As-Salam. Kepada yang sering godek bahagian dashboard blog tentu perasan bahawa kini gadget atau widget pengikut (follower) sudah tidak disertakan lagi, tetapi digantikan dengan widget baru dinamakan Google+ Follower. Ia sama kes dengan Google Friend Connect yang telah diberhentikan penggunaannya bermula Mac 2012 bagi blog.
Kepada yang sering baca catatan di blog ini, tentu sudah sedia maklum akan Google+ Follower ini yang pernah HH terangkan. Sebuah gadget yang sangat menarik, yang boleh memberikan impak secara langsung kepada blog terutama trafik blog, kedudukan entri di enjin carian serta kredibiliti anda sebagai blogger di dunia blog.
Impak Google+ Follower Lebih Baik dari Follower Widget
Kerana impak penggunaan Google+ Follower ini, HH pernah anjurkan satu segmen khusus untuk menambah rakan blogger menerusi widget ini. Menerusi penggunaannya, anda boleh lihat kesan langsung yang berlaku hanya dengan melihat jumlah pengunjung online di blog ini di satu-satu masa. Trafik pun naik agak ketara.
Seperti Facebook, Google+ Follower ini akan berikan kelebihan untuk anda kongsi dan sebarkan entri terbaru anda dengan cara termudah. Tak perlu susah payah nak ping sana sini di halaman Facebook. Hanya dengan +1 atau Google+ maka secara automatik anda akan kongsikan entri anda ke seluruh pengguna Google, asalkan anda dan mereka ada di dalam lingkungan persahabatan (circle of friendship).
Widget follower yang lama tidak lagi relevan sebab ia tidak bawa impak secara langsung, tetapi hanya lebih kepada impak visual dan psikologi semata.
Widget Follower Ratus Ribu Kini Sia-sia
Oh ya, kepada blog-blog yang masih mempunyai widget ini, cepat-cepatlah abadikan ia dalam bentuk gambar... sebab ia akan tidak wujud lagi selepas ini (seperti dalam dashboard blogspot anda) ... dan anda tidak boleh lagi menggunakannya untuk blog anda.
Dan ohh .... tiada lagi segmen yang melibatkan follower blog lagi ... !!
err.. habisla blogger femes hehe
ReplyDeletemohon admin blog ni buat segment tambah follower google plus
ReplyDeleteSaya banyak kali dah buat entri pasal ini..kerana Google memang nak boost up kan Google + dia orang. Labur ratus juta mesti nak impak yang baikkan..hahhahaha
ReplyDeleteTapi bileh buat segmen Follow Google +..hahahahha
mia pun dah maklum perkara ini.... memang akan hilang tak lama lagi cuma tak pasti bila..
ReplyDelete@3f22180dd2fecbc6e26c9e5247218d63:disqus admin blog ni dah lama dah buat segmen tu. cer godek entry lama dia/ confirm jumpa punya.
ReplyDeleteGoogle + Follower memang bagus dan mampu menaikkan trafik blog. Sebabnya sejak kemunculan widget tu. Trafik blog den bolehlah tahan walaupun susah nak mencecah 1k/day.
ReplyDeleteOooo...begitu kisahnya,kena ambil gambar simpan buat kenangan
ReplyDeleteSalam bro.
ReplyDeleteTergugatkah trafik atau ranking blog kalau widget (followers) ditiadakan?
Buat segmen baru ler. segmen lama buat ape cik abg woi.dah basi!
ReplyDeleteooo macam tu.. rasanya bila ini semua akan dilaksanakan ya?
ReplyDeleteYeke mcm tu, ke blogger HH ni ckp main tulis hentam tanpa fakta. prove plz?
ReplyDeletei baca kt google tadi die x delah pulak kate widget follower lama ni akan dihapuskan, dia tulis kedua-dua widget follower, google+ & google friend connect boleh digunakan serentak adalah. mcm x logik je nk hilangkan tiba2... ape die x pk ke org yg dh penat kumpul follower supaya probability bile update blog org nampk hilang mcm tu je? i dont think google sebodoh tu, mohon penjelasan, thanks
ini bermaksud, follower kita nnt adalah dikalangan mereka yg mempunyai google+ acct. macam tu ke?
ReplyDeleteMakin tak bermakna utk berblogging. haha
ReplyDeleteKalau memilih berblog untuk semata nak tgk follower tu bertambah ... memanglah rasa tidak bermakna ... Nabi pun tak pernah nak besar-besarkan jumlah pengikutnya ...malah mula-mula dakwah pun disorok dari pengetahuan orang ... kan ke boleh bawa riak?
ReplyDeleteIa sebenarnya langkah Google untuk tambah baik pengguna blogspot ... jadi jangan risau .. ia bukan bawa keburukan
ReplyDeleteMemang boleh guna serentak, tetapi .... cuba baca balik. Ia lebih beri lebih keutamaan dan promosikan penggunaan Google+ Follower kerana fungsinya lebih baik. Tak seperti widget lama, yang memang boleh lagi digunakan tetapi sudah tidak lagi ditawarkan melalui widget di dalam dashboard blogspot (sila check layout blog anda).
ReplyDeleteJika anda dah buang widget tu, anda tidak akan boleh tambah semudah itu. Blog baru pun dah tak boleh nak tambah. Ia sama kes dengan Google Friend Connect yang pernah menjadi pendua kepada widget follower.
Kepada mereka yang memikirkan berblog untuk tambah follower memang akan terasa kesannya tetapi kalau anda berblog yang memang nak beri informasi dan perkongsian cerita .. ada atau tidak widget ini bukan satu masalah.
Perlu lihat blog2 wordpress seperti ArifShah, Denaihati dan ramai lagi yang tiada pun widget follower seperti blog-blog blogspot .. tapi mereka adalah antara blogger terbaik Malaysia dan diiktiraf.
Fatin Liyana sendiri letak widget follower dalam blog bukan sebb nak tambah follower ... tapi sbb dia suka berblog. Jumlah follower dia meningkat sbb cara dia tulis bukan sebb dia nak kumpul follower.....
Jangan risau andai blog anda kurang follower - ia tidak bermakna anda bukan seorang blogger yang bagus atau kurang dikenali. Samada wujud atau tidak widget follower ini tidak beri kesan ... jika dan hanya jika .. mereka yang berada di dalam widget itu tidak baca blog anda!
Harap penjelasan ini sangat jelas buat anda. Saya kata widget follower lama tidak relevan lagi kerana fungsinya yang tidak praktikal jika nak dibandingkan dengan widget Google+ Follower.
Terima kasih.
Ia telah pun dilaksanakan kerana widget itu tiada lagi dalam pilihan gadget/widget di dashboard. Tetapi pada yang dah sedia ada dlam blog masing-masing, ia masih lagi berfungsi.
ReplyDeleteTidak. Tetapi dengan penggunaan Google+ Follower ... penambahan trafik akan ada.
ReplyDeleteTapi masih ada blogger yang cuak dengan perkara ini.
ReplyDeleteoh camtu ye. Ok..saya faham kalo macam tu.
ReplyDeleteboleh cuba ni...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.