As-Salam. Tak perlu nak ulas akan pengertian Bahasa Jiwa Bangsa. HH pasti ramai dah tahu dan tak sematkan dalam diri. Bukan belajar semalam atau kelmarin, tetapi ianya dah dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Cuma, ramai yang tak berapa nak acuh tak acuh je, untuk disematkan dan diserapkan dalam kehidupan masing-masing. Dan ini termasuklah dalam dunia penulisan blog. Bahasa Jiwa Blogger Malaysia, andai bahasa sebegitu, hampir pasti jiwanya juga begitu.

Bahasa Jiwa Blogger Malaysia

Bahasa dalam entri, walaupun tiada ternampak lubang idung si penulis dalam setiap entri blog, namun adakala cara penggunaan bahasa dalam entri boleh menafsirkan sifat dan jiwa blogger tersebut. Walaupun, ada yang kata dont judge a blogger by its blog entries, tetapi sedikit sebanyak first impression dah boleh jelaskan. Ye tak?

Ok. Tak setuju tak mengapa. Itu terserah. Pengalaman HH bertemu secara realiti dengan penulis blog belum ada lagi. Mungkin anda yang dah pernah, mungkin lebih layak untuk berkisah. Maka itu, sudikan berkongsi di akhir entri.

Bahasa Cantik Jiwa Cantik

Apapun, penggunaan bahasa yang cantik tentu mencerminkan diri dan jiwa, ye tak? Pernahkah anda membaca entri jiwang karat tahap susu lemak berkrim? Tentu pernah. Entri tersebut mungkin menggambarkan jiwa si blogger ketika entri itu ditulis tengah asyik masyuk kemaruk bercinta. Biasalah, apabila bercinta, ayat-ayat penuh bunga cinta lestari.

Ada blogger yang sedang jiwa duka lara, sarat kesedihan dan kerisauan; menulis entri penuh hiba dan ada rasa tangis di balik kata. Tak nampak secara sekali lalu, tapi bila dibaca dari A sampai Z, terbayang kesedihan. Munkin tak ramai tapi ada, seperti mana kisah si anak kecil nama si Solleh yang dicoretkan oleh ibunya.

Bahasa Jiwa Blogger Malaysia

Bahasa Kasar Kesat Luah Rasa Tak Puas Hati

Banyak dan ramai blogger suka luah rasa tak terperi. Muncul menyelitkan entri rasa tak puas hati. Bahasa tidak lagi lunak untuk diucapkan. Malah banyak kata kesat yang tiada berhijab ditempelkan tanpa segan. HH pernah baca .... bukan sedikit satu atau dua.

Apabila jiwa tengah marah, bahasa tentu dipengaruhi perasaan membuak. Entri disulam rasa kebencian yang tidak bertapis ini memang membuatkan si pengunjung yang baca pun turut terlampias rasa.

HH pun guna bahasa rojak pasembor Penang mari. Entri ini bukan mahu anda jadi blogger yang tulis karangan Bahasa Malaysia gred A SPM, tetapi mahu bercerita halnya akan perlu kita menulis dengan jiwa bersih agar entri dalam blog juga bersih selamanya, bukan setakat Bersih 2.0 atau Bersih 3.0. Dan sebelum ini, HH pernah kata Bahasa Blog Jiwa Blogger.

Fikirlah apabila membuat entri baru.... bahasa jiwa blogger Malaysia.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Buat masa ni, kalau entri marah tu masih tak terkeluar ayat tak berhijab....
    Tapi tak taulah pandangan orang yang membacanya....

    BalasPadam
  2. bahasa jiwa bgsa lambang kita

    BalasPadam
  3. penulisan blog itu kadang2 banyak dipengaruhi oleh perasaan penulis ketika itu.

    BalasPadam
  4. Bahasa mencerminkan identiti diri. Biar bahasa rojak yang penting ada adab dan sopan.

    BalasPadam
  5. yes, sangat setuju

    BalasPadam
  6. penulis yang menulis melalui diri dan hatinya, akan terserlah diri dan karakternya secara langsung, kecuali yang rajin copy paste, itu susah sikit arr..:)-

    BalasPadam
  7. Hmm ... @google-187fcb43b8c1ef0adcae587cd3163a79:disqus ... saya setuju dengan pendapat anda.

    BalasPadam
  8. Ya, kena ada adab dalam menulis entri dalam blog. Kena selalu ingat, blog bukan sahaja dibaca oleh A dan B ... tetapi A sampai Z .. satu dunia

    BalasPadam
  9. Ya, kebanyakkan begitu. Dah baca entri saya mengenai perihal kenapa kena tulis entri waktu tenang tak?

    BalasPadam
  10. @AyueJeanRejaluddin:disqus ... sikap berhati-hati macam anda memang patut dicontohi dan dipuji. Bukan mudah untuk diri kita bebaskan cengkaman nafsu dan gelodak akibat marah.

    BalasPadam
  11. Terima kasih HH diatas peringatan ini...so far, saya masih mampu menjaga adab bahasa saya sebagai seorang blogger

    BalasPadam
  12. bahasa mencerminkan diri.......

    BalasPadam
  13. anak ciklaili.com (darjah 1) dah pandai membaca blog ibunya. mujurlah entri ditulis menggunakan tatabahasa yang betul dan memudahkannya untuk dibaca.

    BalasPadam
  14. sokong entri ni.. bersederhanalah dalam berbahasa. yg penting mudah difahami dan tidak mngguris hati. kan menulis juga untuk komunikasi, tak gitu HH :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement