As-Salam. Kejahatan seorang blogger jangan dipandang remeh. Jangan main-main dengan seorang blogger yang punyai ramai pengikut dan pembaca setia. Seorang blogger yang sudah ada pengaruh sendiri, jika dijentik akan kesabarannya, dan mula menyembur kemarahannya ... yang jadi mangsa nanti ... aha ..fikirlah sendiri.

Dulu, mungkin seorang blogger boleh dipandang sipi-sipi mata, tapi kini dengan sebaris ayat di dalam entrinya, ia mampu meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu yang boleh dikatakan .... errr jahat!. Kejahatan seorang blogger tidak boleh dibayangkan seandainya seorang blogger yang telah punyai pengaruh kuat cuba menggunakan pengaruhnya untuk bertindak-balas ke atas orang lain.

Kejahatan Seorang Blogger


Dari ayat seorang blogger, kehidupan seseorang mungkin porak peranda, si isteri mungkin diceraikan suami, kawan akan kehilangan rakan, adik beradik akan bertikam pisau ... dan macam-macam, malah boleh buat seseorang itu terjun bangunan atau menyerang seseorang yang lain.

Bukan perkara baru. Lihat sahaja bagaimana kes seorang blogger menyerang pejabat kerajaan beberapa bulan yang lalu, yang akhirnya ditembak mati. Ini hanyalah contoh, bagaimana ayat-ayat di dalam blog, di dalam forum, boleh memberi impak kepada kehidupan seseorang itu.

Katakan andai benar ada blogger yang benar-benar jahat di sebalik ribuan pengikut dan ratusan pembaca, hanya dengan beberapa entri penuh hasutan ... ia boleh melakukan kejahatannya tanpa dia sendiri dihadap ke muka pengadilan.

Jangan jadi blogger seperti ini. Andai anda marah sekalipun, hati-hati dengan apa yang anda tulis. Mungkin kemarahan anda reda lepas anda tulis entri anda, tetapi kemungkinan tidak pada pembaca atau blogger yang lain. Bijak-bijaklah meluahkan kata dan rasa di dalam blog. Jadilah seorang blogger yang bertanggungjawab dan baik-baik sahaja .. hehehehe...

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. errrrr.... tak mahu lah macam ni... kenalah jadi blogger yang berhemah dan harmonikan komuniti dia...

    BalasPadam
  2. kalo blog politik memey cuak nak masuk campuq ahak

    BalasPadam
  3. saling menghormati lagi bagus, kawal emosi, biasalah ramai manusia yg keluar masuk blog, mungkin ada yg tak suka dengan apa yg ditulis..lumrah..manusia ni kan macam2 perangai

    BalasPadam
  4. biar berblog secara positif.... huhuhu


    p/s: sorry tadi komen terlupa nak login... heheheh

    BalasPadam
  5. kadang2 time marah ada juga tulis sesuatu yang kurang positif

    BalasPadam
  6. jadi seorang blogger yg membuat pemba tenang dan happy

    BalasPadam
  7. blogger meluahkan apa yg terbuku duhati...kalau tak kena gaya.... semua tersurat dipaparkan..... jadi dgn itu...berhati2 lah bila bertinta....

    BalasPadam
  8. kalau marah better cool down and stay away from fb dan blog hihihihi
    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/2012/12/marah-melampau.html

    BalasPadam
  9. Pendapat saya, kita kena ada etika bila berblog. Xsalah untuk nyatakan idea cuma jgn pengaruhi followers dgn idea negatif.

    BalasPadam
  10. amat berbahaya ni, ok lepas ni lebih berwaspada.

    BalasPadam
  11. Aku lebih suka jadi blogger santai!!!

    BalasPadam
  12. Ya .. santai bercerita lebih baik ... tapi kadangkala penulisan santai pun ada bahayanya gak ....

    BalasPadam
  13. Hmmmm semua kita harus sentiasa ada motto sendiri, ada rukun sendiri

    BalasPadam
  14. Hmm seperti yang HH ada katakan dalam satu entri ... kita perlu ada satu rukun ..iaitu rukun blogger

    BalasPadam
  15. Benar .. pembaca perlu berasa tenang ... dan fahami apa yang diceritakan dengan betul

    BalasPadam
  16. Perkara begini memang kena ambil perhatian nombor satu, sbb ia akan bantu kita menulis dengan baik, tahu siapa pembaca kita, tahu target kita

    BalasPadam
  17. betul tu...eh, ada rukun blogger? apakah rukun2nya? :)

    BalasPadam
  18. setuju sangat :D thanks sebab advise

    BalasPadam
  19. hahahaa samalah kita ..... serammm je kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement