As-Salam. Mengapa pihak Google menitik-beratkan penerapan SEO dalam laman web dan blog? Antara sebab yang paling penting adalah bagi membolehkan iklan Google Adsense dapat berfungsi dengan berkesan di dalam blog dengan penglibatan SEO dalam blog.
Jika anda telah membuat sebuah entri yang bagus, original, padat info dan tepat dengan tajuk serta kata kunci SEO anda, maka iklan Adsense di dalam blog lebih berkesan, dan blog anda yang mempunyai iklan Adsense akan cepat meraih pendapatan lumayan.
Untung bagi sebuah blog yang ada kata kunci yang bagus, dan pada masa yang sama, ada iklan yang berkait dengan kata kunci tersebut dalam Google Adsense. Dengan ini, apabila entri atau blog anda mendapat trafik organik hasil carian informasi, dengan automatik anda mendapat pendapatan (walaupun sesen dollar) bagi setiap trafik yang masuk ke dalam blog anda. Tambah untung, jika iklan itu ada kait rapat dengan entri anda, yang menarik minat pengunjung untuk klik iklan tersebut, maka .... bonus klik iklan Google Adsense akan anda peroleh dengan mudahnya.
Lagi satu cara anda nak tingkatkan pendapatan Adsense serta di masa yang sama, meningkatkan kedudukan SERP blog anda, jangan lepaskan peluang meletakkan kotak carian yang dijana oleh Adsense. Ini adalah kerana setiap kali pengunjung menggunakan kotak carian Adsense di dalam blog anda, dan mereka klik pada carian yang ditaja oleh pengiklan, haaaa .... masyukkk tu.... hehehehe...
Jadi, mengapa HH sering beritahu mengapa blog picisan macam kita ni perlukan SEO dalam blog, dan mengapa iklan Adsense adalah medium pengiklanan yang menguntungkan .... sebab-sebab di ataslah ... segalanya saling berkait.
Berbeza dengan medium pengiklanan yang lain, yang tidak menerapkan unsur SEO dan juga kata kunci dalam paparan iklan, anda seharusnya ambil peluang ini untuk buka akaun Adsense anda sekarang!
pernah apply sebelum ni tapi tak lepas... tak ada rezeki lah namanya tu..
BalasPadamblog sy tak lepas nk letak adsense. adakah kerana adanya nuffnang? tp tgk blog orang lain boleh jek
BalasPadamNuffnang tiada kena mengena... sbb cara pengiklana antara kedua-duanya berbeza. Tak percaya? HH sendiri letak iklan Nuffnang dan Adsense di blog ini: www.nazimhassan.com (Salah satu blog)
BalasPadamHH dah ada lama akaun Adsense ni ... so terselamatlah ... sbbnya dah banyak blog HH guna Adsense ni. Kalau ada yang sangkut pun, dia akan disable iklan mereka kat blog tu je tanpa efek blog lain. :)
BalasPadamNak buat SEO tu lah yang susah.
BalasPadamTerbaik BRO, rasa ada motivasi nak menulis blog balik bila baca tips dalam blog ni. terima kasih
BalasPadamkotak carian yg dijana oleh adsense?.. jika saya mengunakan blogspot dan meletak kotak search di blog?.. adakah itu adalah kotak carian dijana adsense @ dijana google?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.