As-Salam. Hasil daripada pendapat dan komentar seorang pembaca blog ini, lalu terhasillah entri ini. Sudahkah anda minta izin suami untuk berblog? Nampak seperti perkara remeh untuk diperkatakan, tetapi apabila difikirkan kembali, ada kebenaran di situ.

Ya, ada blogger yang diam-diam mempunyai blog tanpa pengetahuan sesiapa. Blogger ini kebiasaannya agak misteri kerana tiada wajah ditampilkan, malah tidak dapat dipastikan pengenalan diri. Selalunya blog mereka adalah blog informasi, dan ada juga yang copy-paste semata-mata. Kadangkala, kita mengandaikan bahawa blog itu adalah blog kaum Adam, tetapi rupa-rupanya ia adalah blog kaum Hawa.

Sudahkah Minta Izin Suami Untuk Berblog?

Berbalik pada perkara tadi, andaikata anda seorang blogger perempuan. Adakah anda telah meminta izin pada mahram (ibu, bapa, abang, kakak) anda untuk berblog? Bagaimana dengan blogger yang berstatus isteri? Adakah suami anda mengetahui anda mempunyai blog?

Blog Terdedah Dengan Fitnah

Ketahui secara umum, blog seperti mana Facebook, adalah terdedah dengan fitnah. Kata-kata boleh diputarbelitkan, gambar boleh disalahgunakan, luahan mungkin boleh disalah-ertikan. Jika ini berlaku, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?

Pada pendapat HH, blogger perlu telus dan tulus dengan orang yang dekat dengan mereka. Bukan apa, seandainya berlaku sesuatu pada diri, mereka yang dekat inilah yang akan lakukan sesuatu pada blog - samada dipadamkan atau diteruskan dengan penulis yang lain.

Blogger Berstatus Isteri Orang

Bagi blogger yang sudah berstatus isteri, adalah bijak untuk memberitahu suami dan memohon izin untuk anda berblog. Tentu ada syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti. Yelah, mana ada suami yang suka blog si isteri penuh dengan gambar daring dan mengiurkan (jika adalah). Apatah lagi andai ada cerita dalam kelambu yang diceritakan. Walaupun apa tujuan ditulis, perkara yang melibatkan hal dalaman rumahtangga, yang terlalu peribadi perlulah dielakkan. Ini untuk menjaga aib, bukan setakat pada diri sendiri tetapi seluruh keluarga.

Apabila Blogger Hanya Meninggalkan Nama

Masih ingat dengan blogger Telurdibasuh? Masih ingat dengan blogger Yasmin Johan Eusoffe?

Dua blogger ini adalah contoh mengapa perlu blog diketahui oleh orang terdekat, dan mendapat keizinan. Walaupun mereka telah pergi, tetapi blog mereka terus dihidupkan. Entri yang tidak sepatutnya pula dipadamkan, dan perkara yang baik mengenai arwah dilengkapkan.

Untuk info, blogger Telurdibasuh adalah antara blogger tanpa wajah, tetapi diketahui oleh rakan terdekat dan adik beradik. Manakala blogger Yasmin Hunwick merupakan blogger remaja, yang mendapat sokongan keluarga untuk berblog - dia minta izin ayahnya untuk tulis blog.

26 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih HH perkongsian yang AMAT BRRGUNA BUAT ISTERI.

    BalasPadam
  2. husband dah pesan, hanya boleh post entry yg baek2, jangan cerita pasal orang lain dan jangan timbulkan aib sesiapa.

    BalasPadam
  3. sudah.... husband lah pengunjung setia blog mia.... huhuu kadang2 kalau dia suka entri tu, dia akan baca banyak kali.... hehehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum hh...betul tu semuanya kena ada dlm pengetahuan hubby kalau x susah jadinya nanti...mama pun dah minta izin hubby juga tak perlu nak sembunyi2kan..;)

    BalasPadam
  5. Sampaikan salam ukhwah pada suami puan ...

    BalasPadam
  6. Sampaikan salam ukhwah pada suami ye @mialiana:disqus

    BalasPadam
  7. Sampaikan salam ukhwah pada suami ye @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus ...

    BalasPadam
  8. Suami saya izinkan..tp dgn syarat sblum publish post baru kne bg dia baca lu.."Lembaga Penapisan" katanya...hahaha...bkn apa takut ter'post' cerita xelok...dia jgk sme2 tanggung dosa...huhu

    BalasPadam
  9. Wahhh terbaikkk .... saya sangat suka pendekatan ini - seperti Redmummy gak .. minta suami baca entri sebelum post

    BalasPadam
  10. slm HH,nak komen juga he3.sjk 3 thn jd blogger,husbd mmg galakkan sbb dia tau sy ni suka membaca & suka menulis.wpun x shebat wartawan apatah lg bermimpi nk jg blogger hbt spt HH & kwn2 lain,husbd tdk pnh melarang.kdg kali dia turut beri idea.owh husbd x pnh bc sgt pun entri sy cuma dia sllu psn pandai bw imej sbg isteri org wpun dlm dunia maya.hati2 nk kgsi entri jgn smpi aibkan diri :)

    BalasPadam
  11. Satu ilmu yg Nurul dapat.. TQ Bro HH.. :)

    BalasPadam
  12. tertarik dengan entry ne!.hehehe...macam eca,masih belum berkahwin..so,xyah nk minta izin sapa2..tpi bila ada org ngurat,eca gtau eca ada blog..mana yg berminat nak tahu psl blog..terus kwn2 dgn dia..mana yg xminat,eca tolak tepi.hahaha....

    so far,family tau eca ada blog...memula mmg xnak gtau..tpi bila da mula earn duit dri blog,fmly pun hairan da jarang sangat minta duit belanja...dorg tnyala,takut eca wat benda xelok atau keja masa belajar sampai mengganggu pembelajaran..last2 ckp je la buat blog,edit blog...skrg,semua tahu.sampai kak long pun minta dibuatkan blog.hahaha~ :)

    BalasPadam
  13. betul3x~ perlu izin suami.. tak patut kalau suami xtahu isteri ada blog..

    BalasPadam
  14. entah ler...my hubby macam tak kisah jer berblog nie tapi pesannya hati-hati jangan kuar paper laks dengan citer yg mengarut...
    suatu info yang baik untuk para isteri yang mempunyai blog...

    BalasPadam
  15. menarik entri HH ni. satu hari nanti saya nak berkongsi juga bagaimana blog ciklaili.com wujud & siapa org kuat disebaliknya..

    BalasPadam
  16. Hmm bagus, ada suami tak kesah, ada lak yang ambik kesah. :)

    BalasPadam
  17. Masyukk tu @facebook-1583974849:disqus ... alhamdulillah, leh la tolong famili ehhh .. paling kurang baju sendiri leh beli guna duit blog ni

    BalasPadam
  18. Hmmm dan para suami pun kena ambik tahu gak ...kan kan

    BalasPadam
  19. HH tunggu je @twitter-95877673:disqus buat entri .... beritahu kalau dah buat ehhh

    BalasPadam
  20. nice bro... kena prepara kemingkinan satu hari nanti......

    BalasPadam
  21. da beli tepon sebiji guna duit blog.hehehe =)

    BalasPadam
  22. suami selalu baca blog saya, dia suka dan tak kisah asalkan tidak mengarut.hehe. ;)

    BalasPadam
  23. Sudah pasti HH... Memang WAJIB pun hukumnya minta izin bukan setakat nak berblog bahkan nak up entry sekali pun.. Alhamdulillah... Dengan restu beliaulah sy menjadi blogger... Menyampaikan ilmu yg bermanfaat shja... Walaupun tiada identiti atau gmbr sendiri (atas permintaan suami juga), disebalik kucing hitam itulah.. Terhasil blog kami... Bahkan... Nama pena ini juga gabungan nama saya dan suami... Insha Allah.. Berblog dgn restu suami demi mencari keredhaan Ilahi... Insha Allah...

    BalasPadam
  24. Tapi, suami juga perlu minta izin isteri utk berblog sbg tanda hormatkan isteri dan kerukunan rumahtangga...walaupun hukumnya harus...

    BalasPadam
  25. Entry penghargaan buat suami sbg pemerhati tetap dlm sy berblog...http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/09/pemerhati-tetap-dalam-berblog.html

    BalasPadam
  26. yup,,die la tukang tngkap gmbr ms g holiday,,dh bgthu nk msukkn dm blog,,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement