As-Salam. Menarik tak tajuk entri HH ni ... Idea Tulis Entri dengan menampilkan si Tukang Sapu Sampah sebagai sumber idea untuk menulis entri baru di dalam blog. Sebenarnya ia adalah satu metafora bagaimana untuk mendapatkan idea bagi blog anda. Mungkin ia tidak akan diterbitkan terus .. tetapi ia boleh menjadi antara sumber untuk anda menulis sesuatu di dalam blog.

Tanya pada tukang sapu sampah ... kerana mereka ini melihat persekitaran dan ragam orang setiap hari, setiap ketika ketika menyapu sampah. Malah, telinga mereka juga mendengar ... banyak keluhan, pendapat, pandangan yang mereka boleh kongsikan kepada anda.

Tapi, anda perlu menjadi ramah dan tamah. HH pernah menegur seorang tukang sapu sampah MPSP semasa buat kerja luar. Nyata, ada cerita ... malah banyak cerita yang dikongsikan mengenai tahap kebersihan Pulau Pinang. Beza antara pemerintah dulu dan sekarang ... memang erkk ... sesuatu yang anda tak sangka dari seorang tukang sapu sampah! Tapi, HH tak buat entri tersebut sebab ia ada kaitan dengan politik ...... :)

Jangan pandang hina pada si tukang sapu sampah ... mereka kadangkala lebih berinformasi dari anda!

Ya, berkata soal metafora tadi .... sebenarnya idea untuk tulis entri adalah dengan bertanya dengan orang sekeliling kita. Tentu ada cerita yang boleh mereka kongsikan kepada anda untuk dijadikan sumber idea dalam menulis entri baru di dalam blog. Contoh seperti gambar di bawah ini, HH tanya pada brader ni tentang cara nak buat lempeng pisang yang sedap di Pulau Pangkor .... dan bagaimana dia menjualnya setiap hari ... haa ada cerita tu .. dan boleh jadi salah satu entri menarik untuk percutian anda!

Idea menulis entri - Tanya pada orang sekeliling anda


Anda boleh tanya pada makcik-pakcik, jiran sebelah, anak jiran sebelah, tok penghulu, tok mudim, tukang bancuh air teh tarik ... dan ramai lagi di dunia nyata. Ada banyak cerita tu ... dan banyak tips, panduan tentang hidup dari mereka.

Idea menulis entri - Tanya pada orang sekeliling anda


Contohnya, cubalah anda tanya pada tukang bancuh air teh tarik .. bagaimana nak buat satu teh tarik yang best .... tentu anda akan tahu rahsianya. Dan menariknya, ia sesuatu yang anda tidak pernah buat dan lakukan sebelum ini.

Jadi, idea menulis entri ini ada pelbagai sumber, cuma anda perlu tahu untuk ekstrak dan jadikan sebuah entri menarik di dalam blog anda. Ingat ... tanyalah pada tukang sapu sampah kerana dari mereka macam-macam info boleh anda jadikan entri di dalam blog anda!!

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yg geram tu, kadang2 idea datang waktu kita tengah solat..macamana tu?

    BalasPadam
  2. Setiap orang ada cerita untuk di kongsi...betul kata HH kadang-kadang dia orang ni lebih banyak info coz dia orang jumpa and lihat banyak ragam manusia..sama jugak dengan pemandu teksi..topik dia orang kadang-kadang lebih up todate!!!

    BalasPadam
  3. betol2.....sesiapa sahaja mampu memberi idea cerita...

    BalasPadam
  4. Betul tu, tapi kena pastikan apa yang kita dapat itu bukan benda yang diada-adakan, perlu juga tapis dan hati-hati...takut nanti sebar benda yang tak betul pula.

    BalasPadam
  5. Hmm tulis la cepat2 atas kertas ke apa ke .. boleh je ....

    BalasPadam
  6. Ya .. anda juga boleh menjadi satu idea pada saya ...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, saya susah nak kehabisan idea atau orang panggil mengalami "writer block".


    Tetapi, dalam otak saya ada terlampau banyak idea dan menyebabkan saya susah tidur malam lalu selalu ponteng sekolah sebab bangun lambat.


    Huhu... itulah nasib-nasib...

    BTW, maksud tuan tanya pada tukang sampah ialah selalu bersosial. Keluar rumah, jalan2 pusing taman.


    Nanti InsyaAllah ada mak cik, pak cik cerita tentang macam2 dan dapatlah idea nak menulis entri :D

    Thanks for the entry


    THUMB UP!

    BalasPadam
  8. betul, idea menulis blog ini sebenarnya kita boleh perolehi dari pelbagai sumber, yang penting kita kena rajin buat research. Sebagai tambahan, mempunyai NICHE yang jelas juga dapat membantu kita untuk menulis dengan lebih fokus dan bagus. entry yang bermanfaat!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement