As-Salam. Anda dah baca mengenai entri pendapatan 4-5 angka sebulan dari blog tak? Jika belum, anda patut baca dahulu, ada satu teori tentang bagaimana cara mudah anda boleh jana pendapatan menerusi blog walaupun anda tidak berada di hadapan komputer anda. Teori yang sangat menarik dan tidak mustahil buat blogger Malaysia jana pendapatan pasif menerusi blog sehingga menyamai gaji seorang CEO.

Jika sudah. Maka kali ini, HH kongsikan bagaimana seorang blogger itu boleh menjadikan blognya sebagai sumber pendapatan hebat dengan beberapa tips dan panduan berikut.

12 Perkara Blog Jana Pendapatan Lumayan

  1. Ketahui produk dan barangan yang boleh dijual dengan harga murah tetapi berkualiti.
  2. Ketahui produk dan barangan yang boleh dijual dengan harga mahal tetapi mampu membuatkan orang membeli produk tersebut.
  3. Jana pendapatan pasif menerusi produk affiliate yang boleh diiklan menerusi blog tanpa perlu anda mempunyai atau memiliki produk tersebut.
  4. Melakukan teknik dan promosi serta pengiklanan berkesan untuk membolehkan pengunjung blog beli apa sahaja yang anda jual.
  5. Memaksimakan pendapatan menerusi blog dengan minimakan ruang iklan dalam blog untuk produk yang benar-benar menarik dan boleh terjual.
  6. Anda perlu pastikan iklan dalam blog diletakkan di tempat yang benar-benar sesuai. Bukannya bersepah sehingga menjadikan blog anda tidak boleh dibaca.
  7. Topik dalam blog mesti ada kena mengena dengan iklan, ia membina kepercayaan pengunjung untuk klik iklan menerusi entri blog.... selain entiti SEO yang diterapkan.
  8. Produk yang anda jual dalam blog mesti ada kena mengena dengan nama blog anda. Jika nama blog anda SabunAjaib.com .. maka janganlah jual kereta terpakai pula. Pengaruh besar dari segi nama blog atau domain dengan produk.
  9. Penting untuk blog diperkayakan dengan entri-entri yang boleh menjual produk yang anda ingin jual.
  10. Pilih tema dan bentuk serta struktur sesuai untuk blog anda, agar anda boleh memaksimakan pendapatan menerusi blog menerusi iklan.
  11. Penting untuk blog anda yang jual produk menerima trafik. Trafik adalah kunci sebenar untuk blog anda benar-benar boleh berikan pendapatan hebat dan lumayan.
  12. Bina kredibiliti anda sebagai seorang blogger, kerana dengan inilah anda boleh jual apa sahaja menerusi blog .... hatta pad mesra alam untuk wanita sekalipun.
Semua perkara di atas didapati menerusi Seminar Blog To CEO oleh Saufi Karim. Saufi Karim merupakan seorang blogger yang berjaya dan memperoleh pendapatan 4-5 angka menerusi blog.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alahai. Tarikh 16 dan 17 Februari menyebabkan saya terliur saja. Tak adakah usaha nak buat untuk siri seterusnya di tempat lain. Terima kasih kerana informasi 12 perkara tadi. Mohon agar kandungan seminar dijadikan entri khusus akan datang.

    ReplyDelete
  2. menarik bro.....
    all the best kepada semua yg ingin menyertainya.....

    ReplyDelete
  3. Sangat Menarik

    ReplyDelete
  4. Tips yang sangat berguna buat saya...I follow u tuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement