As-Salam. Tentu anda sedia maklum bahawa Facebook kini sudah ada widget baru yang dikenali sebagai follower bagi menggantikan subscriber yang mudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Dengan menggunakan follower ini, mereka yang bukan kenalan atau yang punyai kaitan dengan anda secara langsung boleh mengikuti perkembangan diri anda di Facebook.

Sebagai follower anda di Facebook, setiap status anda yang anda tulis di dinding Facebook akan terpapar juga di bahagian news feed Facebook pengikut profil anda.

Ramai yang teringin untuk mendapatkan ramai follower di Facebook, untuk itu, salah satu caranya ialah dengan memasang struktur komen Facebook di blog. Cara ini boleh memberikan anda peluang untuk menambah kenalan samada secara langsung (add as friend) atau secara tidak langsung, iaitu menjadi follower profil anda di Facebook.

Tambah Follower Facebook dengan Blog

Tambah Pengikut Facebook Menerusi Blog

Cara untuk memasang kotak komen Facebook ini mudah, tetapi perlu berhati-hati. Pertama sekali, apa yang perlu anda buat ialah memastikan blog anda compatible dengan penggunaan sebarang aplikasi menerusi Facebook ini. Untuk itu, sila tambah kod berikut di bahagian atas html blog anda, iaitu sebelum <head>:

xmlns:fb='http://ogp.me/ns/fb#'

Ok. Setelah itu, anda kena buka html blog anda dan pastikan anda dah backup kod html blog anda, dan telah tanda Expand Widget Template. Cari kod berikut - <data:post.body/> di dalam kod html blog anda. Sesetengah template blog akan mempunyai lebih daripada satu terutama blog yang mengunakan fungsi readmore automatik. Pastikan dahulu berapa jumlah kod html di atas yang ada di dalam blog anda.

Masukkan kod html ini selepas kod tadi. Pastikan kod di bawah ini diletakkan di kod kedua - <data:post.body/>.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/> <div><fb:comments expr:href='data:post.url' expr:title='data:post.title' expr:xid='data:post.id' num_posts='1' width='600'/></div> <div style='background-color: #f2f2f2;border: solid 1px #cccccc; font-size:10px; padding:3px;width:100%;'/> </b:if>

Dah siap letakkan kod seperti diminta, maka anda preview dulu blog anda. Jika tiada sebarang error keluar, maka bolehlah anda simpan (save) kod html baru yang telah dilengkapi dengan struktur komen Facebook yang mantap.

Ubah Penampilan Kotak Komen Facebook

Anda boleh ubah warna latar blog anda serta kotak jika suka. Begitu juga dengan saiz hurut yang digunakan. Hanya tukar perkataan-perkataan yang digelapkan di atas tadi sahaja.

Cara dan kaedah ini adalah yang paling mudah. Ada banyak cara lain untuk anda gunakan fungsi komen Facebook di dalam blog anda. Namun, bukan semua kod html untuk fungsi ini boleh digunakan, ia bergantung pada template sesetengah blog. Jika cara di atas ini tidak berjaya, anda boleh Google - Kotak Komen Facebook Dalam Blogspot

Sistem ini tidak ambil alih kotak komen sedia ada, malah ia tersedia bersama dengan kotak komen default yang ada dalam blogspot. Anda boleh cuba letakkan secara berbahagian atau tab ruangan komen Facebook dan Blogspot.

Kaedah Pasang Kotak Komen Facebook Dalam Tab


Untuk mencuba cara kedua, anda boleh singgah dan baca tutorial yang disediakan rakan blogger berikut:


Ingatan diberikan. Cara kedua ini agak rumit, jadi berhati-hati apabila menukar dan menambah kod html blog anda. Oh ya, komen-komen lama anda di dalam blogspot tidak akan hilang kerana ia menggunakan dua sistem berasingan.

Selamat mencuba dan selamat tambah follower Facebook.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam, saya nak tanya kepada HH... macam mana nak dapatkan widget follower di blog ya... sebab widget tersebut dah tak ada... so, harap HH dapat membantu... mrsenget.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah letak tutorial dan panduan mengenainya .. cuba SEARCH

      Padam
  2. Hmm memang tak dapat nak bantu...widget itu adalah hak mutlak Google Blogspot, jika telah dibuang, maka memang dah tak adalah, lagipun pihak Google Blogspot mahukan anda semua gunakan Google+ Follower yang lebih baik dari widget sebelum ini.


    Saya ada cerita akan kebaikan Google+ Follower ini ... yang nyata lebih praktikal ... dan lebih mendatangkan faedah terutama meningkatkan Google PR dan Trafik ke blog.

    BalasPadam
  3. Saya dah buat tutorial untuk dapatkan kembali widget tu

    BalasPadam
  4. sama-sama ... moga beri manfaat kepada anda.

    BalasPadam
  5. follow me http://cadburymilk98.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. nice info bro.....byk yg remy belajar kat sini....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement