As-Salam. Salah satu ciri-ciri blog yang baik dan bagus ialah perletakkan navigasi untuk sesebuah blog tu. Ia perlu jelas, dan ditempatkan di bahagian blog yang mudah dicapai dan dilihat oleh pengunjung blog. Ramai juga blogger yang kurang prihatin soal ini sehinggakan menyukarkan pengunjung mencari maklumat yang berkenaan.

Navigasi dalam sesebuah blog melibatkan pautan ke halaman utama, selalunya disebut atau dipanggil Home; juga pautan kepada perkara-perkara penting yang lain, seperti biodata atau informasi pemilik blog, pautan ke informasi mengenai ruang pengiklanan, pautan ke blog-blog lain yang dikendalikan, dan juga pautan untuk menghubungi pemilik blog. Sitemap juga sering diletakkan menerusi navigasi ini.

Navigasi Mengandungi Pautan Jelas

Ada juga blogger yang meletakkan navigasi pautan ke entri-entri di bawah label, kategori, tag yang sama. Malah, ada blogger letakkan navigasi untuk entri-entri yang menarik serta panas.

Apapun, yang anda letakkan menerusi pautan yang ada, pastikan ia berada di dalam kumpulan navigasi yang betul, dan mudah difahami serta tidak mengelirukan.

HH nampak ada blogger yang cenderung membuat navigasi tersorok, di mana anda perlu klik tab untuk melihat pautan yang ada. Cara ini sebenarnya ada kekurangan di sebalik kelebihannya yang dapat menjimatkan ruang dan menampakkan blog lebih kemas. Kekurangannya ialah ada kemungkinan pengunjung tidak dapat menafsirkan apa yang ada di sebalik tab tersembunyi.

Cuba anda perhatikan blog-blog yang profesional, kebanyakkan navigasi di dalam blog tersebut kemas, jelas nampak setiap kali anda ke blog, tak ada sembunyi-sembunyi malah dihighlightkan untuk lebih ketrampilan.

Maka, pastikan blog anda punyai navigasi jelas agar memudahkan pengunjung menggodek segala khazanah dalam blog anda. Rugi kan kalau dah ada pengunjung beribu tetapi sekadar baca yang anda paparkan di halaman utama blog anda.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement