As-Salam. Kadangkala ada blogger yang terperangkap dengan persepsi, perlu update blog setiap hari ... atau paling tidak, selang 2-3 hari mesti nak ada post terbaru dalam blog. Yang jadi masalah ialah .... apa yang nak diceritakan dalam blog? Idea tulis entri kali ini, HH kongsikan tips untuk mempelbagaikan cerita dalam blog bagi memenuhi tuntutan sehari satu post baru!

Buntu. Sering je berlaku pada blogger bila tak ada cerita nak dikisahkan. Lainlah jika anda seorang blogger yang kutip informasi, boleh ceduk sana sini bagi mendapatkan bahan. Tapi, kalau blog anda blog peribadi? Kepada yang punyai prinsip mahu kualiti dari kuantiti, maka idea tulis entri mengenai anak-anak adalah salah satu cara untuk pelbagaikan cerita dalam blog peribadi.

Idea Tulis Entri - Tulis Mengenai Kisah Anak-Anak Anda


Blog peribadi, dah kahwin, cerita tentang anak-anaklah yang paling seronok untuk dikongsi. Keletah anak-anak kecil memang sukar dijangka. Ada sahaja yang mungkin unik di mata, yang jarang berlaku pada orang lain. Perkara inilah yang perlu anda kongsi. 


Contohnya, jika anak anda pergi berkhemah ... boleh saja anda korek kisah mereka semasa dalam perjalanan dan semasa berkhemah, tentu ada cerita menarik yang boleh anda kisahkan dalam blog. Mesti ada punyalah.

Nak jadi ia sebuah entri yang lebih menarik, kongsikan tips-tips tertentu. Contoh tadi tentang pergi berkhemah, anda boleh selitkan tips bagaimana nak elak nyamuk gigit anak anda semasa perkhemahan.... atau mungkin, berapa jumlah baju yang perlu anak anda bawa ke perkhemahan dengan rakan sekolah dan sebagainya.

Dari satu cerita pendek, anda dah dapat satu entri kisah anak anda serta berkongsi tips yang boleh memberikan manfaat pada orang lain. Dah .. siap satu entri.

Esok atau lusa, boleh sambung cerita tentang perkara yang sama, mungkin kali ini ... anda boleh kaitkan dengan pengalaman anda semasa kecil pula. Kisah anda semasa anda kanak-kanak, dah boleh buat link dalaman untuk entri sebelum ini.

Nampak mudah kan? Kreatifkan diri dalam pelbagai sudut, in Sya Allah ... anda tak akan kekeringan idea untuk buat entri baru lagi!

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau yang ada anak la...hehe...cerita tentang pengalaman pon satu idea yg baik..

    ReplyDelete
  2. Idea ni datang tak dijangka. Yg paling teruk bila syaitan mai ganggu, datang time tengah solat..camna tu?

    ReplyDelete
  3. Banyak benda boleh cerita pasal anak-anak nie...

    http://www.mananqayyim.com/2013/01/Projek-Bloglist-2013.html > Jom Serta : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

    ReplyDelete
  4. untung la kepada ang buat blog psl parenting. kalau blog psl niche lain cam lari dari konsep lak..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...hujung tahun nie blog remy penuh kisah baby pulak.......

    ReplyDelete
  6. pasti satu hari nanti blog dkna akan ada cerita anak-anak heheee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement