As-Salam. Nasihat dari seorang blogger yang cukup disegani, Kak Kujie di dalam sebuah forum .... mengenai cara kita meninggalkan jejak atau komen di dalam blog tertentu. Sesuatu untuk diambil perhatian akan kebenaran kata-katanya.

Kemudian mulalah melawat jiran tetangga. Jangan terlalu ghairah mengexplorasi diri di setiap blog sehingga anda kelihatan seperti spammer. Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik. - Dipetik dari blog Eyriqazz

Mungkin nampak seperti sukar nak difahami, namun mesejnya jelas ... apabila kita nak beri komen di dalam blog orang lain, pastikan komen kita itu komen yang ada kualiti sendiri. Komen anda bukan hanya dilihat oleh pemilik blog, tetapi juga oleh pengunjung lain, dan blogger lain. Jika komen anda itu ada ummmppphh tertentu, pasti yang turut membaca akan selidiki siapakah diri anda.

Kesilapan Memberi Komen

Sesetengah dari kita, terutama HH sendiri ... sering melakukan kesilapan ini, komen sekadar untuk membolehkan orang lain singgah kembali ke blog kita, terutama apabila bersegmen ...huhuu ... jadi, kalau ada segmen yang dianjurkan oleh blogger lain, dan HH turut serta, anda pasti akan perasan rupa dan corak HH komen tu .... cam sengal sikit .. hahahaha....

Pernah seorang blogger berkata pada HH ..... "Wahh HH makin popular ehh .. nampak sana sini ada je komen HH dalam blog orang lain .. " Erkkkk .... ada juga orang perasan kegiatan HH komen-komen ni yer. Begitulah bila blogwalking, kadangkala kesilapan mudah ini akan berlaku semata-mata mahu nampak ... akulah juara komen.

Pergi ke blog ni .. nampak top jadi pengomen paling banyak. Pergi ke blog yang nun .. nampak jadi pengomen kedua terbanyak ... tapi bila belek komen yang ditinggalkan .. setakat kata "Wah best ..." .... "Tahniah ye ..." atau "Ok..." .... pendek gitu je. Hmm ... 

Teguran blogger lain .... diambil untuk dijadikan panduan. Andai tak suka benda pahit ... bagaimana nak tahu akan rasa kemanisan .... ye tak?

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yup, bertepatan sekali kata kak jie itu...

    P.s : Saya suka singgah blog hasrulhassan, tapi kurang suka untuk mengomen...Salah satu sebabnya komen disqus ni yang rasanya kurang user friendly dengan eyriqazz....Hik3, just personal opinion...

    ReplyDelete
  2. Jangan saya dilabel spammer sudah. selalu juga mengomen kat sini. and selalu juga nampak komen si Boni K kat mana2 blog yang saya singgah. Bab komen bila join segmen tu biasalah..selalunya orang just copy and paste. and baru 1st time nampak HH mengomen blog saya...hehehe..


    Tapi memang ada betulnya juga apa yang kak kujie cakapkan tu. sebab ada sesetengah komen yang ditinggalkan kita boleh tahu sama ada orang tu baca or tidak artikel yang kita tulis.


    selain dari HH kak kujie juga adalah salah seorang blogger pro yang saya kenal masa mula berblogging dengan blog saya yang pertama yang dah jadi arwah hampir 1 tahun.

    ReplyDelete
  3. Hmm .... mungkin la kot, dulu pernah pakai intensedebate yang ada commentluv ... tapi sbb sukar nak kendali bila tukar layout dan kod blog ni .. maka gunakan Disquss ni .. :)

    ReplyDelete
  4. Ehh ye ke first time .. ada yang lain kot .. mungkin tak perasan sbb wajah kali ni ensem sikit dari dulu .. hahahaha... adeh, apapun, in Sya Allah ... nak praktikkan apa yang kujie katakan tu .. nak kena rajin BW balik .... dan oh ya .. nama @1052e500084126907e874bf60976b6ff:disqus dah masuk whitelist komen Disqus ... so tak ada masalah nak komen apapun .... :)

    ReplyDelete
  5. haah.. mia pun sama juga... tak terfikir pun pasal kualiti ke apa ke... yang penting dapat komendan jalinkan ukhwah sesama blogger... tu yang merata2 komen. selalunya akan komen bila rasa entri tu sesuai untuk dikomen.... peaceeee..

    ReplyDelete
  6. owner telordibasuh bukan dah arwah ke?

    ReplyDelete
  7. hehehe..baru 3 kot komen @hasrulhassan:disqus kat blog saya...

    ReplyDelete
  8. ke ada guna nama lain?

    ReplyDelete
  9. kerajinan Kak @mialiana:disqus sama dengan Boni Kacak. Kerap jumpa bila blogwalking.

    ReplyDelete
  10. salam, alhamdulilah sepanjang berblog ini ada juga org yang sudi nak komen komen di blog sy. Ada juga yang beri pendapat bernas, ada yang just tegur2.

    ReplyDelete
  11. saya bersetuju dengan pandangan saudara. pandangan yang dikemukakan sebenarnya turut memberi peringatan buat saya sendiri. berada di blog teman-teman bermakna persinggahan dan persapaan. komen bertujuan memberi reaksi dan sudut pandangan yang lain pula terhadap topik yang dikongsikan.

    dalam kehidupan harianpun akan berlaku kunjungan tidak sekadar bertanya apa khabar atau mengucapkan salam. berlaku interkasi, bertukar cerita, bertanya khabar dan berbicara sesuatu yang menarik.

    blog adalah ruang pertemuan yang lebih mudah dikunjungi dan lebih muda untuk interaksi. setidaknya beberapa ayat yang bermakna memberi sedikit pandangan yang pastinya begitu berharga buat pemiliknya.

    saya pun belajar dari peringatan saudara.
    terima kasih.
    ilmu tak seharusnya berbuku dan berlebaran tetapi sebaris kata yang berguna selaut makna kesannya.

    salam.

    ReplyDelete
  12. cubaan menghantar komen yang ke 4 sejak malam tadi.

    ReplyDelete
  13. Kasihan kak @kujie2k:disqus .... kenapa ehh tak boleh nak komen?

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dengan apa yg dikatakan oleh kak kujie. Alangkah bagusnya kalo saya juga mampu sentiasa beri komen yg bernas..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement