As-Salam. Seronok sungguh dapat sebuah komen yang bernas. Bukan selalu dapat komen sebegini. Dan HH sangat menghargai komen yang terbit daripada pemahaman menerusi entri yang ditulis. Sebagai seorang blogger yang juga sedang belajar, tiada salahnya menerima komen membina seperti ini. Kita sama-sama belajar untuk menghasilkan sebuah blog yang terbaik buat semua.
Blog adalah sebuah wadah perkongsian pelbagai - cerita, ilmu, informasi, maklumat, kisah diri, gambar dan macam-macamlah. Maka, kena pastikan apa yang disampaikan itu ... sampai kepada mereka yang mencarinya.
Komen Blogger Mengenai 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia
Ikuti komen berikut, ia merupakan pendapat yang diberikan oleh blogger MRie RNie, pemilik blog Sembang Cyber mengenai sebuah entri kegemaran ramai blogger Malaysia iaitu 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia
Nombor 3 tu memang ramai yang buat la ni.
Blogger Baru Suka Pasang Iklan Tanpa Fikirkan Trafik Blog
No 4 tu pada saya seelok2nya mantapkan dulu blog barulah fikir untuk pasang iklan dalam blog. (i mean, belajar macam mana nak menarik visitor ke blog dulu). Tapi ramai blogger baru masa kini suka sangat pasang iklan lepas terbinanya blog. sedangkan tiada lagi pembaca di blog mereka. To me for what they do like that? it useless. dulu saya pun buat perkara yang sama. tapi dengan blog sekarang, saya cuba bina branding and mantapkan penulisan dan try tu increase bilangan pembaca ke blog saya terlebih dahulu. dah yakin yang blog tu mampu menjana pendapatan barulah akan dipertimbangkan pasal memasang iklan. sebab saya banyak kali jumpa blog yang baru dibina dah pasang iklan suruh orang beriklan di blog mereka dan mereka mengenakan caj. walhal blog masih baru dan tiada profit yang akan diperoleh jika kita beriklan di blog mereka.
I Follow U, So U Must Follow Me Back
No. 5 memang tak dinafikan dulu saya pun buat begitu sewaktu dengan blog saya yang pertama. Tapi dengan blog yang terbaru ni saya dah tak buat begitu. Saya lebih memilih untuk mengfollow sesuatu blog. Hanya blog yang benar2 saya mahu baca dan ingin mengikuti perkembangannya sahaja yang akan saya bookmark/follow using GFC. Sebenarnya tiada kebaikan pun kita follow sesuatu blog secara membuta tuli. Kerana ada negatif effect yang adakalanya kita tak sedar. Biasanya jika penulisan dan design blog kita mantap. secara automatik orang akan follow dan bookmark plus akan ada pembaca setia yang tersendiri. Konsep U follow me, i follow u back ni sebenarnya adalah pemusnah kepada kredibiliti seseorang blogger sebenarnya. Ianya bukan nak menunjuk yang kita ni sokong diantara satu sama lain. Kalau tak percaya, cuba lihat bagaimana blogger antarabangsa menaikkan rating blog mereka dan bagaimana mereka menstabilkan blog mereka dimata pembaca dan pelawat blog mereka. serius jauh bezanya.
Design Blog Menarik Tetapi Tiada Kualiti
Point no 6 pula. memang terdapat segelintir blogger yang ingin blog mereka kelihatan menarik tapi tidak menampakkan kualiti blog tersebut. Tak salah nak menjadikan design blog lebih menarik. Tapi harus pentingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Saya lihat ramai blogger memperlekehkan design blog mereka. Tapi mereka abaikan kualiti design tersebut. Ianya dapat dilihat bila mana design yang mereka terapkan terdapat kecacatan, tetapi tiada tindakan untuk memperbaiki kecacatan tersebut. mereka pandang remeh akan kecacatan tersebut. sedang kecacatan itu akan mempengaruhi pandangan pembaca dan pelawat tentang blog mereka.
Bina Identiti Sendiri Dalam Dunia Blog
Point no 11. Serius saya katakan. Saya tak pernah terfikir pun nak jadi seperti Redmummy or Ben Ashaari. Saya lebih selesa jadi diri sendiri dan bina identiti sendiri. Tak perlu nak jadi seperti blogger lain as long kita tahu apa yang kita inginkan.
Point 14 saya amat bersetuju sekali. Tapi keprofesionalan sesuatu blog tidak hanya terletak pada penulisan. Tetapi ianya termasuklah design blog juga.
15, 16, 17, 18, 19, 20 teramatlah betul dan saya bersetuju.
sorry terlebih panjang pula. al maklumlah ada idea untuk menulis komen. Jangan marah ya Bro HH.
Sekarang, apa kata anda? HH secara peribadi dan amnya bersetuju dengan komen yang diberikan. Mungkin ada beberapa perkara secara am, HH ambil sikap positif kerana mengambil kira akan latar belakang seseorang yang membuat blog.
Soalan No. 5, betul2 kena tepat pada dahi saya. Prinsip saya orang memberi kita merasa, tapi setelah membaca ulasan di atas, perlu difikirkan lebih dari sekali sekarang. Nice comments bro.
BalasPadamAlahai sogannyalah kita. Komen jadi artikel. hehehe..tapi komen tu datangnya jujur ikhlas dari hati seorang blogger.
BalasPadamdahulu ya, gilakan follwer,skang dah kurang
BalasPadamassalamualaikum hh..menarik juga komen2 ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.