As-Salam. Mungkin ramai yang tidak ambil kisah mengenai kedudukan sidebar di blog mereka. Pada mereka ia tidak penting. Apa yang penting penampilan blog di mata mereka adalah cantik dan menarik. Tapi, apabila anda membuat blogwalking atau susuri blog, anda akan dapati kebanyakkan blog meletakkan sidebar di sebelah kiri skrin komputer. Mengapa?

Ianya bukanlah perkara besar. Perkara kecil je dalam design blog ni, cuma ia ada kepentingan dan kesan tertentu.

Kenapa Sidebar Blog Perlu Berada di Sebelah Kiri Skrin

Sekarang, anda pegang tetikus komputer hebat anda, tangan mana yang memegangnya? Ok, sekarang di skrin, di manakah kedudukan cursor tetikus anda? Kebanyakkan pengguna internet yang bukan kidal akan menggunakan tetikus di tangan kanan, ini bererti ...kedudukan cursor di skrin komputer akan dimulakan dari sebelah kiri skrin - atau hampir ke sebelah kiri.

Kedudukan cursor ini jika anda membuka sesebuah blog, ia sebenarnya memudahkan anda untuk klik apa juga yang berada di sebelah kiri skrin komputer anda. Nisbah perhitungan untuk seseorang klik apa juga yang berada di sebelah kiri skrin komputer anda adalah sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan yang lain.

Maka, kedudukan apa jua perkara yang berada di sebelah kiri adalah clickable. Justeru, manfaatkan kelebihan ini untuk memastikan bahagian kiri blog anda terutama sidebar mempunyai pautan atau tajuk atau apa sahaja yang boleh menarik perhatian pengunjung blog anda yang tidak kidal!

Malah, jika anda lihat kebanyakkan pengiklan ataupun media pengiklanan, lebih suka iklan mereka berada di sebelah kiri skrin berbanding kedudukan lain. Ia merupakan kedudukan ideal bagi perletakkan iklan.

Itu sebab kebanyakkan blog mempunyai sidebar di sebelah kiri skrin - samada mereka sedar atau tidak akan kelebihan yang ada.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sebab tempat scroll down/up kat sebelah kiri.. hehe. kalau letak belah kanan payah nak gerakkan cursor sana sini. serabot. nampak kemas bila berada di sebelah kiri =)

    BalasPadam
  2. Zam pernah belajar dlm teknologi pendidikan dlu, bahagian yg mula2 menjadi tumpuan mata pada skrin ialah sebelah kiri, paling atas.. jd zam praktikkan dgn letak iklan dgn posisi tu dlm blog :)

    BalasPadam
  3. Wow .. sesuatu yang baru ... ilmu baik .. terima kasih.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum hh...betul tu kalau kiri kanan ada mcm berserabut pula n dah biasa sebelah kiri je...:)

    BalasPadam
  5. Kejap..konpius ni..bukan belah kanan ke sidebar? kalau kita memandang skrin rasanya blog ni sidebar belah kanan kot. ke saya yang silap?

    setahu saya orang membaca dari kiri ke kanan. Kalau kita dok menghadap laptop, kan sidebar akan berada di posisi kanan skrin. manakala post berada di kiri skrin.

    BalasPadam
  6. Hahahaha... mulanya saya pun konpius nak tulis camner, tu yang tulis kiri skrin atau dengan kata lain sebelah kanan kita memandang skrin komputer ...



    Huhuhuhu... tak ada pula komen.


    Sib baiik @google-1052e500084126907e874bf60976b6ff:disqus komen pasal benda ni ... jadi jangan konpius.


    Contoh untuk entri ini adalah blog ini ler ... kiri kanan kiri kanan ...kiri kanan ..adehhh ... which one uhh?

    BalasPadam
  7. Jangan mata asyik dok ke kiri kanan jer udah ler ya HH

    BalasPadam
  8. betul jugak bro...remy punya semua belah kanan.....nak tukar tak beberapa nak pandai....nanti nak try lah....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement