As-Salam. Banyak blog-blog baru sangat dahagakan Buffered Earnings (BE) setelah blog dilengkapi dengan platform pengiklanan Asia Pasifik ini iaitu Nuffnang. Blog-blog ini yang baru setahun dua berada di alam maya, tersangat inginkan BE yang diceritakan ramai blogger-blogger yang dah lama di dunia blog Malaysia. Teruja mungkin melihat angka yang hebat hasil daripada pendapatan iklan berbentuk BE yang eksklusif daripada Nuffnang. Tengok je cek-cek daripada Nuffnang ini (klik).

Rahsia Buffered Earnings (BE) Nuffnang Blogger Malaysia


Apa rahsia sebenar untuk mendapatkan Buffered Earnings (BE) Nuffnang ini? Sebenarnya rahsia itu telah lama dinyatakan oleh ramai blogger di dalam blog masing-masing. Cumanya, sikap segelintir blogger yang tidak mahu ambil peduli. Berharap tetapi tidak lakukan apa yang diberitahu.

Tips Buffered Earnings ramai dah jaja dalam alam maya ini. Google sahaja, anda akan nampak banyak blog dah berikan tips, panduan, petua dan segala macam nenek mak untuk mendapatkannya. Tapi masih ada lagi blogger yang merengek manja, meminta-minta untuk mendapatkan BE tersebut.

Jujur kata, blog HH .... hanya pernah mendapat BE sekitar awal berblog dahulu je, dalam tahun 2008-2009 kalau tak silap ingatan tua HH ni. Ketika itu, trafik tidaklah selebat kini, apatah lagi ketika itu blog baru nak menapak dalam dunia blog Malaysia dengan jenama sendiri.

Rahsia sebenar .... rahsia yang dibukakan kepada semua oleh ramai blogger yang dah dapat BE ini ialah kerajinan dan ketekunan anda sebagai blogger melaksanakan 8 tips dan petua di bawah. Cuba lihat kembali petua dan tips diberikan mengenai Buffered Earnings (BE) daripada Nuffnang ini.

8 Tips dan Petua Iklan BE Blogger Malaysia

  • Lengkapkan biodata blogger di akaun Nuffnang - lebih telus lebih baik, lebih lengkap, lebih peluang untuk dapatkan BE. Lakukan setiap kali anda tukar layout blog anda.
  • Daftarkan semua blog yang ada, dan lengkapkan survey yang disediakan bagi setiap blog setiap minggu. Pastikan anda nyatakan niche dan tema yang betul untuk setiap blog tersebut.
  • Letak dan tempatkan ketiga-tiga kod iklan Nuffnang seperti yang mereka kehendaki. Iaitu di atas header blog (atau sama taraf dengannya), di bahagian atas sidebar untuk iklan skycrapper, dan letakkan iklan Nuffnang di antara posting atau entri anda.
  • Baca blog Nuffnang mengenai tawaran yang diberikan oleh mereka - seperti kontest, giveaway dan macam-macam aktiviti lagi. Respon dengan komen entri tersebut.
  • Sertai aktiviti yang dianjurkan agar mereka mengenali anda serta blog anda. Bukan mudah untuk mereka kenal beribu-ribu blog yang ada di alam maya.
  • Pastikan blog anda update dengan entri-entri terkini - paling tidak seminggu 2-3 kali. Rugi kalau BE ada tetapi tiada trafik ke blog.
  • Cerita atau buat entri mengenai Nuffnang di dalam blog anda, apa yang telah anda dapat, apa yang Nuffnang sediakan dan perkara yang ada kaitan dengan Nuffnang. Nak sokongan mereka, maka sokonglah mereka.
  • Jangan sombong dengan apa yang anda tidak ketahui tentang Nuffnang. Rajin-rajin interaksi dengan staff Nuffnang jika berlaku sesuatu yang anda tidak faham. Hantar tiket sesekali bertanyakan sesuatu mengenai Nuffnang.


Itulah antara banyak tips dan petua diberikan ramai blogger Malaysia mengenai Buffered Earnings (BE) oleh Nuffnang. Jika belek kembali, semuanya memerlukan ketekunan dan kerajinan anda di dalam melaksanakan apa yang dikatakan di dalam 8 tips dan petua iklan Buffered Earnings (BE) Nuffnang di atas. Jika tidak, jangan berharap sangat BE akan menyinggah di blog anda.

#Update - BE sebenarnya adalah kempen CPUV dalam Nuffnang.

*p.s: Nuffnang bukan satu-satunya medium pengiklanan untuk blog anda, cari alternatif jika anda fikir ia kurang memuaskan hati dan selera anda.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih.... sedang usaha.. kesenangan tidak datang bergolek. itu hakikat.

    BalasPadam
  2. banyak kali antar tiket tapi pernah nak balas nuff ni..

    BalasPadam
  3. terbaik bro tips ni.lagu berkesan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas ilmu ni. Tak tahulah setakat mana usaha saya tentang nuffnang ni sbb saya xpernah amik peduli tentangnya selama ni.
    InsyaAllah sedang dan akan berusaha ke arah tu.. Terima kasih yg xterhingga

    BalasPadam
  5. Hmmm .. HH bila hantar sentiasa je dibalas, cuma lambat dengan cepat je. Ada tu komen dia pendek je, ada tu komen dia panjang .... :) siap guna dua akaun berbeza pun dia still akan balas juga.


    Mungkin dia tak balas takut spam komen kot .. cuba tgk balik profile di Nuffnang, pastikan ada gambar jelas, alamat email semua lengkap di situ.

    BalasPadam
  6. maaf HH tp bukannya BE HH tapi CPUV ..BE adalah satu nilai daripada semua CPC, CTR, Advertorial dan sbgainya tpapa yg dicari blogger ialah CPUV :)

    BalasPadam
  7. Saya pun masih mencuba..terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  8. Ada juga kawan2 blogger yang bagi nasihat macam ni. Memang betul dan menjadi. Saya dah cuba. Alhamdulillah, earning naik cuma saya xmau cash out je lagi

    BalasPadam
  9. bertahun juga puteri tunggu nak dapatkan BE dulu..tapi lepas sekali dapat memang mudah untuk mendapatkannya berkali kali..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Perlu pancing Nuffnang ni sekali, bila dah kena kail .. in Sha Allah akan ada lagi dan lagi ... bila dah dapat terus naikan tafik blog tanpa tunggu

      Padam
  10. Sedang berusaha dapatkannya, setidak-tidaknya dapat juga income walaupun tidak banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kena rajin tulis pasal mereka... baru mereka akan perasan dan berikan 'sesuatu' kelebihan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement