As-Salam. Pernahkah anda terfikir bahawa kemungkinan entri-entri di dalam blog anda menjemukan pembaca serta pengunjung blog anda? Seharusnya pertanyaan "Adakah blog aku ni boring?" perlu anda tanya setiap kali anda terfikir nak buat atau terbitkan entri baru. Apabila pertanyaan ini seolah dapat dijawab oleh anda, maka cepat-cepatlah anda menukar rasa dan cara anda menulis, jika tidak kesemuanya, pastikan anda entri yang lain sedikit dari kebiasaan.
Tentu anda akan berasa jemu bila ada blogger yang asyik dok bercerita kisah kucingnya yang comel di dalam blog. Setiap hari hanya cerita kucing ni sahaja ... tak ada cerita lain.
Blogger Jelita Cerita Kisah Cinta
Sebagai pembaca, tentu anda akan berasa jemu bila ada blogger remaja jelita hanya bercerita kisah cintanya dengan jejaka tampan di kolejnya. Kisah pergi makan di kafe pun nak diceritakan sampai 2-3 hari ... uhh boring dan bosan ... tak gitu? Mungkin awal-awal atau masa mula bercerita nampak sweet, manis bersari dan ohhh romantis .. tapi lama-lama .... hmmm biskut kalau tak ditutup rapat dalam Tupperware pun lemau weihhhh....
Maka, untuk pastikan blog anda tidak menjemukan para pengunjung dan pembaca blog, cuba lari sedikit dari kebiasaan anda bercerita di dalam blog. Bukan semua masa orang mahu membaca kisah 'selalu' anda di dalam blog. Mereka mahukan satu kejutan yang menampakkan bahawa blog anda bukan sekadar blog cerita A, cerita B .. tetapi ada cerita yang boleh membuatkan orang kata .. Ohh .. Wow .. Erkkk dan macam-macam lagi.
Contohnya, agak-agak anda dah lebih 2-3 entri berkaitan soal kecantikan diri, cubalah pula ceritakan tentang soal kebersihan pula. Cantik tak bersih tak guna juga kan?
Blog Hanya Kisah Kucing Sendiri Semata
Contohnya, anda seorang blogger yang dok cerita kisah kucing anda dari A sampai Q, sesekali cuba anda cerita kisah kucing orang lain, atau mungkin sedikit fakta tentang kucing yang orang tak tahu. Setidaknya ada isi berguna untuk dikongsi, dan membuatkan orang ... "Ohh ..gitu rupanya ..".
Atau contoh lain, anda bercerita mengenai kisah pengalaman anda bercuti di Port Dickson, main-main air dan sebagainya. Cuba dalam rentetan entri anda itu, anda selitkan mengenai sejarah tentang wujudnya Port Dickson, bagaimana ia dapat nama, atau mungkin anda boleh cerita tentang kisah-kisah seram dan pilu yang pernah berlaku di Port Dickson. Bukan susah mana, anda perlu Google cerita, dan boleh olah dalam penulisan entri anda.
Contoh-contoh di atas adalah untuk tidak membenarkan pengunjung dan pembaca berasa jemu dengan entri-entri anda, tetapi pada masa yang sama, tidak lari dari tema dan tajuk utama penceritaan di dalam blog anda. Malah, ia menjadikan blog anda sebagai salah satu sumber informasi untuk satu-satu kata kunci - contohnya tadi, kucing dan Port Dickson.
Moga pencerahan ini akan menjadikan entri-entri di dalam blog anda lebih menarik dibaca dan dikunjungi, In Sya Allah.
sangaaat bagus... terima kasih..
ReplyDeleteBagus entry ni, saya jadikan panduan
ReplyDeletethanks..ada gak ilham utk sy buat entri nanti. tq
ReplyDeletebagi blog teknologi, mungkin 'menjemukan' itu kurang timbul sebab blog teknologi bertindak sebagai rujukan mengenai perkembangan teknologi semasa. Tapi kalau blog personal, mungkin YA.
ReplyDeleteMenarik tips2 tuan. Huhu. amat membantu. TQ :)
ReplyDeletesaya update random topic...ada info dan sesekali kisah peribadi but mostly pengalaman idup
ReplyDeletekadang-kadang diri sendiri tak sedar, bila orang tegur, baru sedar & terkesan dalam hati ^_^
ReplyDeletesetuju dengan pendapat HH.. kalo asyik pasal tu je lemauu kn, lama2 org dh bleh agk nk cte ape, efeknye mls nk singgah dah, hehe sy akan cuba yg terbaikk hihi :P
ReplyDeleteHmm ... nasib baik ada yang menegur? kalau tak ada yang tegur @nazra macamana?
ReplyDeleteBetul tu. Saya setuju.
ReplyDeleteTerima kasih @rozita
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.