As-Salam. Tahun 2013 bakal menyaksikan dominasi laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dalam penceritaan dan perkongsian informasi. Jika ada hebahan, pasti Facebook akan jadi tempat untuk mengesahkan berita sesama sendiri. Twitter pula yang boleh saling hubung dengan Facebook akan dijadikan sebagai pemangkin dan penarik untuk sesuatu cerita.

Instagram HASRULHASSAN


Instagram pula kini mendominasi penceritaan berbentuk imej dan visual, yang juga boleh saling kolaborasi dengan Twitter dan Facebook. Jika seorang blogger seperti anda dapat manfaatkan ketiga-tiganya, pasti blog akan lebih menyerlah sebagai tempat singgahan terakhir informasi yang dikongsikan.

Serius. Jika anda pandai memainkan fungsi ketiga-tiga yang HH sebutkan tadi, Twitter, Instagram dan juga Facebook, in Sya Allah, blog yang menjadi tuju akhir yang akan dapat manfaatnya - dari segi trafik, kredibiliti dan sumber penceritaan.

Blogger Patut Ada Ketiga-Tiga Akaun Sosial Ini


Seorang blogger patut ada ketiga-tiga platform yang HH katakan. Dengan satu hebahan tajuk kecil tapi menarik di Twitter, anda akan dapat menyalurkannya di Facebook, lalu diperkuatkan pula dengan sedikit visual dari Instagram, yang akhirnya akan dipaparkan secara terperinci di blog.

Anda boleh gunakan ketiga-tiga platform untuk 'bertemu' dengan pengunjung blog anda dan berinteraksi dengan mereka bagi menambah kredibiliti blog, dan membina jenama blog anda. Ia juga bakal menambah pengikut blog selain pembaca setia.

Jadi, andai anda tiada akaun Twitter, Facebook dan Instagram; lakukan sekarang juga!

*p.s: Hanya taip hasrulhassan untuk mencari HH di ketiga-tiga laman sosial tu .. jom kawan2 ehh ... 

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ala..kurang 1 je..twitter..sy xde twitter sbb xreti twit2..hihi

    BalasPadam
  2. Sedang mencuba pelbagai alternatif yang ada...harap-harap membantu untuk terus generate traffic to the Blog...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement