As-Salam. Sebut pasal cinta, akan terlintas di fikiran akan gelagat anak-anak muda remaja di taman bunga dan di kompleks beli belah. Cinta memang manis, kerana cinta akan ada manusia buat apa sahaja. Cinta punyai kuasa tertentu yang sukar untuk dihuraikan, kerana ada ruang misteri di sebalik cinta itu. Dan kali ini, HH mahu berkongsi cara untuk menggunakan pendekatan cinta dalam menulis blog.
Buat pengunjung jatuh cinta dengan blog kita. Sukar. Memang payah untuk membolehkan pengunjung kali pertama tertakluk hatinya dengan cara penampilan dan penulisan di blog. Kita tak tahu selera empunya, kerana mereka kali pertama, lainlah kalau blog kita ada pembaca setia yang memang kita dah sulamkan akan kemahuan mereka di dalam blog.
Untuk membolehkan pengunjung kali pertama jatuh cinta dengan blog kita ....hmm fikir kembali bagaimana anda boleh jatuh cinta dengan kekasih atau isteri anda. Apa yang membuatkan anda pertama kali jatuh cinta? Dan bagaimana anda mengejar cinta tersebut untuk dicapai?
5 Tips Buat Pengunjung Jatuh Cinta Dengan Blog Anda
Pertama sekali, penampilan anda mesti menarik. Maka, begitulah dengan blog anda. Penampilan blog perlu menarik. Pilih template yang boleh mengetarkan jiwa dan rasa si pengunjung pertama. Bukan setakat hanya syok di mata anda, tetapi juga syok di mata orang lain.
Wangian. Dalam konteks penulisan blog, ia adalah ciri di dalam cara anda menulis. Anda tentu tak mahu benda yang busuk dan kotor kan? Begitulah juga dengan pengunjung blog. Mereka takkan singgah kali kedua, ketiga, keempat dengan entri-entri yang penuh rasa busuk hati, ayat-ayat kotor. Hanya mereka yang kotor dan hati tak bersih sahaja yang akan terpaut. Tikus takkan pergi ke rumah yang bersih ... kan kan?
Lembut dalam percakapan dan penuturan. Apabila anda bertemu pilihan hati, adakah anda akan bercakap kasar dengannya? Tentu tidak! Anda pasti akan .. seboleh dan sebaik mungkin menggunakan ayat-ayat cinta yang perghhhhh ...... boleh membuatkan layu di ujung mekar! Dalam blog, terapkan bahasa indah .... kerana semua makhluk Allah sukakan akan keindahan.
Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jika anda mengharapkan orang lain untuk menyukai dan jatuh cinta blog anda, maka seharusnya dan sepatutnya anda hulurkan salam perkenalan mesra pada yang menyukai. Tentu mereka akan lebih seronok apabila tuan punya blog yang mereka telah jatuh cinta, datang menyapa mesra di blog mereka pula. Errr .. jatuh cinta pada blog ehh ..bukan tuannya ..hehehehe...
Hadiahkan sesuatu yang istimewa buat mereka yang sudi berkunjung lagi dan lagi ke blog anda. Dalam bercinta, anda tentu pernah lakukan perkara begini ...paling tidak pun, anda berikan kad dengan ayat-ayat cinta berharga RM1 siap dengan lagu dan wangian sedap. Tentu cinta yang sudah terpaut makin bertaut... ye tak?
Dah. Ini dia tips dan panduan buat pengunjung jatuh cinta dengan blog anda. Tak sesukar mana rasanya. Aplikasikan dan lihat hasilnya.
Oh ya, bukan semua pengunjung akan jatuh cinta terus. Buatlah sesuatu untuk memutikkan benih cinta itu. Lakukan sesuatu agar yang singgah terasa dihargai. Caranya .... hmmm haishhh takkan la tak pernah bercinta dik nonnn .. :P
p.s: Tetiba nak cerita pasal cinta sebab terasa ada hati dalam taman sedang mekar dan indah dengan bunga ..hehehehe
amboiiiii... HH.... cinta berputik tanpa diundang. bila dah jatuh cinta terus terpahat sukar nak hilang... sama juga dengan blog.... kalau dah jatuh cinta kat blog tu, kalau boleh sepanjang masa nak tengok blog walaupun tuannya tidak update... terasa hilang rindu... ewaahhh...
BalasPadamcamtu yer? hehe thanks for the tips cikgu! :)
BalasPadamentry jiwang siot bro haha..anyway nice tips :)
BalasPadamsenyum sorang2 bila baca tips tu :) betul2 berbunga dibuatnya.. thanks ya..
BalasPadamthanks for the tip....cinta maya..........
BalasPadamtepat sekali seperti yg dikata. saya dah amalkan. Alhamdulillah dah bertambah pencinta blog saya...
BalasPadamTakut juga bila sudah jatuh cinta dgn belog... Makan belog, mandi belog, tidur belog, mimpi pun belog... Andai ade yg macam tu teringin juga nak tengok belognye macam mane kan...
BalasPadamSetiap yang di sukai mesti ada tarikannya....
Setuju... belog perlu cantik di pandang dan cantik juga isi di dalam... Umpama wanita idaman.
Tapi jika xdapat buat cantik2 pastikan isi didalamnya cantik dan berilmu...pasti tetap menjadi pilihan.
Sesekali bermadah cinta...hati kembali berbunga mekar setaman..haha
Salam..
BalasPadamTips yg menarik dan berguna..tapi ada satu masalah..bagaimana jika terjatuh cinta dengan pengunjung blog sedangkan diri tahu sudah berpunya?
Tip yg baik
BalasPadamTips terbaik. Tq.
BalasPadamasyik berblog takut lupa makan, lupa suami, lupa keluarga, lupa segalanya...so berpada-pada jangan sampai jatuh CINTA....
BalasPadamDahsyat! :D
BalasPadamMemang kesemuanya adalah tepat dan benar. Sekiranya mahu blog disayangi dan dikasihi. Kita perlu membuat pembaca dihargai dan dikasihi.
Hidup ini mudah. Hargai blog orang, blog kita dihargai. Komen blog orang, blog kita akan ada orang sudi berkomen.
What we give, we will get it back more than we give.
Simple, right? ;-)
hihi saye suke laa entry ni ! thanx HH...
BalasPadamhikksss. ok la tips ni ;)
BalasPadamTerima Tuan HH atas petua..sy blogger baru trlalu byk yg nak kena belajar..smg ada keberkatan atas ilmu yg dicurahkan..
BalasPadamThanks HH. Selalunya apa yang kita rasa itu lah yang kita tulis. Kalau hati sedang berbunga2 haruslah tips yang keluar pun berbunga2.
BalasPadamBoleh tahan HH kita ni kan..hehe :)
BalasPadambelum pernah bercinta bagaimana? ahaks gurau je bro hehe...
BalasPadamentry yang menarik! boleh dipraktikan untuk meningkatkan pengnjung ke blog kita ni..
terbaik :) leh praktik.. tapi tips cinta sebenar takde ke? hehe
BalasPadamtip2 yang boleh di aplikasikan ...makaseh
BalasPadamsalam kenal, salam ukhwah.. terimakasih kerana ilmu-ilmu bermanfaat yang dikongsikan
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.