan kod html pengiklanan anda, tak kiralah Nuffnang ke, Adsense ke, Innity ke ..... malah untuk iklan Affiliate anda sekalipun.
Dah ada kod html iklan anda, maka anda perlu pergi ke bahagian Dashboard dan edit html blog anda. Harus diingatkan anda perlu terlebih dahulu backup kod html anda sedia ada agar nanti boleh dilakukan penyelamatan seandainya perletakkan kod html untuk iklan tidak menjadi.
Kemudian, cari kod ini di dalam blog anda - <data:post.body/>. Jika terdapat lebih daripada satu, maka cari kod yang ketiga atau keempat (mungkin kedua). Apabila dah jumpa, letakkan kod iklan anda seperti berikut:
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div style='float:right;padding:8px;'>
KOD HTML IKLAN ANDA
</div></b:if>
Menerusi kod di atas, iklan anda akan berada di dalam entri di bahagian atas sebelah kanan. Ia tidak akan bertindan dengan isi kandungan entri blog anda. Anda boleh ubah kedudukannya dengan menukar right kepada left atau center. Terpulang kepada anda.
Ia akan nampak seperti berikut di dalam entri blog anda:
Mudah je kan? Selamat mencuba.
Terima kasih .. membantu ^^
ReplyDeleteHmmm akan datang nanti ... nak buat automatik sapa singgah akan terus jamu teh tarik kurang manis dengan roti canai banjir .. huhuhuu.. cuma teknologi lom boleh diperlakukan begitu je .. memang hasrat sapa jenguk blog ni akan dapat sesuatu.
ReplyDeleteSama-sama ... praktikkanlah .. beberapa bulan HH praktikkan ... Nuffnang macam murah hati je bagi duit ..hehehehe
ReplyDeletebab HTML mmg fail laaaaa... xshukerrrrr
ReplyDeleteDah cuba tapi tak tahu letak kat mana.. Ada error....
ReplyDeleteberapa lama HH hasilkan blog camni??? buat HTML sendiri ke atau tutorial??
ReplyDeleteassalamualaikum hh...best la mcm nak cuba jer...;)
ReplyDeletemenarik.thanks
ReplyDeletesyok ar datang blog HH ni... sedap je mata memandang.. tahniah la, blog HH ni memang menarik....
ReplyDeletebuat macam tu tak keluar pun iklan.kenapa yerr ?
ReplyDeleteBoleh tahu guna iklan apa? Nuffnang?
DeleteTerima kasih.
ReplyDeleteSangat membantu saya.
thanks HH,dah puas cuba,last jadi juga
ReplyDeleteterima kasih buat tu tutorial ni
ReplyDeletenak cuba jugak kat blog
lepas jumpa kod iklan data:post.body
ReplyDeletepaste kod seterusnya kat BAWAH ATAU ATAS kod tersebut?
sbb sy buat paste bwh kod tu, tapi iklan sy di BAWAH ENTRI bukan bwh tajuk entri
oh dah jumpa, paste kat atas kod tu. terima kasih tutorial ni
ReplyDeleteAlhamdulillah,.... menjadi jugak ehhh .. :P
DeleteTerima kasih.. alhamdulillah menjadi..
ReplyDeleteterima kasih dgn infonya..mesti cuba
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.