As-Salam. Sebelum ini, HH ada ceritakan kepentingan banner untuk tujuan mempromosikan dan penjenamaan blog. Promosi serta penjenamaan blog menerusi banner adalah menarik dan mudah. Ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi. Sesiapapun boleh buat banner ringkas dalam format *.jpg mahupun *.png. Untuk banner yang ada kesan gerak-gerak atau animasi, boleh letakkan banner dalam format *.gif.
Jika anda tidak berapa pandai nak buat banner, di sini HH kongsikan beberapa tutorial daripada rakan blogger tentang cara dan kaedah buat banner simple tetapi menarik menggunakan Photoshop dan juga Photoscape.
Tutorial Buat Banner Mudah dan Menarik
- Buat banner mudah (statik) menggunakan Adobe Photoshop oleh Fyna
- Buat banner animasi blog menggunakan Photoscape oleh Amirah
- Buat banner animasi blog menggunakan Adobe Photoshop oleh Lyssa Faizureen
- Buat banner menarik menggunakan Adobe Photoshop oleh 2DayBlogger
Ok. Harapnya tutorial buat banner oleh rakan-rakan blogger di atas telah memberikan sedikit idea dan inspirasi untuk anda menghasilkan banner blog sendiri yang menarik dan mengancam!
Tatacara Mudah Banner Dikongsi Blogger
Sekarang, anda perlu mudahkan blogger lain, pengunjung atau pembaca blog anda mengambil banner tersebut untuk diletakkan di dalam blog mereka. Caranya mudah, tetapi sebelum itu, anda perlu hosting gambar atau imej banner anda. Dicadangkan anda hosting sendiri banner tersebut di blog anda, atau di mana-mana laman web yang menyediakan hosting untuk gambar. Anda hanya perlu muat-naik banner yang telah siap tersebut dan dapatkan url/permalink ke banner anda.
Hosting Banner Blog Anda
Anda boleh gunakan Flickr, Picasa mahupun Photobucket untuk letakkan banner blog anda. Jika tak pasti caranya, anda boleh rujuk kaedah untuk letak banner di Photobucket oleh Fariz Reza.
Bila dah ada banner, maka untuk membolehkan orang lain gunapakai banner anda tersebut, anda buatlah seperti berikut:
<center><a href='PAUTAN ATAU LINK KE BLOG ANDA' target='_blank'><img src='IMEJ BANNER BLOG ANDA' title='my banner' /></a>
<textarea style='width:330px;'>KOD BANNER ANDA TADI (Berwarna Biru)</textarea>
</center>
Mudahkan? Jadi, sesiapa yang mahu ambil banner blog anda, hanya perlu salin dan tampal di dalam blog mereka kod yang telah disediakan dalam kotak teks yang disediakan. Contoh seperti ini:
assalamualaikum hh...menarik2 ni...:)
BalasPadamhehehehe, menarik2. ley cuba ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.