As-Salam. Perlukah memaksa untuk orang lain menyukai blog kita? Dan adakah anda suka dipaksa melakukan sesuatu - terutama untuk menyukai sesuatu? Ramai yang tidak suka akan paksaan kan? Yelah, macam kahwin paksa, cinta paksa, paksa LIKE, paksa untuk undi ... hehehehe .. dan paksa makan laksa yang tak berapa nak sedap ...huhuhuu....
Tak Perlu Paksa Untuk Disukai
Tak perlu paksa untuk disukai. Jika blog kita memang tak menarik .... dan tak ada yang suka, itu adalah kesilapan kita dalam berblog. Bukan salah mereka untuk tidak LIKE ... untuk tidak undi, untuk tidak menyukai dan menjadi pengikut blog kita ni.
Tapi ... haaa ... kalau blog kita memang menarik, memang tip top segala benda, in Sya Allah, akan ada yang sudi untuk menyukai tanpa perlu anda laungkan ... tak gitu?
Memang bukan mudah nak buat blog kita ini disukai, sukar sebenarnya. Malah HH sendiri pun masih cuba nak pertingkatkan kandungan blog ini agar benar-benar disukai, dan bukan setakat singgahan sementara disebabkan satu-satu segmen atau disebabkan satu-satu cerita panas meletop. Kalau boleh, setiap mereka yang singgah dapat 'membawa balik' sesuatu yang benar mereka sukai. Tak mahu menjadi blog kosong tanpa ada apa yang boleh dipraktikkan atau diamalkan untuk kebaikan.
Lain orang, lain kesukaan. Itu adalah pasti. Anda yang baca entri ini mungkin angguk-angguk, namun ada juga yang cebik bibir dan geleng-geleng. Kepuasan hati semua orang memang payah untuk dipenuhi.
SEO Buat Blog Disukai Tanpa Paksa
Tapi, kalau blog anda nak disukai oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing ... haaa itu tak sesusah minta orang LIKE, jadi follower atau undi blog anda sebagai blog kesukaan ramai .. hehehehe.... Apa yang perlu anda buat ialah menerapkan unsur SEO - Search Engine Optimization di dalam blog anda.
Enjin carian akan menyukai blog mesra SEO dengan kandungan berkualiti dan berinformatif. Bukan kandungan yang main cedok tanpa usul periksa, atau main copy-paste sana sini tanpa kredit kepada si asal. Enjin carian pasti akan menyukai blog-blog yang tak lokek memberikan yang terbaik untuk mereka yang mencari maklumat.
Dengan hanya ada unsur SEO ini dalam blog, sehingga dunia siber ini meletup pun .. akan ada yang singgah dan membaca kandungan blog anda ... tanpa perlu anda paksa mereka.
betul.......kalau blog kita tak menarik...kita perbaiki........ambil panduan dan rujukan dari blogger lain......
ReplyDeletebile HH nak umukan sape blogger baru yg mng RM50 segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru tuuu -____- dh lama segmen tu habiss
ReplyDeleteassalamualaikum hh...betul tu kalau ramai yg suka alhamdullilah....moga kita dpt perbaiki apa yg kurang...:)
ReplyDeleteyup...minat seseorang berbeza-beza...yang penting kita menulis blog dengan ikhlas.....InsyaAllah ramai yang iklhlas baca blog kita....
ReplyDeletesusah untuk buat orang suka, jadi kita buat je apa yang kita suka...heehehe...
ReplyDeleteAiyooo ... kan dah diumumkan .. aduhhh .. ni baca ke tak ni... dah berulang kali dah saya beritahu ... ni dari orang sama ni .. nama je lain2 .. email lak tak leh guna .. adehhh
ReplyDeleteHmm .. bukan mudah nak buat orang suka
ReplyDeleteConnectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
ReplyDeletePengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.