As-Salam. Memang bahaya menjadi seorang blogger yang membuat blog untuk tujuan politik. Andai anda bukan berada di dalam kelompok yang mahir dan arif, baiklah elakkan. Politik ini sangat memeningkan. Jika silap, tenggelam dalam politik tanpa asas, yang sengsara adalah diri. Tambah lagi andai cerita dan kisah kita dijadikan asas oleh orang lain, maka berjujukkan pula yang menerima tempias.
Bahaya menjadi blogger politik, kerana isu politik sangat mudah memesongkan dan dipesongkan. Ramai cuba menangguk di air yang keroh. Cara memahami bahasa politik bukan bahasa biasa. Ia penuh putar belit dengan nada songsang. Perkara membenarkan yang salah, dan menyalah benda yang benar seperti satu resepi untuk menghasilkan entri.
Ini merupakan cebisan-cebisan fitnah. Elak sabitkan diri dengan penterjemahkan isu politik yang kita tidak tahu hujung pangkal.
Kepada penulis blog politik, hormatilah diri anda sebagai manusia yang punyai agama. Orang lain bertepuk sorak melihat apa yang sedang anda lakukan. Yang rugi adalah diri sendiri, mungkin tak nampak kini, tapi esok lusa dan di dunia sana ..tak siapa yang tahu.
Menjatuhkan, mengaibkan dengan perkara yang tidak benar adalah salah, walau siapa pun yang disokong dan didokong. Lidah, telinga, mata ialah anugerah diberikan untuk tujuan yang baik, bukan digunakan untuk melagakan manusia.
Sokong seratus peratus.. Blogger seperti itu hendaklah bercakap benar supaya orang membacanya tidak terpesong atau menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.
BalasPadamberani kerana benar...
BalasPadamKalau apa yang diceritakan sohih dan betul dari sumber yang boleh dipercayai. Tak ape la jugak. Yang tak sedapnya adalah bila terjadinya fitnah menfitnah sana sini. Lebih baik berhenti sebelum terlambat. mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau tak kasihan kat orang yang difitnah. Kasihankanlah diri sendiri. Tak takut dengan azab seksa ke?
BalasPadamHmm begitulah kita ni manusia .. terlalu ikutkan dunia. Satu nasihat buat diri sendiri juga.
BalasPadamSaya mengambil sikap berkecuali bila masuk bab politik. walaupun punya pandangan sendiri tetapi biarlah hanya saya yg mengetahui. Asal jgn puncanya daripada saya sbg pembawa fitnah..
BalasPadamSalam,
BalasPadamkalau di tengok blog politik... Sungguh ngeri dan meloyakan. Penuh dgn fitnah dan kutuk mengutuk seta caci maki bagaikan insan yg tiada tamadun, akidah dan pedoman.
Namun semua itulah yg menarik minat pembaca dan pengomen walaupun xtau yang mana benar dan yg salah. Trafik mereka selalunya tinggi.
sy lebih cenderung mengkaji dari mengikut politik...kajian dan analisis..tp tidak perlu terlalu obses..
BalasPadamTakut nak komen kalau berkaitan isu politik ni walaupun setuju sangat dengan pendapat dia
BalasPadamPolitik oh politik..
BalasPadamsemua sebenarnye da sedia maklum dgn tujuan berpolitik..
Tp tu la dia...tk taw nak terangkan haha
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.