As-Salam. Sekalung tahniah buat penganjur +Denaihati Network kerana telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 blogger Nusantara di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sejuta kemaafan daripada HH yang tidak sempat untuk hadir walau lima minit 13 saat di sana dek kerana kesempitan masa yang perlu diluangkan bersama keluarga dan sanak saudara di Keramat.
Hebat. Berjaya. Itulah yang boleh HH katakan mengenai penganjuran Sepetang Bersama Blogger (SBB2013) ini. Ramai blogger yang telah hadir di dalam majlis ini, dan ramai yang hebat-hebat dalam dunia blog telah berkongsi banyak ilmu dan panduan berblogging buat semua. Ianya satu pencetus idea dan pencerahan buat semua blogger, baik yang baru mahupun yang lama.
SBB2013 Didik Blogger
Dalam konteks pendidikan, majlis seperti ni secara tak langsung memberikan peluang kepada para blogger mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan di dalam dunia blog. Ia seperti satu bentuk kelas yang tidak rasmi di mana para blogger berkongsi pendapat, teknik, taktik dan kaedah terbaik untuk membolehkan blog tampil menarik dan dibaca.
Blog adalah satu platform perkongsian yang boleh dijadikan sebagai satu batu loncatan untuk ketengahkan bakat, idea, produk, ilmu, dakwah dan pelbagai perkara lain. Ia satu platform global di mana aksesnya adalah tanpa sempadan.
Sesiapapun boleh berjaya di dalam dunia blog, tak kiralah bagaimana kejayaan itu diukur. Apa yang perlu dilakukan adalah capai ilmu dalam dunia blog, praktikkan dengan sebaik mungkin, dan ikuti nasihat dan panduan berblog daripada mereka yang telah mula kecapi akan kejayaan menerusi blog ini - seperti ramai yang telah hadir di SBB2013.
SBB2013 telah membuka banyak peluang untuk blogger ketengahkan idea, merapatkan barisan jaringan persahabatan dan memperkukuhkan jenama blog masing-masing. Idea dan nasihat dilemparkan oleh mereka yang sudi berkongsi patut dijadikan sebagai satu panduan asas untuk lebih maju dalam dunia blog.
Oh ya, ia juga tempat untuk bertemu dengan blogger kacak, tampan dan blogger cun jelita...hehehhee.... ehemm .. mana tahu akan ada blogger temu jodoh dengan blogger jugak.
Sekali lagi tahniah buat +Denaihati Network kerana kejayaan penganjuran SBB2013. Dan sekali lagi, HH mohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri dalam majlis yang sangat hebat ini.
Kredit Foto: Pak Man (Man Kuchai), Shakiddo
tumpang tengok dari jauh je ni... huhuhuh
BalasPadamAbe pun xdpt nk g jgk sb faktor kje. huhhuuh. insyaAllah lain kali akn join sama klu ada lg event mcm ni...
BalasPadamhttp://www.queachmad.com/2013/01/gambar-kemalangan-menyayat-hati.html
http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html
ruginya xdpt join, huhuhu
BalasPadamhttp://www.queachmad.com/2013/01/gambar-kemalangan-menyayat-hati.html
http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html
assalamualaikum hh...memang seronok dpt berjumpa n berkumpul bersama2kan...:)
BalasPadamgambor teman pun ader.. hehehe
BalasPadamHappy je nengok... :) meriah..
BalasPadamahhaaaaa.... bro HH lahir kat batu gajah?? sama laaa kita
BalasPadamsuka baca entry pasal sbb2013 ni..baca dari jauh jela mampu..
BalasPadamSalam kenal bang.. saya first time sampai sini.. lain kali kalau jumpe bleh borak sakan plak.
BalasPadamTak pe bro..mungkin tahun depan kita kita boleh bersua.. :)
BalasPadamtahniah bro..... akhirnya bergabung juga blogger terkenal tanahair.... mesti meriahkan.....
BalasPadamsorang HANSEM dan sorang memang lawa!!!!
BalasPadamuhuhuh, sygnya xdpt join jgk event tu, huhuuuh
BalasPadamtahniah kpd semua yg menang dan tersentak juga apabila #SBB2013, kehadiran yg tak dijangka bro Jejai .. :'( sebak
BalasPadamWah...tengok pun dah tau best. kalo join mesti lagi best kan..
BalasPadamAwal² baca ingatkan hadir..hehe. Next time mungkin?
BalasPadamMula2 segan nk pergi..tp sb nak kutip ilmu dn melihat sendiri blogger2 yg dh berjaya,buang perasaan malu..gagah kn jugak diri utk ke sana. Mmg tak rugi or menyesal pergi. Kalau ada event sebegini or yg memberi pelajaran jgn lupa jemput hanny lagi yaa...;)
BalasPadamTahniah buat Denaihati... :)
BalasPadamramai juga yer yang tak dapat ahdir,tak apa,tahun depan ada lagi,sama-sama kita menghadirkan diri :-)
BalasPadamSalam..
BalasPadamta memikir yang lain, selain
bertemu sesama blogger je..
betul kata anda, sapa pun boleh
tulis blog dan berjaya :)
Melihat gambar SBB pun sudah menggambarkan majlis itu berjalan dengan lancar.
BalasPadamjeles giler tgk semua update pasal nih..
BalasPadamTumpang singgah membaca #SBB2013. :-)
BalasPadamSalam Perkenalan HH pertama kali singgah :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.