As-Salam. UHh memang tak boleh lawan la blog-blog yang sentiasa menulis mengenai gossip artis dan juga bab politik ni. Sentiasa ada je barang cerita. Sehari tulis pun tak habis dibuatnya. Yelah, lagipun ramai orang nak tahu punya .. percayalah ... HH berani kerat kuku kalau ada yang kata sekali tak pernah baca blog-blog seperti ni.
Ya, memang tak boleh lawan blog gossip dan blog politik. Kedua-duanya ada gabungan perkara yang ingin orang tahu .. apakah itu? Hmm kalau HH sebut ni, jangan pula ada yang terasa hati yer ... sekadar berikan pendapat. Pendapat tak bernas pun ... hanya pendapat budak kampung yang pernah duduk terperuk dalam asrama je.
Gabungan yang HH maksudkan ialah ..... kisah peribadi, kisah dalam kain, yang memang tak boleh dapat kalau dok tengok depan mata. Uhh kalau baca kisah keburukan orang ...memang ramai yang akan terkam. Biasalah manusia, suka mencari salah orang lain ... suka nampak benda tak elok dari yang elok.
Ya, ada kata .. ini untuk menilai diri mereka. Tapi siapakah kita untuk menilai? Hakim? Dah belajar dalam bidang undang-undang ke? Uhh ...orang yang jadi peguam pun jarang cerita pasal artis ... cuma ada segelintir je peguam dan hakim yang suka bicara soal politik, itupun kadang-kadang dan jarang-jarang. Mereka tahu batas dan mereka kenal undang-undang, baik undang-undang dunia mahupun undang-undang akhirat.
Bukan nak ajar semua orang jadi baik macam ustaz dan ustazah, tapi bijakkan diri untuk melihat sesuatu yang baik dan positif. Andai kata mahu dijadikan pedoman dan pengajaran buat yang lain, susun atur kata dengan sebaik mungkin, elakkan dari membuat kenyataan dan ayat yang boleh menimbulkan fitnah yang tidak perlu.
HH pun bukan arif lagi bijaksana. Bukan juga manusia yang wahhh bagus ... tapi sebagai manusia yang lahir dari perut ibu ... tak salah siar cerita yang baik .. supaya perut ibu mengandung akan rasa sejukkk ....
Maafkan HH.
setuju dengan HH...
BalasPadamsaya pun turut bersetuju... dengan rela hati
BalasPadamsaya pun setuju dengan bro HH
BalasPadamCerita artis dan politik lebih kurang sama je isi nya..penuh dengan kabar angin dan skandal tu ini..sebagai pembaca kena bijak la..jangan terus percaya dan banyak kan membaca blog lain..mungkin kat blog lain ada cerita lain pulak.situ je kita boleh agak cerita tu betul atau sekadar nak panaskan keadaan je..
BalasPadamsetuju dgn ayat HH "lebih baik kita bijakkan diri utk melihat sesuatu yg baik & positif" :)
BalasPadamtapi tu lah, manusia mmg suke yg berbaur2 x sahih ni.. sdgkan byk lg perkara yg SAHIH & PASTI kt belum khatam lg ! utk HH teruskan mencetuskan revolusi hihi :D
Cuba melakukan sesuatu atas kesilapan sendiri, bila tersedar .... inilah yang HH kongsikan ... revolusi? Hmm ... siapalah HH dalam dunia blog ini
BalasPadamKhabar angin inilah yang dulunya memecahkan umat ...
BalasPadamTerima kasih kerana sependapat dengan saya
BalasPadamTerima kasih wahai lelaki yang kacak .. :)
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamArtikel ringkas tapi berkesan.
BalasPadamSaya setuju dengan penangan blog gosip artis dan politik ini. Memang tak boleh lawan. traffik dan minat orang ke arah blog-blog macam ni. Kalau blog pendidikan ni, memang dipandang sepi je. Macam mana rakyat Malaysia hendak maju.
setuju dengan HH. Bagi blogger baru yang fokus nak jana wang dari blog, memang akan bermain dengan banyak keyword seputar tajuk gosip serta politik.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.