As-Salam. HH tahu ada di antara anda, yang kurang mendapat sokongan terutama daripada keluarga sendiri untuk aktif dalam dunia blog. Yelah, blog tak jana apa-apa pendapatan .... buat apa nak aktif sangat, ye tak? Ramai yang pandang sebelah mata dengan mereka yang ada blog.
Sebelum ini, HH pernah kata, berblog ini perlu ada minat yang cukup kuat. Kalau tak cukup kuat, blog anda pasti akan terkubur. Apatah lagi andai blog kurang dapat tepuk syabas dan tahniah daripada keluarga sendiri yang sentiasa berada di sekeliling anda.
Letih dan Kecewa Berblog
Letih. Kecewa. Ada blogger yang telah letih berblog, ikut panduan sana sini. Ikut petua itu begini. Tapi hasil yang sangat diharapkan - dapatkan sesen dua dari blog - tidak jadi nyata. Jadi, bagaimana suami, isteri, ayah, ibu, adik, abang, kakak dan anak-anak nak tumpang gembira dan bangga? Selagi ianya tidak berlaku, selagi itulah pandangan sinis akan diterima. Tentu anda pernah ditanya atau dikenakan soalan - "Buat apa buat blog ni ... tak ada pekdah ... buang masa je ... bukan dapat duit pun" atau "Huh .... dapat sesen dua pun nak kecoh ke? Baik jual sayur kat pasar ... lagi banyak income dari ko buat blog ni".
Bukan anda sahaja yang terima kata-kata begini. HH pun tak lepas daripada dikritik dan diberikan sindiran sinis. Bukan daripada rakan blogger tetapi daripada orang sekeliling dunia realiti. Tak siapa yang anggap bahawa blog ini ada faedah berguna yang boleh buat keluarga senyum tepuk-tepuk bahu. Tak siapa yang akan berada di belakang anda sambil urut bahu semasa anda sedang penuh selera menulis entri baru blog anda. Tak siapa!
Anda Blogger Bertuah
Kalau ada, anda memang blogger yang bertuah. Dapat sokongan keluarga. Dapat pula sokongan daripada blogger lain. Dapat pula sokongan media massa. Memang bertuah. Blog pula jana pendapatan yang buat anda boleh beli telefon pintar, telefon iPhone 5 tanpa mengharapkan ayah, ibu, suami, isteri, kakak, abang untuk bantu.
HH, setakat ini hanya dikenali dalam dunia blog. Dunia luar tak kenal dan tak tahu. Keluarga setakat tahu HH suka berblog. Itu sahaja. Tak ada apa yang dapat diangkat sebagai satu kejayaan. Kata anda, mungkin blog ini ada pengaruh, ada ramai suka, ada ramai baca, ada pengikut, ada penyokong untuk undi itu ini. Tapi itu hanya dalam dunia blog, dalam dunia maya. Dunia maya ....dunia bukan realiti! Bila blackout satu dunia, bila bil eletrik tidak berbayar? Mana akan perginya dunia blog itu?
Maaf atas catatan yang mungkin akan patahkan semangat sesetengah dari anda yang baru nak mula berblog. Tapi itulah hakikat sekarang yang perlu ditelan pahit.
HH sangat kagumi usaha Denaihati untuk meningkatkan 'taraf' seorang blogger. Dari hobi menjadi satu kerjaya yang memerlukan anda sediakan resume. Denaihati telah mengorak langkah positif untuk anda sebagai blogger - suatu hari nanti - akan dipandang bukan lagi sebelah mata.
Mungkin pada ketika itu, ayah ibu adik kakak suami isteri akan tanpa ragu-ragu minta anda buat blog bagi mereka, dan ketika itu tanpa ragu-ragu akan meminta anda buat entri baru blog anda untuk hari itu!
kalau keluarga pun tak tahu yang kita ada blog macam mana pula bro? hehe
ReplyDelete:) .. hak anda untuk beritahu atau tidak. Tapi kalau jadi apa-apa kan ke susah, HH pernah tampilkan dalam satu entri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah......
ReplyDeleteAJ masih lagi kental berblog walaupun blog tak se"gah" mana.....
Keluarga pulak? so far tak penah halang minat AJ selagi belum terpesong kemana2 yang salah dan tak betul.... =D
Tapi rasanya keluarga tak amik pusing sangat pasal blog AJ ni.... Hehehehehe..
Syukur mak, kakak dan kembar saya sgt fahami minat saya dgn dunia blog. Bermula dgn fan blog Super Junior, dan personal blog..mereka support. Mak pun bagi masa untuk saya berblogging. Yg penting sbb saya sentiasa melekat kat rumah dan ada teman untuk mak berbual sekali. :)
ReplyDeletenak buat blog mesti ada passion..... kalau setakat nak ikut org..... tak kemana nanti....
ReplyDeletesaya blogging tempat share2 idea je.
ReplyDeleteso tak jadi pressure. nak monetize betul2 senang cite malas ar..
malas sangat.. so jadi camtu je ar.. haha
Assalamualaikum hh...betul tu kalau nak berblog ni dtgnya dr diri kita sendiri jgn nak ikut org je...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.