As-Salam. Sekalung tahniah buat penganjur +Denaihati Network kerana telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 blogger Nusantara di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sejuta kemaafan daripada HH yang tidak sempat untuk hadir walau lima minit 13 saat di sana dek kerana kesempitan masa yang perlu diluangkan bersama keluarga dan sanak saudara di Keramat.

Sepetang Bersama Blogger 2013 - SBB2013

Hebat. Berjaya. Itulah yang boleh HH katakan mengenai penganjuran Sepetang Bersama Blogger (SBB2013) ini. Ramai blogger yang telah hadir di dalam majlis ini, dan ramai yang hebat-hebat dalam dunia blog telah berkongsi banyak ilmu dan panduan berblogging buat semua. Ianya satu pencetus idea dan pencerahan buat semua blogger, baik yang baru mahupun yang lama.

SBB2013 Didik Blogger

Sepetang Bersama Blogger 2013 - SBB2013

Dalam konteks pendidikan, majlis seperti ni secara tak langsung memberikan peluang kepada para blogger mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan di dalam dunia blog. Ia seperti satu bentuk kelas yang tidak rasmi di mana para blogger berkongsi pendapat, teknik, taktik dan kaedah terbaik untuk membolehkan blog tampil menarik dan dibaca.

Blog adalah satu platform perkongsian yang boleh dijadikan sebagai satu batu loncatan untuk ketengahkan bakat, idea, produk, ilmu, dakwah dan pelbagai perkara lain. Ia satu platform global di mana aksesnya adalah tanpa sempadan.


Sesiapapun boleh berjaya di dalam dunia blog, tak kiralah bagaimana kejayaan itu diukur. Apa yang perlu dilakukan adalah capai ilmu dalam dunia blog, praktikkan dengan sebaik mungkin, dan ikuti nasihat dan panduan berblog daripada mereka yang telah mula kecapi akan kejayaan menerusi blog ini - seperti ramai yang telah hadir di SBB2013.

SBB2013 telah membuka banyak peluang untuk blogger ketengahkan idea, merapatkan barisan jaringan persahabatan dan memperkukuhkan jenama blog masing-masing. Idea dan nasihat dilemparkan oleh mereka yang sudi berkongsi patut dijadikan sebagai satu panduan asas untuk lebih maju dalam dunia blog.

Blogger kacak cun jelita SBB2013
Oh ya, ia juga tempat untuk bertemu dengan blogger kacak, tampan dan blogger cun jelita...hehehhee.... ehemm .. mana tahu akan ada blogger temu jodoh dengan blogger jugak.

Sekali lagi tahniah buat +Denaihati Network kerana kejayaan penganjuran SBB2013. Dan sekali lagi, HH mohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri dalam majlis yang sangat hebat ini.

24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tumpang tengok dari jauh je ni... huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Abe pun xdpt nk g jgk sb faktor kje. huhhuuh. insyaAllah lain kali akn join sama klu ada lg event mcm ni...

    http://www.queachmad.com/2013/01/gambar-kemalangan-menyayat-hati.html

    http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

    ReplyDelete
  3. ruginya xdpt join, huhuhu

    http://www.queachmad.com/2013/01/gambar-kemalangan-menyayat-hati.html

    http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum hh...memang seronok dpt berjumpa n berkumpul bersama2kan...:)

    ReplyDelete
  5. gambor teman pun ader.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Happy je nengok... :) meriah..

    ReplyDelete
  7. ahhaaaaa.... bro HH lahir kat batu gajah?? sama laaa kita

    ReplyDelete
  8. suka baca entry pasal sbb2013 ni..baca dari jauh jela mampu..

    ReplyDelete
  9. Salam kenal bang.. saya first time sampai sini.. lain kali kalau jumpe bleh borak sakan plak.

    ReplyDelete
  10. Tak pe bro..mungkin tahun depan kita kita boleh bersua.. :)

    ReplyDelete
  11. tahniah bro..... akhirnya bergabung juga blogger terkenal tanahair.... mesti meriahkan.....

    ReplyDelete
  12. sorang HANSEM dan sorang memang lawa!!!!

    ReplyDelete
  13. uhuhuh, sygnya xdpt join jgk event tu, huhuuuh

    ReplyDelete
  14. tahniah kpd semua yg menang dan tersentak juga apabila #SBB2013, kehadiran yg tak dijangka bro Jejai .. :'( sebak

    ReplyDelete
  15. Wah...tengok pun dah tau best. kalo join mesti lagi best kan..

    ReplyDelete
  16. Awal² baca ingatkan hadir..hehe. Next time mungkin?

    ReplyDelete
  17. Mula2 segan nk pergi..tp sb nak kutip ilmu dn melihat sendiri blogger2 yg dh berjaya,buang perasaan malu..gagah kn jugak diri utk ke sana. Mmg tak rugi or menyesal pergi. Kalau ada event sebegini or yg memberi pelajaran jgn lupa jemput hanny lagi yaa...;)

    ReplyDelete
  18. Tahniah buat Denaihati... :)

    ReplyDelete
  19. ramai juga yer yang tak dapat ahdir,tak apa,tahun depan ada lagi,sama-sama kita menghadirkan diri :-)

    ReplyDelete
  20. Salam..
    ta memikir yang lain, selain
    bertemu sesama blogger je..
    betul kata anda, sapa pun boleh
    tulis blog dan berjaya :)

    ReplyDelete
  21. Melihat gambar SBB pun sudah menggambarkan majlis itu berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  22. jeles giler tgk semua update pasal nih..

    ReplyDelete
  23. Tumpang singgah membaca #SBB2013. :-)

    ReplyDelete
  24. Salam Perkenalan HH pertama kali singgah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement